Nak tengok Rapunzel & Hantu Kak LImah Balik Rumah...seperti yang telah aku janjikan padanya minggu lepas.
Aku suka tengok hari Rabu...sebab jimat... harga tiket murah...kalau 2 orang... 2 movie baru RM 24... popcorn satu regular size untuk sikecik... dan berkongsi dengan aku tak sampai RM10...
Okaylah... tak abis RM50 pun....bukan kedekut...tapi berjimat...hahahaha...sebab duit balance yang cik abang beri boleh masuk purse ibunya... hahahaha... kejam!!
Jadi aku tak buat entry panjang2 cuma nak tulis pasal salah satu dari hobi aku...
Hobi mengumpul mug besar2....
Pernah anak sedara datang ke rumah aku dan bertanya...
'Mak sau... rumah mak sau ni takde mug kecik ke?'
'Ada ... tu...'
Memang ada tapi tak banyak... ada 2-3 biji saje...
Yang berderet2 ialah mug besar2...
Hanya sebahagian dari koleksi mug yang ada kat rumah...
Mungkin ada orang suka menyimpan atau mengumpul sesuatu kerana minat ....
Selain dari minat... aku suka pada mug besar ialah kerana ia memudahkan aku mencicah kuih feveret aku dengan kopi atau apa jua minuman...
...kuih baulu ... yang dalam gambar ni adalah pemberian Kak Erna... semasa berjumpanya tempoh hari...
Sekarang kuih tu dah tinggal separuh... sebab yang memakannya cuma aku saje... yang lain tak berkenan...
Terima kasih kak...
Okay... takleh nak tuis pepanjang... nak pi bersiap2 dah... sikecik dah sibuk bertanya...jam berapa nak jalan...
Malam nanti boleh blogwalking ke blog kengkawan
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
9 comments:
anie..akak je yang tak jadi bawak aimi..dah maknya tak sihat..sian dia..tunggu minggu depan..insyaallah
saya pun minat beli mug tapi terus pakai...hahaha....
meh sini, kita makan baulu tu sama sama..cicah air kopi muar..sekejap je ilang nya...
dulu atie minat gak ngan mug2 ni..tapi pas satu-satu pecah...dah malas nak simpan...last2 sume mug yg ada kat umah tu sume yg ikea punye..
Selamat menonton.
Kak Zai pun suka tengok wayang hari Rabu tiketnya murah,bukan kedekut kannn tapi berjimat hehehe...
Jarang beli mug selalunya dapat free.
akak bestnye..selamat menonton..:)
uiskkk kuih bahulu cecah kopi o kaw kaw.. emmang syurga
Saya pun suka kumpul mug ikut tempat atau negara yg saya pergi.. senang kot nanti nak minum tgk mug teringat2 hehehe.. takpe janji leh minum kan.. saya pun suka minum guna mug besar byk sikit air xyah nak tambah2 hehehe
Kak.. samalah kita... jadi peneman si bongsu... hehehe
Harap2 akak cepat sembuh
---------------------
Ezzah... kita pun terus pakai...takde simpan2 punya...mmg mudah mencicah... mulut dia luas...hahahah...
--------------------
Atie... akak pun minat mug Ikea.. cuma adakalanya akak rasa mahal... selalu nya akak kalau beli mug mesti sepasang
---------------------
Kak zai... harga yg murah tu yang boleh tengok sampai 2 movie tu...
Anie tak boleh tahan tgk mug yang cantik2 dan yg penting murah...hehehe
-------------------
cikceria... cuti ni tak pi memana... tgk movie jelah...
-------------------
Zar...betul tu...sokong 125%
------------------
iina... akak kumpul yang akak berkenan... tak dpt kumpul dari luar negara sbb tak pernah pergi pun...huhuhy
Post a Comment