Sibuk dgn kerja2 rumah... pastu baru terperasan.... Alamak !! Dah petang dah...
Nak citer kisah semalam...
Nak ucap terima kasih pada kawan blog...
Semalam janji dengan Azzah... penulis blog yang buat peraduan hari tu...
Saja nak memeriahkan peraduannya... tak sangka pulak ada rezeki menang sebuah novel yang dijanjikan untuk 8 orang pemenang peraduan tersebut.
Jadi semalam kami jumpa di Noodle Station .. janji jam 1 tengahari... tapi sampai hampir 1.30 tengahari... kesian kat sorang lagi blogger yang berjanji bersama kami...
Sorry ye PB... sebab taulah akak ni kalau keluar.. dengan askar2 akak tu jadi lambat...
Nak tunggu diorang bersiap...adoi...!! Sampai naik sakit tekak ni mennggesa mereka...
Sampai aje SACC PB dah sampai... terus menuju ke Noodle Station... tak lama Azzah pun sampai bersama si kecik Hana...
Hadiah novel dari Azzah... terima kasih Azzah...
Azzah bawa juga buah tangan dari Ezzah...
sempena majlis perkahwinan anak lelakinya kelmarin...
Terima kasih Ezzah
Aku dengan Fareez je yang jumpa mereka... Farhan dan kawannya yang mengikut aku ke sana dah terus ke Al-Ikhsan ... sebab nak beli kasut Futsal...
Dulu dah beli dah kasut dia... tapi nak Deepavali ari tu ilang pulak masa letak kat luar...
Hmmm... nak buat camaner... dah takde rezeki...
Jadi semalam lepas jumpa Azzah dan PB di SACC... aku terus ke Plaza Alam Sentral...
Masa tu hujan dah mula turun... berlari2 anak aku dengan Aeez ke sana...
Nasib baik kami sampai sebelum hujan menjadi lebat...
Semasa Farhan mencari2 kasut... aku dok tersenyum simpul kat tepi bangku yang disediakan.
Farhan bertanya pada aku...
'Ibu di kenapa senyum2 sensorang ni...'
'Hehehe... ibu teringat kat video clip dlm You Tube yang satu keluarga mencuri baju kat Al-Iksan dulu...sempat kepit celah kelengkang lagik....'
Farhan turut ketawa...
Tak senonoh betul perangai diorang tu... dah le berdosa mencuri... malu je bila muka masuk kat You Tube...
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
11 comments:
Kat sana hujan.. kat sini salji kak.. pun lepas beli kasut boot utk pakai time salji tebal nie.. terfikir gak nak pakai kasut bola masa nak kluar umah hehehe seng nk jln.. confirm xtergolek ;)
oohh. syoknya jumpa kak azzah & pb...
mmg memalukan kan kelorga yg mencori tu.. tengok jgk dlm youtube..
mesti dah sarat dah kak eda kan :)
iina...akak ni bila lah agaknya nak bermain salji...hahahha...nak beli kasut bola... okay jugak tu...hehehe
---------------
Mulan... len kali dtg shah alam calling2 akak ye... boleh pi lepak2 ...hehehe...
Paling tak tahan yang kepit celah kelangkang tu...hahahha
Shafarina... dah lapan bulan dah usia kandungannya... tapi tulah tak nampak besar sgt...comel je...
anie..nanti kita jumpa pulak ye..akak nak beli tu..yang 8 botol..
Saya ada kat Shah Alam semalam sbb pergi MBSA. Dah dekat betul dgn SACC tu. Kalau tahu awak dan geng2 kita ada kat sana mahu saya singgah huhuhu
Kak... kalau nak kena beritau awal.. anie nak kena pergi ambil awal
----------------
Alamak YB...dah dekat dah tu tapi dah terlepaslah...hehehhe...
Tahniah kak Anie, dapat hadiah novel dari kak Azzah.
Buah tangan dari majlis kahwin tu, sama sebiji lah dengan yang yus dapat di sini...:)
Kalau pergi Sacc mall kak Zai suka ke Gulattis.
Kak Zai dah baca buku tu,anak punya.
best kan kak, kalau masuk contest pastu menang...
Post a Comment