Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, November 26, 2010

Berkenaan Hari Jumaat....

Hari ini sibuk dengan berbagai urusan...

Terlewat sikit untuk sesuatu yang ingin ku kongsi pada hari Jumaat....

Aku dapat dari email seorang kawan... memang dia amat  berharap supaya apa yang disampaikan disebarkan untuk dijadikan bacaan kaum muslimin dan muslimat...

Sesuatu itu walaupun sedikit jika baik hendaklah disebar2kan... betul tak?

Jom....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




BERKENAN HARI JUMAAT


Assalammu'alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh..

1. Al-Musayyab bin Radi r.a. berkata Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang
berbuat kebaikan pada hari Jumaat akan dilipat gandakan baginya pahala
dari hari-hari lain dan siapa yang berbuat kejahatan maka demikian
pula." - Riwayat Ibnu Zahjadari


2. Abayah b. Rifaah r.a. mengkhabarkan bahawa ia bertemu dengan Abu
Abbas ketika dia pergi ke Jumaat Abu Abbas berkata kepadanya bahawa dia
mendengar Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa berdebu kedua kakinya kerana
berjalan di jalan Allah nescaya diharamkan Allah baginya api neraka." -
-Sahih Bukhari

3. Ibnu Abbas r.a. katanya; "Mandilah kamu pada hari Jumaat, dan
basuhlah kepalamu meskipun kamu tidak janabat dan sentuhlah yang
harum-harum." - Riwayat Ahmad Ibnu Hibbin


4. Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri
sembahyang Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi,
maka adalah lebih baik." - Riwayat Abu Dawud


5. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya; "Siapa yang menziarahi kubur kedua
atau salah seorang ibu bapanya sekali pada setiap Jumaat,nescaya
diampunkan dosanya dan dia ditulis sebagai orang yang berbakti kepada
kedua ibu bapanya." - Riwayat Al-Hakim

6. Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a katanya: Ketika Nabi
s.a.w sedang berkhutbah pada hari Jumaat, datanglah seorang lelaki.
Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: Adakah engkau telah mendirikan
sembahyang Tahiyyatulmasjid, Wahai Polan! Orang itu menjawab: Belum!
Rasulullah s.a.w bersabda: Bangun dan sembahyanglah!.

7. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya; "Sesungguhnya saat yang mustajab
(berdoa) diantara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai
sembahyang Jumaat." - Riwayat Muslim & Abu Dawud


8. Nabi s.a.w. bersabda;"Tiada seorang Muslim yang mati pada hari atau
malam Jumaat melainkan Allah akan menyelamatkan dari ujian kubur." -
Riwayat Ahmad & Attirmidzi
*Sesiapa yang ditanya sesuatu ilmu lalu di sembunyikannya, maka orang
itu pada hari akhirat kelak akan di kekang dengan kekangan api neraka".
H. R Abu Daud, Termidzi *
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya.."



Semoga hari hari kita sentiasa diberkati....Ameen....




...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

9 comments:

Mak Su said...

thanks kak anie dgn perkongsian ini

Mulan said...

tqs for sharing kak anie.. berkat hari jumaat...

Acik Erna said...

amin..terima ksih anie..sudi kongsi

Azzah8 said...

Salam Kak Anie,

terimakasih di atas perkongsian ilmu ini...

Zaitun said...

Terima kasih sudi kongsi ilmu.Boleh kak Zai copy?

~~su manje~~~ said...

Salam...
Ziarah malam sabtu disini nice en3 su suka..
Semoga ada kelapangan dan sudilah kiranya berkunjung ke blog hamba yang tak seberape...
Thanks so mch..
dari su manje.....~~~

zino said...

usaha yg murni.. tq ...

kak ina kl said...

cuti sekolah ni tak sibuk ke balik ke melaka?

terima kasih sudi bagi komen kat N3 panazz tu yer

aNIe said...

Pada semua yang meninggalkan komen...terima kasih...hehehe... tak sempat nak balas satu2... semoga apa yang dikongsi akan dpt kita menafaatkan bersama...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails