Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, October 29, 2010

Tazkirah Jumaat...Mencuci Hati...

Sebuah artikel yang aku ambil dari email dan ingin dikongsi bersama rakan2 dan pembaca blog agar ianya dpt memberi manafaat kepada kita semua di hari yang mulia ini... terima kasih pada yang sudi berkongsi email tersebut...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati.

Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.

Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah.


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan.
    Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur –
    Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang,   murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat Taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. 
    Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf  perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-
    rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata,
    katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria,
    bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
    dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana     bimbang  akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan Wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan Ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin ( akan menjadikan kita insan yang sentiasa menginsafi diri dan bersyukur kepada NYA).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.


Marilah sama sama kita berpesan2 untuk kebaikan dan mengamalkannya agar kita memiliki hati yang bersihdan dikasihi serta di rahmati ALLAH... kerana Islam itu mengajar kita agar berpesan2 kepada perkara perkara yang Maaruf....



...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

2 comments:

kak Erna said...

anie..tima kasih sudi kongsi..untuk peringatan bersama

Anie said...

Kak...sama2...yang baik kita kongsikan bersama....

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails