Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, October 6, 2010

Filem MAGIKA... Filem Fantasi yang Best!!!


 
Minggu lepas ... aku dan anak2 berpeluang pergi menonton filem MAGIKA...

Ude yang belanja... selalunya Ude kalau nak ajak pi menonton dia akan melayari internet dan melihat review yang diberikan penonton tentang sesuatu filem

Katanya filem Magika ini ramai yang memberikan 5 bintang.

Filem Magika ialah sebuah filem Muzikal yang dihasilkan Edry Abdul Halim..

Filem imaginasi yang menggabungkan cerita cerita dogeng Melayu ini amat sesuai ditonton oleh anak2 dan orang dewasa.  Dalam filem ini ada Pak Pandir & Mak Andih... Mahsuri... Naga Tasik Chini.. Bawang Putih Bawang Merah... Nenek Kebayan... Orang Minyak... Badang dan banyak lagik. Mereka semua dibawa ke dalam filem ini dengan watak yang lucu...

Membariskan pelakon2 handalan seperti Ogy Ahmad Daud...Mawi... Jalaludin Hassan... Mak Mah... Diana Danielle... Fimie  Don... Ziana Zain... Aznil.. Kak Engku... Kumpulan Senario Ning Baizura ... Nabil... Vanidah Imran... dan ramai lagi.  Watak2 mereka boleh membuatkan kita ketawa.

Biarpun ianya filem imaginasi... tapi diselitkan dengan nasihat2...

Bagi aku... filem ini lain dari yang lain... sebab rasanya dah bosan bila kita sering disogokkan dengan filem2 cinta & seram.

Best!!   Sebabnya aku suka melihat keindahan warna warni di alam Bunian yang begitu indah digambarkan. Aku begitu tertarik dan jatuh cinta dengan pemandangan di awal cerita tersebut dimana Maya Karin yg membawa watak puteri Bunian bermain air terjun ... dan watak Maya Karin digandakan menjadi puluhan Maya Karin... cantik... aku likeeeee...!!

Cerita bermula dengan watak Diana Daniele sebagai Ayu yang  mencari adiknya Malik dilakonkan oleh Fimie Don yang hilang di dalam hutan belakang rumah neneknya diwaktu maghrib...

Dan ketika itulah mereka tersesat di dalam sebuah alam bunian... iaitu... alam MAGIKA...

Suka sangat dengan ayat Nenek Kebayan...

'Waktu magrib kamu adalah waktu pagi bagi kami...'

Jadi anak2... jangan suka bermain2 di waktu maghrib... kerana di waktu itulah banyak makhluk halus berkeliaran....

Bagi mereka yang meminati filem Melayu dan fantasi... bolehlah menonton filem ini.  Cuma bagi aku watak Diana sebagai Ayu digambarkan terlalu kebudak budakan... yang lain2 walaupun penampilan mereka cuma sekejap2... tapi begitu menghiburkan... kecuali watak Adibah Noor cuma sekejap je...

Lagu2 yang dibawakan dalam filem ini memang best...!!! Terutama lagu dendangan Mawi & Diana... Penyembuh Rindu dan Lagu Magika ... tak lupa juga lagu Gebang....

Syabas... pada semua barisan pelakon MAGIKA dan juga KRU Productions...!!!


Jom layan gambar2 dari filem ini...
















...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

7 comments:

Zareda Norman said...

kak anie

zar suka watak awang dan lembingnya.. ehheh Norman hakim tu

MOKCIK AZWA said...

kak anie punya review lagi mantoppss hahaha...mokcik yg dah tengok pun teringin nak tengok lagik hahaha

i likee ziana zain kening terangkat hahaha...

ChentaHati said...

teringin nak tgk... memula baca sinopsis cter ni dulu sy bygkan cter mcm alice in wonderland versi msia... sb DD tu mcm alice jek...

aNIe said...

Zar...hahaha... Norman Hakim jadi awang mengong...hahaha

-------------

Mokcik... Ziana & Ning Baizura memang mantops...!!

--------------

Chentahati... pergilah bawa bebudak... memang best...

umeboshi said...

ramai yg kata magika ni best. mmg best la ek, k.anie..? ume pun nak tgk la..bawak anak2!!! ehehhe..

aNIe said...

Umeboshi... memang best bagi akak sebab terhibur menontonnya... pemandangan filem ni pun cantik...effect pun menarik...

HappyIrfa said...

bila nak gi tengok Magika ni?bawak baby hajar boleh tak?adik saya cakap citernya ala-ala citer Narnia kan?nak tengok..nak tengok

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails