Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, August 26, 2010

Sepasang Kurung Biru...

Semalam...lagu raya dah mula berkumandang di radio..

Kalau kat shopping dah lama dah aku dengar.

Bila lagu raya dah mula dimainkan...mood raya pun dah datang...

Semalam pulak...dengar berita kakitangan kerajaan dapat duit raya...RM500...jadilah kan

Alhamdulillah pada siapa yang dapat pasti ianya sedikit sebanyak membantu dlm persediaan menjelang raya...

Kalau lagu raya tu...yang paling membuatkan mood raya aku datang ialah lagu Saloma...

Dam dam dum...bunyi mercun...
Kanak2 datang berduyun2...
Mintak mak ..kuih sepotong
Saya mau makan kerna perut kosong.

Dari kecik dah dengar lagu tu...sudah pasti lagu itulah yang sentiasa membuatkan suasana raya itu dirasai...

Atau...

Lagu Ahmad Jais...

Selamat Hari Raya...
Aidil Fitri Mulia
Ampun Maaf Dipinta
Mensuci Hening Dosa...

Pasti ramai yang menyukai lagu2 tersebut...

Bagi mereka yang di perantauan...lagu Dendang Perantau dendangan Seniman P.Ramlee pasti boleh  melelehkan airmata..syahdu saja bila mendengarnya.

Tapi selain dari lagu2 yang disebutkan tadi aku paling suka lagu Sepasang Kurung Biru...



 


Khairil Johari Johar


Sepasang Kurung Biru

Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang
oh...

Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku
oh...

( korus )
Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku
oh...



Anda bagaimana...lagu raya mana yang paling diminati .... atau lagu mana yang dpt menghidupkan suasana raya itu...?



...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

11 comments:

Zareda Norman said...

zar suka lagu anuar dan ellina.. catchy dan ceria.. raya tak moh sedih sedih.

berlalulah sudah Ramadhan sebulan berpuasa, tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira, anak muda di rantauan, semuanya pulang ke desa, ibu dan ayah keriangan, bersyukur tak terkira...

MOKCIK AZWA said...

suka lagu raya yang dinyanyikan oleh penyanyi asal...kalau dinyanyikan oleh orang lain macam kurang best pulak hehehe

azwa suka lagu Saloma..mintak mak kuih sepotong, saya mahu makan kerna perut kosong hehehe

Mak Su said...

bestnyer dema, camner nak mintak kerja kerajaan ek?

saya suka lagu dendang perantau...sayujer, sedih jer hati ini.... huhuhu

pB said...

pB suka lagu yang kak anie suka ..


kita serupaaaaaaa

manje said...

salam akak

manje lak suke lagu arwah sudirman... 'Dari Jauh Ku pohon Maaf'... sayu je rasa dlm hati ~

Kak anie said...

Zar...lagu anuar ngan elina masa kecik2 tu kan...memang zar seorang yang sentiasa ceria...hehehe

-----------------------

Azwa...lagu tu mengingatkan akak zaman kanak2 dulu...masa tu mak sibuk buat kuih...memang kena lagu tu dengan suasana raya...

Tapi lagu2 yg dinyanyikan semula memang takde 'kick' lagik dah...tak best

----------------------

Maksu...lagu tu memang sayu...lemak merdu suara P.Ramlee...kalau jadi perantau mau laju je airmata tu...

----------------------

PB...kita serupa...lagu tu syok kan...feeling gitu...hehehe

----------------------

Manje...lagu2 sudir yang sentimental memang boleh mengundang rasa sayu...kena pulak lagu raya lagiklah sedih dibuatnya...

elly said...

Suka lagu Suasana hari raya, Sesuci Lebaran, lagu saloma ngan ahmad jais yang akak letak dalam senarai...

ChentaHati said...

kak... saya suka lagu kurung biru ni... silap2 haribulan boleh nagis wooo!!!

kak Erna said...

anie..lagu2 lama tu..semua akak suka..termasuk lagu sanisah huri..tapi ada satu lagu yang akak minat sungguh..syahdu syahdan..
nostalgia aidilfitri..dendangan s.aini.

iina said...

Kak Anie

Saya suka lagu nazam lebaran CT.. tapi lagu2 lama semua saya suka kak.. lagu yang sungguh menusuk kalbu sepjg dah 4 thn berpuasa nie.. lagu dendang perantau.. mmg sedih tiap kali dengar huhuhu

aNIe said...

Elly...lagu2 tu sedap semua kan?

--------------------

CH...lagu tu memang sayu aje dibuatnya

--------------------

Kak Erna...aha!! Lagu Sanisah Huri tu lagu memang sedap tapi yang syarifah aini tu anie tak brapa ingat...

--------------------

iina...sudah pasti lagu itu meruntun hati mereka2 yang berada di perantauan...

Lagu Nazam Lebaran dendangan siti tu sedap sebab suara siti macam sesuai sgt dengan lagu itu...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails