Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, August 9, 2010

Perginya Satu Kehilangan...

Tanggal 7hb Ogos 2010...

Hari Sabtu ... hari bapa saudara suamiku...yang kami panggil dengan nama Pak Besar Kl telah kembali ke rahmatullah...

Pak Besar adalah abang pada arwah bapa mertua ku tapi berlainan ibu.

Semasa hayatnya dia begitu dihormati dan disegani oleh anak2 saudaranya...

Merupakan seorang yang warak...dan begitu mengambil berat tentang hal hal agama.  Dalam hidupnya soal agama itu tidak boleh dipandang remeh...terutama sekali bila berkaitan dengan solat 5 waktu.

Masih aku ingat ketika kali pertama ke rumahnya di Kampung Pandan Kuala Lumpur kerana menghadiri majlis perkahwinan anaknya.

Biarpun majlis berlangsung...waktu solat zohor & asar...dia tetap mendirikan solat berjemaah bila sampai waktu bersama anak2 isteri...adik2...dan anak2 saudaranya di ruang tamu rumahnya yang memang dijadikan tempat dia berjemaah.

Jangan haraplah kalau ke rumahnya untuk bangun hingga matahari terbit kerana bila azan subuh bergema dia sudah mula memanggil semua yang berada di rumahnya untuk sama2 berjemaah dengannya.

Bukan sahaja pada arwah Pak Besar....malah aku begitu kagum dengan arwah isterinya.

Aku memanggil isterinya Mak Besar....tapi orangnya kecil comel je. 

Biarpun ketika mengenalinya dulu...usianya sudahpun menjangkau 50an...tapi wajahnya tetap manis dan berseri. 

Sinar kebahgiaan dan ketaqwaan membuatkan kami tak pernah jemu memandangnya.

Apa yang aku tau...dia merupakan isteri yang begitu ta'at pada suaminya.  Tidak pernah sekalipun kami mendengar dia meninggikan suara pada suaminya.  Dengan tutur kata yang lembut itu juga dia berjaya membesarkan anak2nya dengan baik.

Sebagai seorang isteri...dia sentiasa mengikut kata suami...tidak pernah membantah.  Baju dan pakaiannya semua dibeli oleh suami...cantik atau tidak...berkenan atau tidak dihatinya...dia tidak pernah merungut...tidak pernah mengungkit...dan itulah sikapnya yang begitu sukar untuk aku lihat pada isteri2 orang lain.

Pemergiaan arwah Pak Besar bagai satu kehilangan ... kerana biarpun ketika sakitnya dulu ... dia tidak pernah menguzurkan dirinya untuk ke rumah2 anak2 sedara jika ada majlis2 perkahwinan atau kenduri kendara.  Selagi dia terdaya dia akan datang untuk memenuhi jemputan.

Dia begitu menjaga ikatan silaturahim antara adik beradik dan anak2 sedaranya.  Dan sentiasa berbangga melihat cucu-cucu sedara yang berjaya dalam hidup...dan tiap kali kami anak2 sedara dan cucu cucu sedaranya merapati dan mencium tangan bila bersalam dengannya .. pasti dia akan mengusap kepala mereka dengan penuh rasa kasih.  Kami terasa begitu disayangi...

Al-Fatihah buat Allayarham Pak Besar Husin...semoga rohnya dicucuri rahmat...dan ditempatkan bersama insan2 yang beriman...Ameen...




...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

10 comments:

iina said...

Takziah kak.. semoga rohnya dirahmati dikalangan mereka yang beriman

Alina... said...

takziah..semoga rohnya d cucuri rahmat..

MOKCIK AZWA said...

Salam takziah.

semuanya tinggal kenangan yang tetap indah sampai bila2 kan kak.

Acik Erna said...

salam takziah..dah alfatihah buat arwah..

Aku adalah aku said...

Takziah ye kak...moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..amin..Al-fatihah

Kak anie said...

iina...alina...mokcik...terima kasih...betul tu...semuanya jadi kenangan...

--------------------

Kak erna...elly...terima kasih...semoga rohnya dicucuri rahmat...

Led said...

Salam takziah

Zareda Norman said...

Salam Takziah..

Alfatihah..

Sabihah said...

salam takziah...al fatihah...

Kak anie said...

Led...Zar & Sabihah...terima kasih...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails