Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, July 8, 2010

Update Yang Ringkas...

Hari ni aku rasa letih...

Bila letih aku jadi malas....

Bila malas...update pun ringkas je...

Agar blog tak bersawang....sebab kalau ditinggalkan sehari aje blog ni...nanti penyakit malas mula menular...semakin hari semakin besar virus tu...

Semalam cik abang sampai Shah Alam lewat...hampir lebih 12 tengahmalam...

Menyiapkan sambal bilis untuk bekalannya dan juga baju2 yang hendak dibawa nanti membawa ke jam 2 pagi.

Mata dah ngantuk...tapi kerja mesti dibereskan sebab esok pagi2 cik abang akan bertolak.

Sejak dipindahkan ke tempat kerja baru...tanggunjawab yang dipikul berlipat ganda.

Dan sejak hari itu...dia dah berulang alik ke Sabah sebanyak 3 kali ...semuanya dalam jangkamasa 2 bulan....

Bila dia bertolak dari sini...maka akulah yang menghantarnya...kecuali kalau dari Melaka memang ada pemandu.

Pagi tadi...seawal jam 6 pagi si kecik dah dibangunkan...bersiap2 terus untuk ke sekolah agama.  Biarpun waktu masuk sekolah jam 8.30...tapi dia terpaksa mengikut aku...kerana nanti tiada siapa nak menguruskan dia.

Farhan pula...menjadi tanggungjawab Ude untuk menghantarnya.

Bila jadual harian berubah...memang terasa letih badan ni...

Tapi seperti kata orang...alah bisa tegal biasa....

Bila ianya menjadi rutin maka segalanya akan jadi mudah.

Seperti kata cik abang...jadual dia ke Sabah mungkin akan berlarutan...ntah sampai bila dan mungkin juga nanti terpaksa ke Sarawak pula beberapa hari.

Maka...akulah yang akan menjadi drebar dia...

Drebar pun drebar lah bang...asalkan kita bahagia....!!!





...  

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

14 comments:

Unknown said...

hehe...

betul tu kak, yang penting seisi keluarga bahagia. Tanggunjawab bersama tu, cik abang lain, akak lain, semua kena di laksanakan demi kebahagiaan bersama ye tak.

pB said...

salam kak ....



betul kata akak tu , bila dah biasa , dah tak jadi masalah lagiiii



hari ni aBear ke Sungai Petani.

pB said...

salam kak ....



betul kata akak tu , bila dah biasa , dah tak jadi masalah lagiiii



hari ni aBear ke Sungai Petani.

sekadar satu coretan said...

salam kak anie...
zaman sekarang ni..jadi isteri byk tugasnye...serba-bolehkan kak anie..untuk memastikan semua berjalan lancar...barulah bahagia hidup...apa yg penting ada sifat tolak ansur...

en_me said...

drebar ghitewww.. ehehe

Yunus Badawi said...

takpe berkorban demi kebahagiaan keluarga.

Tirana said...

Samalah kita kak Anie....semalam saya menghantar suami ke bus station.. Nasib baik la dekat aje... Ada hari tu hantar ke bukit jalil..hala balik..sesat barat..letih memang tak terkata.... Sebab tu kadang2 blog pun tak sempat nak update..facebook pun dah tak boleh melepak sangat sbb banyak kerja...

Kak anie said...

Yus...betul tu...yang penting bahagia...hehehe

---------------------

PB...bila rutin kerja bertukar kita terasa penat kan...macam PB sekarang aBear selalu jugak outstesyen...penat nak menguruskan segalanya sendirian kan?

--------------------

ainnoraini...kalau isteri yang bekerja pun byk tanggunjawab yang perlu dibereskan...begitu juga kalau isteri seorang surirumah...kena jadi serba boleh sebab suami dah sibuk ke sana ke mari

Yang penting tolak ansur kan?

------------------------

en_em...drebar comel...hahahah

-----------------------

YB...segala apa yang ingin kita capai...terpaksalah kita bekorban...betul tak YB?

-----------------------

Tirana...dgr macam senang kan? Bawak kereta ...ke sana ke mari...tapi penatnya hanya kita yang tau...mana nak masak...nak berkemas...nak menguruskan kain baju...tapi semua tu tak terasa penatnya sekiranya suami memahami dan anak2 gembira....

Acik Erna said...

anie..penat pun penatlah..asalkan bahagia...
sian juga sibongsu anie tu kan..dia pun turut berkorban sama..berkorban masa tidur dia..

Zareda Norman said...

bersusah payah dengan suami tulah berkatnya rezeki melimpah ruah dalam rumahtangga kan kak anie.. kasih sayang bertambah erat..

zar dan cik hubby ni kerap sangat out station kadang2 sampai sama hari keluar daerah.. anak dara tu terkontang kanting.. tapi itulah manisnya sebab sama sama kena berkorban..

nanonano said...

salam kak..
lame xsinggah sni..
hehe =)

ChentaHati said...

kak, saya pun selalu jadik drebar enKande... amik dia kat epot, tapi kalau htr just sampai kl sentral jek... dah lah nak amik dia tu mlm2... maka drive lah saya sorang2... tapi tak kesah kan kak... kalau bukan kita sape lagi kan?

Alina... said...

syian kak ani jadi supir sokmo..tkpe..betul kata kak ani..asal bahagia da memadai kan kan kan..heehhee..

Kak anie said...

Kak...memang penat tapi demi kebahgiaan...drebar pun drebarlah...hehehe

-------------

Zar...kalau kita tak bekorban untuk suami kita siapa pulak yang sanggup kan...nanti kalau dia minta tolong yang lain hagi haru jadinya...

--------------

Salam nano nano......terima kasih kerana singgah

--------------

Chentahati...itu pengorbanan kita...kalau dia mintak tolong orang lain nanti kita lagik susah...hahaha...jadi sekarang ni susah pun susahlah...janji bahagia

---------------

Alina...takpelah ye...supir pun supirlah...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails