Balik dari bershopping barang dengan cik abang malam tadi...terus melunjurkan kaki depan TV untuk merehatkan kaki yang rasa lenguh kerana menunggu cik abang yang membeli sepatunya.
Cik abang memang cerewet bila tiba part membeli sepatu...dia akan belek...berjam-jam...tengok jahitan...tengok gumnya...buatannya...samada halus atau tidak.
Bayangkanlah dia beli 3 pasang sekali berapa lama aku kene tunggu disebelah troli barang2. Rasa nak mencangkung aje kat tengah2 orang lalu lalang tu...huhuhu...
Sambil mengurut kaki yang lesu...mata aku di skrin TV...menonton filem P Ramlee ...Keluarga 69.
Semasa berhenti untuk iklan...aku terlihat sedutan rancangan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke 53 di TV yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Bila melihat sedutan rancangan tersebut...terus terasa syahdu....
Syahdu kerana bila sahaja Tilawah Al-Quran diadakan ia menandakan Ramadan bakal menjelang.
Kalau dulu.. tak silap aku masa tahun 80 & 90an...Tilawah Al-Quran diadakan sepanjang bulan Ramadan....tapi kini ianya dianjakkan lebih awal supaya ramai yang dpt bersama-sama meramaikan majlis tersebut.
Bulan Ramadan yang mulia hanya tinggal beberapa minggu dari sekarang....
Sudahkah kita bersedia untuk menyambutnya....?
Semoga ALLAH memanjangkan usia kita untuk menyambut bulan Ramadan kali ini dengan penuh rasa insaf dan taqwa.
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
12 comments:
Kak anie
InsyaAllah, zar tak sabar tunggu ramadhan menjelang... Alhamdullillah, mudah mudahan dapat lagi bersama Ramadhan tahun ini
salam kak anie...
saye baru jer beberapa hari menganti puasa...
semoga kak anie gembira disamping family...
anie..ramadhan kali ni..akak dah tak dapat berbuka puasa dengan bonda lagi dah..ramadhan pertama tanpa arwah..
puasa tahun ini dalam musim summer disini.. more then 14jam rasanya.. Doakan agar dipermudahkan Kak Ani
semoga kita dipanjangkan usia & diberikan kesihatan yang baik agar dpt menikmati kasih ramadan tahun ini.. Amin
dah 3 ahli keluarga saya meninggal dunia berturut-turut 2 tahun sekali setiap kali ramadhan. Suka duka dan macam-macam perasaan menjelang ramadhan. Mungkin ramadhan kali ini giliran saya?
Semoga sampai umurku ke Ramadhan akan datang!
raya pun xlamer lagik.. ihiks
cepat betul masa berjalan kan?
owhh tak sangka yer Ramadhan dah hampir ...ingatkan lama lagi...
Salam kawan2...maaf sibuk tak sempat nak menjengah blog ... terima kasih kerana suka meninggalkan komen...
Semoga kita sama2 dipanjangkan umur untuk menyambut Ramadhan kali ini...
mudah2an dipanjangkan umur kita bertemu ramadhan tahun ini
Post a Comment