Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, June 21, 2010

SUKMA Xlll Dah Habis...!!!

Sabtu lepas...Munir yang dibedah sudah beransur pulih...

Jadi malamnya aku dah pergi beronggeng ngan Cik Abang ke Majlis Perasmian Penutupan Sukan Malaysia XIII di Stadium Hang Jebat Melaka.

Memula malas jugak nak pergi...sebab badan terasa letih...tapi kata cik abang...

'Jom le...mungkin lain kali kalau buat kat Melaka lagi...kita dah takde umur nak tengok lagik...sebab mungkin 26 tahun akan datang.'

Sepatutnya masa Perasmian Pemukaan hari tu pun aku dapat pergi...tapi cik abang aku masa tu berada di Sabah...maka aku terlepas upacara gilang gemilang itu.  Oleh itu dapat tengok penutupnya pun okaylah...

Aku pergi bersama si kecik...cik abang dah bertolak awal ke Majlis Jamuan Makan dengan Perdana Menteri...aku dan si kecik diambil oleh pemandu dia...

Si kecik benar2 seronok berada di sana...

Dan inilah pertama kali dia tengok kereta berhias....ingat tak aku pernah nak menunjukkan pada dia apa dia kereta berhias...akhirnya tercapai juga niat aku nak menunjukkan dia bentuk kereta berhias biarpun cuma sebiji....(menurut kata anakku masa pembukaan ada banyak kereta berhias)

Yang membuat aku seronok ialah melihat persembahan dari badan2 kesenian.  Aku yang begitu meminati tarian tradisional begitu terhibur dengan persembahan tarian dari Badan Kesedian Negeri Pahang...dengan medley lagu2 seperti Walinong Sari dan macam2 lagik.  Menikmati setiap gerak tarinya membuatkan aku begitu leka...tapi tak sempat nak ambil gambar2 kerana memory kad kamera aku dah penuh.

Malam tersebut dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian Raja Gelek...M.Daud Kilau...Dayang Nur Faezah...Meet Uncle Husein...dan ramai lagi....persembahan bunga api menarik perhatian penonton2 yang berada di Stadium tersebut.

Perasmian Penutupan dilakukan oleh Perdana Menteri kita yang kemudiannya menyerahkan bendera SUKMA yang diturunkan & diserahkan pada Menteri Besar Pahang...dan rasmilah Pahang akan menjadi tuanrumah untuk SUKMA pada tahun 2012.

Majlis selesai hampir jam 12 malam...kaki aku dah begitu letih dan lengoh kerana berkasut tumit...kepenatan berjalan..keletihan memandu membuatkan aku terbaring bila sampai di rumah...

Kita layan gambar pulak ye...

Cuma sayang gambar tak berapa jelas sebab menggunakan kamera biasa2 je...hehehe



Para-para peserta terdiri dari pelajar2 Sekolah Menengah di Melaka yg mengambil bahagian pada upacara Perasmian Penutupan tersebut....



Persembahan Brass Band dari Sekolah St John...



Kontingen2 dari negeri2 yang mengambil bahagian memasuki ruang stadium


Perarakan masuk bendera-bendera negeri2 yang mengambil bahagian.


Kereta berhias berbentuk Kapal Muzium Samudra...

Bunga api dilancarkan sebaik sahaja majlis ditutup dengan rasmi oleh Perdana Menteri.

Pasukan Pancaragam dari Kor Amor di Raja mengiringi mereka yang menurunkan bendera SUKMA untuk diserahkan pada Menteri Besar Pahang...


Para olahraga & olahragawati dibawa menaiki Mitsubishi Triton mengelilingi stadium bersama Ketua Kontingen Negeri Terengganu yang menjadi Juara Keseluruhan bagi SUKMA XIII....

Tahniah buat Kontigen Negeri Terengganu....!!!



...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

7 comments:

idahani said...

Sesekali dapat tengok keramaian cenggini memang seronok kan kak? Kak Anie, naper x pjm jer DSLR Ude? Sure gambar2 yg akak ambik tu lagi cantik kak..sayangnyaa..

sI tEDI said...

tgk kat tibi 2 je ari tu!

kak Erna said...

ani..seronoknya..dapat juga sikecik tu tengok kereta berhias..yang paling best mesti bunga api kan..tengok pulak memalam..bertambah cantik la..bunga api tu..

aNIe said...

ida...hehehe...akak duduk kat tempat khas...malu pulak nak bawak dslr...tu guna camera pun curik2...malu orang nampak...heheh

---------------------

tEDl..tulah...diorang kata tgk kat tibi je ari tu...

---------------------

Kak...seronok betul dia...anie pun suka tengok bunga api tu...cantik sungguh...tapi paling best tengok tarian tradisional tu lah...suka sgt...

dEeWaN said...

Mmg seronok mlm tu, tp syg x dpt jumpa akk.. Yg x syok blaku bgaduhan semasa meet uncle hussein wt psembahan

Kak anie said...

Ohh....dEeWaN ada masa tu ke...? Heheh...ramai orang tak dpt nak jumpa..dgn biras akak pun akak tak jumpa...masa konsert meet uncle hussein tu akak dah keluar tunggu cik abang di kereta...penat dah rasa nak landing kat tempat tidur...heheh

MOKCIK AZWA said...

mokcik pun sekadar tengok gitu2 sajork kat tv tempohari...anak2 seronok sebab kata mereka Terengganu jadi Johan..

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails