Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Saturday, June 19, 2010

Sakit Itu Penghapus Dosa Kecil...

Sakit dan dugaan yang datang dari ALLAH...jika diterima dengan redha akan menghapuskan segala dosa-dosa kecil.

Oleh itu bagi mereka yang mensyukuri nikmatnya biarpun yang diberi itu penyakit maka akan menerima ganjarannya.

Hari ini...mungkin hari sakit untuk mereka2 di rumah mertua ku...

Semalam...mertua pulang dari Cameron Highland kerana mengikut iparku yang berkursus di sana balik dalam keadaan yang tidak sihat...batuk...pening...mabuk...demam...semput...cukup segalanya untuk membuatkan dia terus baring dari semalam hingga pagi tadi.

Munir pula yang baru dibedah semalam...tak boleh tidur malam tadi kerana terasa sebu dalam perut dan terasa pedih hati.  Mungkin angin dalam perut yang menyebabkan dia tak selesa dan tak boleh tidur.  Kata doktor...itu adalah keadaan yang biasa lepas pembedahan kerana mereka tidak makan seharian semalam.

Fareez pulak...malam tadi batuk tak henti.  Nafas dah mula pendek2.  Berkali-kali aku bangun membawa dia ke bilik air untuk muntah yang hanya keluar hanya kahak dan lendir.  Kemudian terus beri dia air panas untuk minum agar tak melarat....

Cik abang pulak ...balik saja dari mesyuarat malam tadi...dengan muka kelat terus tidur dengan singlet & seluar kerana mabuk katanya...

Oleh itu tengahari tadi...aku ke klinik..membawa pesakit2 kecuali cik abang yang dah pun sihat setelah dpt rehat yang cukup semalam.

Alhamdulillah...keadaan dah mula beransur pulih...

Munir dah reda sikit perut kembungnya....Fareez dah kurang batuknya...dan MIL pulak sedang diberi Nebulizer oleh adik iparku...

Semoga segalanya pulih kerana esok pagi aku akan pulang ke Shah Alam membawa Munir yang cuti selama 2 minggu...

Satu perjalanan dari Melaka yang mungkin lama dari biasa kerana tak membawa pesakit...so kena lebih berhati2...

Semoga segalanya dipermudahkan...AMEEN....





...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

13 comments:

Amieynna Amin said...

betul kak..
kene sabar bile sakit..
bila sabar, kita redha dengan ujianNya..
semoga semua cepat sembuh..

Acik Erna said...

amin..semoga semuanya dipermudahkan..dan perjalanan anie selamat..
semoga semua yang sakit..akan cepat semboh..anie kena jaga diri jugak..nanti sebok melayan pesakit..lupa pulak nak jaga diri sendiri..

Kak anie said...

Amieynna...dugaan ALLAH datang dlm berbagai bentuk...biar pun sakit kita kena redha

Trima kasih..

-------------------

Terima kasih kak...yang bimbang sebab esok nak jalan jauh...harap2 munir dah okay sikit...jadi taklah sakit bila duduk terlalu lama...
Ni anie pun dah mula sakit tekak..kena minum air lebih ni...

ilahjy said...

salam akak ku cyg
maaf ilah ketinggalan dgn semua yg berlaku ini.. apapun ilah sentiasa mendoakan kesejahteraan buat akak sekeluarga.
ilah faham sesangat dgn ujian sakit ni. sbb ilah kan sentiasa diuji dgn kesakitan sejak mula kawen sampai saat ini..mungkin itulah hikmahnya. dosa kecil hilang.
line tenet ni pun kekadang tenat..

sekadar satu coretan said...

salam kak anie..
itu cume sedikit dugaan untuk kite kan...
semoga kak anie bersabar ye...

Sufi Asri said...

sabo je lah.. dugaan semua tue.. hmm.. ramainya yg sakit.. huhu~

Zareda Norman said...

memang sakit ni kifarah dosa dosa kecil sebab tu saya redha snagat bila diuji dengan sakit teruk dulu.. sabarlah ini semua dugaan..

Anonymous said...

Sakit adalah peringatan Allah untuk meningkatkan martabat hambaNya.

http://arraubi.blogspot.com/2010/05/penaman-sepanjang-2-minggu.html

Anonymous said...

Sakit adalah peringatan Allah untuk meningkatkan martabat hambaNya.

http://arraubi.blogspot.com/2010/05/penaman-sepanjang-2-minggu.html

sally said...

sabar la kak.. sekrg ni memang ramai org sakit..

pB said...

musim tak sihat sekarang nie

ChentaHati said...

mmg betul... sakit tu penghapus dosa kecil... tapi ada jugak yg mengeluh bila jatuh sakit... depa lupa kot...

aNIe said...

ilah...orang yang disayangi selalu diuji...semoga segala ujian yang kita lalui dengan tabah dan redha akan mendapat ganjarannya...

-----------------

ain...kalau dibandingkan ujian yang diberikan kepada orang lain...terlalu kecil ujian itu...

------------------

zoro...tulah pasal...penyait dtg tak kira masa...bertimpa2 pulak tu...tapi alhamdulillah segalanya beransur sembuh...

----------------

Zar...betul tu...semoga dgn dugaan yang diberikan akan meningkatkan keimanan kita...

---------------

Salam Hisyam...semoga dgn penyakit dan dugaan yang diberikan akan meningkatkan ketaqwaan kita...

---------------

Sally...memang betul...semua itu wajib diterima dengan redha...

---------------

pB...tulah pb...sekarang akak pun dah tak berapa sihat...sakit tekak ni...

---------------

Chenta Hati...tu sebab kita kena sering mengingatkan kerana kita sering terlupa....

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails