Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, June 9, 2010

Prince of Persia ...Two Thumbs Up..!!

Hampir separuh hari aku tiada di rumah...

Seperti yang aku katakan dulu...aku nak buat Movie Marathon pada Hari Rabu...

Malangnya aku cuma berjaya untuk menonton 2 movie aje...sebab aku rasa tak laratlah nak tengok sampai 3 movie...penat ....

Aku dan anak keluar dari rumah jam 12.15...sepatutnya aku bertolak lebih awal sebab tiket yang ditempah mesti diambil 1 jam sebelum tayangan bermula...

Sampai Cineleisure dah jam 12.45...tempahan melalui telefon telah dibatalkan...tapi nasib baik masih banyak kosong untuk tayangan filem Shrek...



Filem Shrek...biarpun cuma filem animasi namun ianya membawa mesej yang baik...

Hargailah apa yang kita miliki sebelum kita kehilangannya....kerana setelah kita kehilangannya barulah kita tau betapa bernilainya semua itu dalam hidup kita.

Selesai menonton Shrek...aku membawa anak2 menjamu selera di McD...



Filem kedua ialah...

Prince of Persia...



Untuk filem ini aku bagi 2 thumbs up!!

Aku memang meminati fillem genre action, adventure fantasy telah jatuh cinta dengan  Putera itu...

Prince Darstan....watak utama itu dilakonkan oleh Jake Gyllenhaal membuat aku cair dengan senyuman dia.



Berbanding dengan  Jake...aku lebih suka penampilan dia sebagai Darstan...dengan rambut panjang ... dia nampak begitu gagah ....seorang wira dengan senyuman menggoda...hahahaha....


Heroinnya pula ialah Gemma Arterton yang memang aku suka kerana kecantikannya.  Sejak dia muncul dalam filem 'Clash of the Titans...' dia telah menambat hati aku...


Filem ini sebuah filem adventure yang penuh aksi hingga membuatkan aku rasa rugi untuk meninggalkan tempat duduk untuk ke tandas....

Jom layan gambar....







Apa-apa pun....Dastan....renungan dan senyumanmu berada dalam hatiku....hahahaha....gediks !!




...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

9 comments:

myQza said...

sempat marathon 2 filem ye kak. he he he

dah lama x tgk wayang
bilalah nak g ni agaknyer

Zareda Norman said...

kak lady

P of P memang meletops.. cik hubby zar pun kata bes. Muvie marathon lagi kak minggu ni.. The toy story 3 dan The A Team plak

Kak anie said...

tEDl...hahaha...cuti sekolah bolehlah...kalau hari biasa tak boleh anak2 sekolah...banyak tugasan...

Cuti ni tak ajak diorang pi mana2 so ajaklah tgk wayang je...kesian pulak asyik memerap kat umah...ayah diorang sibuk selalu...eheheh

-----------------------

Zar...akak berkenan nak tengok The Sorcerer's Apprentice...A Team pun nampak best...action pack...

Jom marathon lagik next week...hehehe

Unknown said...

salam..ina pun gi gak tenguk sampai 2 movies..

pagi cerita imran..ptg lagenda budak setan..dia bosannnnn

~adeQ~ said...

memang best la kak citer tuh...kite nengok pun ternganga...syameel yang kecik tu pun khusyuk tengok....shrek jek lum sempat layan lagi sebab budak2 dah kat kg minggu nih...

Mak Su said...

wooooo, gagah.... gggrrrr

Kak anie said...

Ina...hari tu je kopak seratus lebih...hahaha...

Tu sebab anie tak pi tengok Lagenda Budak Setan...sebab tak kena kaki nak tengok tu...

----------------

adeQ...memang syok...diorang lawan pergerakannya tangkas...seronok tengok...props dia memukau...costume memang memikat...effect dia pun cantik kan?

--------------------

Maksu...hahaha...gagah perkasa....

Acik Erna said...

amboi anie..minggu depan akak cuti..rasa nak cuba tengok wayang pulak lah..akak sebenarnya dah malu nak beli tiket pun malu..tapi..minggu depan cuti seminggu.sian hero bongsu tu..rasa2 macam nak pergi juga la..tengok kat JJ seremban 2 je..
akak juga cadang nak pi kompleks PKNS shah alam tu..saje jalan2..

Anie said...

Kak...kalau sampai shah alam...jgn lupa beritau anie tau...

Kak ckp kat hero bongsu akak tu...cerita Prince of Persia tu best...kalau dia minat cerita Jackie Chan...ada cerita Karate Kid nanti...hehehe

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails