Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, June 30, 2010

Gila Kerana Piala Dunia...dan GOOOOAAALLLL !!!

 


Terdengar di Hot FM pagi tadi...
Seorang bapa membunuh anak tirinya kerana anak itu tidak mau berhenti menangis ketika dia sedang menonton satu perlawanan Piala Dunia.

Apalah dosa anak itu sehingga sanggup dia memukul hingga pecah tulang rusuk kirinya...kemudian dilemaskan sebelum menyumbatkan mula anak itu dengan skru.

Berita penuh di sini

Ini terjadi di Chicago...nasib baik kat Malaysia ni masih belum ada lagi kejadian peminat bola menjadi gila kerana Piala Dunia.

Setakat demam bola tu okaylah....

Tapi setakat ni aku belum jumpa lagi ada orang yang memandu dan tertidur dia lampu isyarat seperti yang berlaku 4 tahun lepas.

Hmm....mungkin pada perlawanan perlawanan akhir nanti kot...sebab masa tu pertandingan dah semakin sengit dan pasukan2 yang bermain pun adalah pasukan2 yang gah.

Semalam anak aku Farhan bertanya pada aku...

'Ibu...nanti final Piala Dunia Farhan nak tengok kat mana eh?'

'Tengok le kat rumah...kau nak pergi mana?'

'Ada sorang kawan ajak pi McDonald Kota Damansara...sorang tu ajak pi Shah Alam...'

'Buat aper nak pergi jejauh tu...'

'Alah ibu ni...ni final tau...final...'

'Ibu tau le final...apa salah tengok kat rumah'

'Bola ni syok bila tengok dengan kengkawan...perlawanan Final pulak tu...'

'Alah...ibu kan ada...ibu temankan ler kau...'

'Ibu ni...tak syok lah...ibu tak tau apa2 pasal bola....'

'Apa tak syoknya pulak...ibu temankan kau...time goal...ibu pun sama2lah dengan kau....GOOOOALLLLLL!!!

'Eiiii....ibu ni...tak bestlah...tak best tengok ngan ibu...'

Petang tu pulak dia cakap aku...

'Alahai...final nanti pukul 2 pagi kot...'

'Abih...kau nak pergi mana tengah2 malam buta tu...besok tu sekolah...tgk kat umah je'

Habis cerita...

So Farhan....tengok je bola kat umah...ibu ada boleh  tolong memeriahkan sorakan GOOOOOOAAAALLLLL!!!



...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

14 comments:

Mak Su said...

bongok sungguh bapak orang tu..... pasal bola jer..... bukan kes isap ganja depan tivi

Unknown said...

hihi..kak, senyum2 saya baca pasal akak nak temankan Farhan tgk bola masa final nanti...akak ni mmg ibu yg kelakar dan sporting kan. Bertuah semua anak2 akak ..

Tirana said...

Kak Anie, anak2 saya pun serupa, nak tengok bola dengan kawan-kawan, baru seronok kononnya..Tengok di rumah tak best...entahlah ye...agaknya kita ni perempuan, tak berapa nak faham sangat feel tengok bola sepak..hehehe

ida napi said...

hehehe..hubby ida pun dok sungut final game jam 2pagi..pengsan nak tunggu katanya..hehehee

MOKCIK AZWA said...

seingat mokcik la kan...final mesti time 2 pagi.. pernah suatu waktu dulu mokcik sanggup bangun pkl 2 pagi nonton bola...masa tu Brazil lwn negara mana ntah, tapi Brazil menang thru sepakan penalti hehehe

tak per kak...kak temankan farhan tu nengok bola...biar tv tengok akak...hahaha

~ez~ said...

woahh..sungguh kejam org tu.hmm..itula bila iman takde didada..sampai sanggup bunuh2..

sebut pasal bola..saya yg tak pnah2 layan world cup ni pun jadi seronok melayan..sbb seronok sorak ramai2 bila tgk..skg dah kawen..sanggup teman husband tgk bola kt mamak..(sbb uma baru xde tv lagi..hihihi)..mmg best!

yeahhh..mari kita jerit goaaallll!!!!! hehehe

iina said...

hehehe bagus kak bagus.. tgk kat umah jek jimat belanja hehehe tak yah susah2 nak tgk jejauh nak kuwa umah bagai.. masa nie ler peluang nak sorak kuat2 ;))

Acik Erna said...

anie..ibu bolih tolong jeritkan gol..tapi..jangan le..ibu mengigau nanti..dah nak pagi..orang tu..belum apa2 ibu dah jeritkan gollll..mau marah farhan..he he..

AuntieYan said...

Salam Anie,

Nasib baiklah kita kat sini tak ada sampai yang kena bunuh dek penangan bola.
Anak-anak Kak Yan pun ada juga sekali dua tonton bola kat luar, tapi yang game start awal saja.
Risau jugak hati ni kalau terjadi apa-apa maklum sajalah sekarang macam-macam.

AyunasiA said...

final tu malam minggu kot. hahaha abis laaa

RashAtie said...

hehehhe..anak atie sibuk nak disney channel je....bola-bola time hanya menang bila game awal pagi je....

aNIe said...

Maksu...tulah pasal...camaner dia boleh jadi bongok camtu...stress kot pasukan dia kalah...hehehe

--------------------

Yus...tau tak Farhan tak bagi akak pi sekolah dia...sebab dia cakap kengkawan dia kata ibu kau 'coool' dia jeles tu...hhaha


--------------------

Tirana...dia kata akak kalau tengok bola...mulut bising tanya tu tanya ni...sampai dia tak dpt concentrate...ade ke patut...

--------------------

idahani kalau yang dah dewasa ni okaylah jugak...tapi kalau masih sekolah esok nak ke sekolah mau tak boleh bangun

------------------

Mokcik...nanti dalam tidur akak menggigau...goooaaalll!! Hehehehe...

-----------------

Leeya...bila ramai2 itulah yang seronoknya...ada geng untuk memeriahkan kemenangan pasukan kegemaran.

-----------------

iina...betul tu jimat belanja...duit tak keluar utk beli minuman...kalau kat luar...ntah berapa cawan teh atau kopi tarik untuk buat mata celik....


------------------

Kak....hahahhaa...kalaulah dlm tidur anie jerit goal mau tergolek2 dia ketawa tau...

------------------

Kak Yan...tulah risau untuk melepaskan dia keluar memalam...banyak gejala2 buruk diluar sana...

------------------

Ayunasia...hahaha...abis ler dia.


------------------

Atie...ni disney channel dah tak main lagik dah...

ChentaHati said...

kak anie pun minat bola ke? tu lah pasal, final pukul 2 pagi... dah lah keje... ramai le yg MIA esok tu kat opis!

Diarihatiku1976 said...

sungguh kejam org tu.hmm..itula bila iman takde didada..sampai sanggup bunuh2

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails