Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, June 7, 2010

Best Bits of Project Alpha Season 2

Ini adalah entry terakhir untuk Instant Cash Blogging untuk Project Alpha Season 2..

Dah banyak kali aku terlepas untuk membuat entry untuk Instant Cash ni...kerana sibuk membuatkan aku terlupa.

Sepanjang Project Alpha Season2 ini...aku happy sangat...sebab tiap kali ada topik baru Instant Cash Blogging kita berpeluang untuk mendapatkan RM20 jika entry kita termasuk 50 yang terawal.  Siapa nak bagikan...cuma Nuffnang aje.

Yang paling best bagi aku ketika Project Alpha Season 2 ini ialah....hari pertama aku berjumpa dengan 'featured Blogger' di hari pelancaran Project Alpha itu di Cineleisure Damansara.

Berjumpa dengan Redmummy adalah sesuatu yang menggembirakan aku kerana dah lama aku mengikuti blog nya...kemudian dapat pulak bergambar dengan Jojo Struys...Joe Lee & Azwan Ali.  Ini juga kali pertama aku bersua muka dengan blogger chef kita Kak Ina KL...






Dalam banyak2 episod Project Alpha paling aku suka tengok ialah ketika semua ;featured bloggers itu melawat Lost World of Tambun...

Aku suka tengok binatang liar itu...cuma aku memang geli bila tengok KY meletakkan ular di bahu Cheesie...kalau aku pun memang aku dah menjerit giler...eiiii!!  Meremang bulu roma tengok...

Kemudian...aku suka tengok episod dengan Ninie....teringin menjadi macam dia...dia begitu flexible dan boleh melakukan pos-pos yoga yang memang kita tak terfikir akan dpt melakukan.  Episod di mana mereka melakukan Limbo Dance...seronok sgt tengok aksi2 peserta2 yang cuba masuk meloloskan diri serendah mungkin.  Tak sangka jugak Jojo boleh 'berdiri' tegak di atas kepalanya....bukan semua orang boleh buat tau.

Dari episod2 bersama Azwan Ali...dpat kita lihat yang dia ni memang bermulut laser.  Dia tak peduli siapa...dia nak laser...dia cakap aje...nak jerit pun dia jerit aje...jadi kalau membaca blog dia memang happeninglah...dia menulis apa yang ingin diluahkan dari hatinya.

Joe Lee adalah salah sorang dari featured blogger yang aku minat.  Aku sering ke blog dia...especially ketika dia aktif memblog ketika rancangan Akademi Fantasia berlangsung.  Jadi pada mereka2 yang merasa mereka tak boleh menyanyi...jgnlah masuk AF tu...memang tak pasal2 kena sembur dengan Joe Lee...anyway...I like the way he writes.

Sebelum aku mengakhiri entry ini...aku sekali lagi mengucapkan terima kasih pada Nuffnang & Project Alpha kerana telah memberikan kami peluang untuk meraih hadiah RM20 setiap kali ada Instant Cash Blogging...

Selepas ini takde lagi lah aku berjaga malam menanti setiap episod video clip Project Alpha diuploadkan di You Tube...

Okay...pada siapa2 yang nak menonton video2 Project Alpha...bolehlah mencarinya di You Tube...

Sedih jugak ni bila ini dah berakhir...poket dah kempis balik...huaaarrrggghhh!!!!






Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.


...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

6 comments:

Unknown said...

good luck...insyallah kalau ada rezeki..dapatlah..

tengah fikir jugak nak bawak tgk movie esok hari...tapi taklah marathon..fengsan nanti.

Anie said...

Hehehe....sama2lah kita berdoa dpt rezeki utk last entry ni kan?

Mak Su said...

wah, bestlah kak anie dgn kak inakl.... ada masyuk gaks.. saya tak merasa langsung, tak de peluang, huhuhu....

moga2 ada alpha lagi lepas ni, ek :)

Kak Anie said...

Maksu...hehehe...Alhamdulillah...dpt jugak merasa ...

Kitorang pun harap ada lagik instant cash blogging ni...

RashAtie said...

waahhh..atie ingat nak wat jugak, tapi bila pikir balik..alahai..ada budak kecik, kat umah tak sempat nak berblog....

next time nak try tuk instant cash ni.....

aNIe said...

Atie...mungkin pada masa yang lain boleh lah sertai...alhamdulillah untuk Instant Cash Blogging ni akak dpt lebih dari RM100

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails