Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Saturday, June 5, 2010

Anak-anak & Facebook...

Facebook...kini menjadi laman sosial yang begitu popular...

Bukan hanya dikalangan orang dewasa...

Malah anak2 pun dah pandai menggunakan Facebook.

Anak aku si kecik yg berusia 9 tahun tu pun ada Facebook.

Dia menyertai Facebook semata-mata untuk bermain game.

Kawan2nya kebanyakannya kawan2 aku dan juga kawan2 sekolahnya.

Aku sentiasa mengawasi Facebooknya...dan juga kegiatan serta kawan2nya.

Dulu semasa aku di Melaka...anak2 sedara aku yang berusia 12, 11 & 9 tahun telah pergi menyertai sebuah kem yang diberi nama 'Kem Facebook'

Mereka ke Kem tersebut untuk belajar menggunakan Facebook.

Bayarannya?  Aku tak pasti berapa.

Tapi...bagi aku...ianya sesuatu yang tak berbaloi disertai oleh anak2 tersebut.

Lebih bermanafaat sekiranya kem tersebut diadakan untuk mengajar anak2 tersebut cara-cara menggunakan komputer.  Seperti cara-cara mencari maklumat penting di dalam internet atau cara menggunakan aplikasi yang berguna untuk mereka di masa akan datang.

Anak2 tersebut masih mentah...dan aku takut mereka terdedah kepada orang-orang yang tidak bertanggungjawab di luar sana.

Semalam aku berjumpa dengan ibu mereka...di rumah iparku di Kuala Lumpur.  Aku memesan ibunya supaya memantau kawan-kawan yg di 'add' oleh anak2 mereka di Facebook.  Kerana aku pernah mengakses Facebook anak perempuannya yang berusia 11 tahun...dan aku lihat...ramai remaja lelaki yang ingin menjadi kawannya

Semua mereka itu aku 'ignore'kan untuknya.

Begitu juga...aku pernah melihat seorang dari kawan di 'frenlist'nya yang menulis di 'status'nya dengan kata2 yang tak sepatutnya diluahkan...segala perkataan 'sh*t....F**k....what the Hell...dan macam2 lagi perkataan yang tidak elok ...memaki hamun mak sedara sendiri...cikgu sekolahnya...lalu aku terus mendelete kawan itu dari 'frenlist' nya.

Anak2 itu masih terlalu mentah dan rasanya tak sepatutnya didedahkan dengan perkataan2 dan juga remaja2 lelaki yang kita tak tau tujuan mereka meng'add' anak2 kecil itu sebagai kawan.

Yang menjadi masalahnya ialah mereka tidak mempunyai komputer di rumahnya...maka memang sukar untuk ibu mereka mengawal kegiatan FB mereka.  Anak2 ini selalunya pergi ke cyber cafe di kampung nenek mereka.

Jadi akulah yang selalu mengakses semua Facebook anak2 sedara itu bagi memantau kawan2nya...kerana aku tau semua ID dan password mereka. Dan aku juga berpesan pada ibu dan anak sedara itu supaya jgn mendedahkan apa2 yang penting seperti no telefon...alamat rumah dan sebagainya pada mereka yang tidak dikenali.

Pada ibu2 diluar sana...aku harap mereka akan terus mengawasi anak2 mereka yang menggunakan laman2 sosial....kerana dari situlah anak2 kecil kita ini akan terdedah...dan  aku takut anak2 ini tidak pandai untuk membuat 'privacy setting' pada akaun mereka hingga membolehkan orang2 yang tidak berkenaan dan tidak bertanggungjawab mengetahui apa jua tentang diri mereka yang sepatutnya dirahsiakan.





...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

10 comments:

Qasfirdaus said...

Hoh!! kem camtu pun ade?

baik anto kat qas ni ha. biar qas jadi tukang ajo. banje makan je sudah. hahahahahaha 10 menet dah boleh master FB ni ape nak pegi kem bagai.

tak perlu kot kem mcm tu.

ida napi said...

betul tu kak anie, kita kena pantau sebab kadang2 orang dewasa pun leh kantoi inikan pulak budak bawah umur..

Acik Erna said...

anie..akak sewndiri pun tak reti buat privacy setting..lagi kan budak2 tu..akak pernah dapat mesej kat inbox..nak berkenalan..siap kata jumpa dalam mimpi lagi..bukan orang kita pun..kat england sana..leps tu akak tanya zino..macamana orang luar bolih masuk. barulah zino yang ajarkan akak buat privacy setting tu..dan buat friend only..

Kak Anie said...

Qas...tu sebab masa akak dpt tau akak cakap kat adik ipar tu...aper le diorang ni ...nak buat duit senang je...ade ke ajar bebudak tu benda camtu...meh sini...mak besau ajarkan pree aje...

Hehehhe...

----------------------

idahani...betul...paling takut kalau orang yang tak dikenali cuba menggula-gulakan bebudak tu...

----------------------

Kak...tulah pasal...anak anie si kecik tu memang hari2 anie masuk....yg utk anak sedara tu anie masuk 3 hari sekali ke...tgk keadaan...tapi memang akan tengok...bahaya kan

Anie pun dulu ada orang Turki nak kenal2...tu yang lepas tu semua anie buat setting...bahaya tu...

Sufi Asri said...

hmm.. teringat kat adik saya.. boleh lak bagi kawan dia tulis status x senonoh.. pastu x reti padam.. habis kawan saya tegur.. wat malu jer...

Anonymous said...

Kak Anie, sepatutnya bukan anak-anak sahaja yang perlu diperingatkan tentang bahaya Facebook ini. Orang-orang yang dah dewasa pun perlu diberikan perhatian juga.
Seingat saya, dizaman IRC lagi orang dah peringatkan tentang peri bahayanya internet ini. Jangan ingat orang yang jahat sahaja yang sanggup lakukan perkara-perkara maksiat, orang yang kita fikir alim dan terpelajar juga terlibat dalam gejala maksiat seperti hubungan terlarang dengan isteri orang...bahaya tu.
Begitu juga sekarang ni dah jadi macam trend pula, berlumba-lumba kumpul friend lists..semakin banyak semakin baguslah kot, dan membiarkan privacy kita semakin hilang. Hari ini saya makan apa, hari ini saya pergi mana, hari ini saya beli apa, hari ini Cik Abang kita tak ada kat rumah dan outstation lama, hari ini Cik abang kita dah balik rumah he he he...untuk apa dibongkarkan semua rahsia ini masih menjadi persoalan??? Agaknya kalau boleh nak tulis dalam FB tu, hari ini kita pakai warna apa....membiarkan mereka yang bukan muhrim ketahui semuanya tentang kehidupan kita...alhamdulillah dunia dah semakin sampai kepada penghujungnya, jadi tak lah lama sangat kita ini disiksa semasa berada di alam barzakh nanti.

ckLah @xiiinam said...

Salam,
Setiap sesuatu itu akan menjadi baik, kalau digunakan dengan betul. Dan begitulah sebaliknya.
Pisau di dapur itu pun, kalau disalah guna,hmmm, hukuman gantung mandatori balasannya! Kan Anie!

ckLah ada tulis tentang cara mengawal anak-anak dengan internet dalam entri ini-http://xiiinam751.blogspot.com/2010/05/kerana-dunia-tanpa-sempadanmaka.html

(sekadar berkongsi pengalaman seorang ibu)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, kak ANie, anak sy 9 thn pun ada fb, dan sntiasa di bwh pantauan sy. Yg geramnya mcm kak Anie ckp tulah, ada kwn yg suka mnggunakan pkataan yg tidak elok, mmanggil oii, woii dan sbginya.. geram dgn kwnnya yg mcm ni dan sy mnta dia smpikan spaya jgn mnggunakan bhs kasar.. ssh mau ckp tmbhn pula kwn2 sekolahnya

Zareda Norman said...

org yang anjurkan kem tu memang amik kesempatan tu tapi kalau dia beri penerangan untuk ignore scam, msg lucah dan kesat, pilih frienlist tu baguslah.. biar anak anak ni ada guide untuk dorang jadikan panduan

Kak Anie said...

Zoro...hehehe...status tak senonoh tu yang tak elok tu...habis semua orang baca...tak reti nak padam lagik menambahkan teruk keadaan tersebut...hahaha


---------------------------

Anon...memang betul..tapi masalahnya sekarang orang dewasa ini semua dah tau apa yang patut dan apa yang tidak dilakukan internet...tapi orang dewasa ni kalau diorang buat salah...diorang tanggunglah sendiri...masing2 ada akal sendiri...masing2 dah tau apa salah dan apa yang benar...tapi mereka masih mau melakukannya...

Tapi anak2 ini mereka masih belum tau salah dan benar...yang mana orang yang baik dan mana yang cuba menggunakan mereka ...mereka diibarat kain putih...jika tidak dipantau dan dibiarkan membuat silap maka akan mak ayah akan menangis dikemudian hari

Pasal status tu...itu hak masing2...kalau kita berbual dgn kawan2 pun...kita akan berbual tentang ke mana kita pergi...apa kita beli...cik abang kita outstation...tapi cuma dgn kawan2...bukankah sekarang kita boleh pilih wall kita siapa yang boleh baca...jadi terpulang...

Ttg berlumba2 menambah kawan tu memang akak pun tak setuju sgt...sebab kita tak kenal siapa mereka...tapi rasanya sekarang kita boleh groupkan mereka yang tidak dikenali sebagai 'unknown' dan menghalang mereka dari membaca wall kita...

Jadi terpulanglah...pandai2lah kita menggunakannya dengan baik...

-------------------

cklah...betul tu...apa yang kita ada...gunakanlah dengan sebaik mungkin...

Akak ada baca entry cklah tu...memang kita kena adakan sempadan untuk mereka...lama dulu kak anie pun ada tulis bagaimana akak membimbing anak2 cara-cara menggunakan ruang sembang dan lain2...

Menggunakan internet sebagai tempat berkongsi pengalaman adalah sesuatu yang baik...

-----------------------------

Sari Yusa...memang betul...ada anak2 yang pandai bercakap kasar...dan memanggil mereka dengan panggilan2 yang tidak elok...akak selalu menegur kawan2 Fareez yang menegur dia dgn bahasa2 yang tak elok...sebab mereka tak tau yang online tu mak Fareez...hehehe

---------------------

Zar...kem yg mengenakan bayaran utk anak2 tu memang rasanya mengambil kesempatan...sepatutnya anak2 itu diajar seperti apa yang Zar cakapkan...supaya anak2 ini ada guide untuk panduan..

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails