Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Saturday, May 8, 2010

Istimewa Sempena Hari Ibu...

Pagi-pagi aku dah terjaga...

Dah nak bersiap2 untuk balik ke Melaka...

Pada mulanya nak berhujung minggu di Shah Alam aje...tapi MIL call semalam beritau yang ada kenduri di rumah arwah Mak Ngah Bibi...

Malangnya anak2 aku tak dapat ikut bersama...sebab Huda ada program untuk hari ini...jadi aku tinggalkan Farhan untuk bersamanya.

Anak sulong ku pulak...semalam baru sampai dari Melaka.  Alhamdulillah dia telah ditawarkan bekerja di Melaka...dan akan mula bertugas pada hari Isnin depan...dia kembali ke Shah Alam untuk mengambil sebahagian dari baju2nya...

Ini bermakna...hujung minggu dan juga Hari Ibu nanti...aku tidak ada bersama mereka.

Oleh itu...semalam Huda meminta aku memotong Cheese Cake yang dibeli khas untukku sempena Hari Ibu...



Bagi aku ia adalah 'The Best Cheese Cake..'  Terima kasih pada teman Huda...Najwa yang telah membuat kek tersebut untuk Huda...memang sedap..aunty suka sangat.

Walaupun orang kata...untuk meraikan ibu kita...tak perlulah menanti hari hari yang istimewa...tapi apa salahnya memberi yang 'extra special' pada Hari Ibu...

Pagi tadi ...semasa sedang berkemas...TV3 memutarkan video lagu tentang anak2...dan bayi yang dibuang...

Aku jadi sebak...

Kerana...mereka yang melakukan perbuatan keji itu tidak dapat merasakan betapa indahnya perasaan ini menjadi seorang ibu.  Tidak ternilai rasanya ketika kita menerima ciuman...pelukan...dan ucapan2 khas dari anak2 yang menyayangi kita....

Kenapa semua ini terjadi...?  Semua ini terjadi kerana...mereka telah memulakan sebuah perhubungan itu dengan jalan yang salah...mereka telah tersilap memilih jalan...dan yang menjadi mangsa adalah anak2 kecil yang tidak berdosa.

Aku pasti...mereka yang melakukan perbuatan itu akan terus diburu rasa bersalah...kerana seandainya satu hari nanti mereka dikurniakan zuriat atas satu perhubungan yang sah...dan mereka sudah tau rasa tanggungjawab serta merasa naluri keibuan....maka mereka pasti akan dihantui bayangan bahawa ada zuriat mereka yang telah mereka aniaya...yang sepatutnya diberi peluang untuk hidup kerana bukan salah sikecil itu untuk diperlakukan demikian.

Pada anak2 gadis di luar sana...ingatlah...jika anda memilih jalan yang salah untuk memulakan sesuatu perhubungan...maka sampai bila2 pun rasa bersalah itu akan bersarang di hati...dan ianya adalah sesuatu yang menyiksakan...

Begitu juga pada lelaki2 yang terlibat dalam persoalan ini...jadilah insan yang bertanggungjawab kerana dosa melakukannya akan sama sama ditanggung...tidak kira lelaki atau perempuan...jangan suka menggunakan istilah...'Aku lelaki...engkau perempuan...aku boleh buat apa saja'  kerana dosa yang ditanggung tidak mengira lelaki atau perempuan di sisi ALLAH...
Istilah itu hanya timbul dalam masyarakat kita yang sering ingin menyalahkan pihak perempuan jika perkara2 seperti ini berlaku.

Anak-anak...jagalah tingkah laku...dan jangan diikut bisikan2 syaitan yang hanya akan menjerumuskan anda ke jurang yang penuh berliku...kerana sekali kita tersilap langkah... kita akan dibawa arus kesilapan dan selagi kesedaran untuk pulang kepangkal jalan berada jauh dari lubuk hati ... kita akan terus melakukan kesilapan demi kesilapan.

Buat kawan2...pembaca2 blog aku..
pada ibu mertua...makcik (mak tiriku) pada Kak Long & adik2ku Sya...Shimah serta adik2 iparku (isteri2 adik2 lelakiku) Itah & Ilah...dan juga pada ipar2 istimwa ku Itah, Aya & Norlia...aku ingin mengucapkan...

SELAMAT HARI IBU....
buat semua...

Anda adalah ibu2 yang terbaik...segala pengorbanan dan kasih sayang yang diberi untuk anak2 dan suami adalah sesuatu yang istimewa...tiada siapa yang layak untuk memberikan kasih sayang yang setulus dan seikhlas yang telah anda berikan pada mereka...



Dan tiada siapa yang layak menggantikan anda dalam hati mereka sebagai IBU...EMAK...UMMI...MAMA...MUMMY...tidak kira apa jua panggilan itu....kerana IBU adalah insan yang paling istimewa bagi mereka...

Terima kasih pada anak anakku...Munir...Huda...Farhan dan Fareez...kerana telah membahagiakan hidup ibu...biar apa pun yang terjadi...kamu semua tetap permata di hati ibu...dan hanya kamulah anugerah paling berharga dari ALLAH yang dipinjamkan untuk ibu dan kamu jugalah harta ibu yang tiada ternilai yang akan ibu tinggalkan satu hari nanti...
Maka...jadilah anak2 yang baik dan membanggakan ibu..hanya itu harap ibu...dan jadilah anak2 yang soleh & solehah...kerana hanya kamu yang akan ibu tinggalkan untuk mendoakan ibu suatu hari nanti.

Bekalan untuk ibu di 'sana' nanti adalah doa dari anak2 yang soleh dan solehah...





...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

11 comments:

afiq said...

hepi mothers day kak!

sI tEDI said...

huda,
makcik tedi nak sepotong ciskek boleh???


kakanie,
selamat hari ibu!!

Miss Annaz said...

hepi mother's day...

pago" said...

selamat hari ibu!

nasazfrog... said...

Selamat Hari Ibu, Buatmu....

Anonymous said...

salam Kak Anie



selamat hari ibu.
moga kita menjadi ibu yang solehah

pB

iina said...

Selamat hari ibu kak ;) Moga diberikan kesihatan yg baik berpanjangan ;)

kak Erna said...

anie..selamat hari ibu..

dEeWaN said...

selamat hari ibu buat akk. ada kat Melaka lah ni.

kak anie said...

Afiq...tEDl...pago & Nasaz...thank u...

Buat PB ...samalah kita ye...

iina...thanks...sama juga ngan iina...

Kak...Muahh!!...sayang akak

dEewan...dah balik shah alam dah...thanks

Anonymous said...

ada kes, maid ni layan lelaki bangla buat kerja kontrak dekat rumah majikannya.. die termengandung.. semua tak perasan hingga majikan terdengar bayi nangis..majikan heran, pergi ke bilik blakang dgr tangisan, dia ketuk pintu bilik air, dia tengah pegang bayi..
bayangkan kalau takdisedari majikan.. nauzubillah..
orgnya mengaji di pesantren,suami dan anak menanti..di kg.. tanpa desakan nafsu berjauhan mencari rezeki..
jadinya jgn terperanjat jika kes buang bayi ini berlaku..dan banyak dari remaja dan maid yg berjauhan dari keluarga..
research menunjukkan buang bayi ini banyak berlaku kebelakangan ini di negara barat juga dari warga asian yg mana masyarakat dan ugama menyisih dan mengeji mereka.. maka jalan keluar.mereka buang bayi..

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails