Semalam Ude meninggalkan kamera Nikon SLR dia bersama ku...
Seronok...!!
Jadi tengahari semalam aku sibuk menjadi photographer tak bertauliah...
Hmmm.....mencari2 apa yang akan menjadi mangsa lensa kamera ku...
Heheheh....macam paparazzi lah pulak...
Jom tengok apa yang aku 'snap' semalam....
Pokok buah delimaku yang sedang galak berbuah...suka sgt buah delima..dulu pernah berbuah sekali...masa aku balik dari Melaka...aku lihat buahnya semua habis...putik2nya pun habis dimakan monyet. Tak dapat aku nak merasa...harap2 kali ini tak menjadi bahan makanan monyet yang dah lama tak kelihatan.
Bunga & putik buah delima yg lebat....
Buah mata kucing siam aku pun sedang galak berbuah...dan ada juga bunga2 baru yang muncul.
Kali ini buahnya lebat...
Tapi sayang banyak juga buah2 yang sudah masak tak dapat aku rasa...sesekali tgk tinggal ranting aje...
Sebab...rasanya telah dimakan tupai...tupai ni pulak makan tak ingat pun nak tinggalkan sikit untuk tuan rumah...belum ada rezeki lagik...harap2 buah2 yang baru muncul tu tak dimakannya...
Camaner nak buat dengan tupai tu eh? Atau nak mengelakkan buah2 tu dimakan tupai?
Ini pulak...pokok mangga aku yang baru nak belajar berbuah...
Hari tu daunnya yang lebat telah di cantas...jadi dia mula berbunga & berputik.
Ada lah 3-4 biji putiknya aje...heheheh
Okay...itu sahaja buat kali ini...len kali boleh amik lagi ye...itupun kalau dibenarkan oleh yang empunya kamera...hehehe
Petang ni aku nak ke PD bersama anak2 sebab cik abang aku berkursus di sana.
So...Happy Weekend kengkawan...!!
...Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
10 comments:
amboi! nak jadi fotografer jugak eh....
Berapa kali cuba tanam delima, tapi bantut jer, tak mau tumbuh....sejuk tangan kak lady ni...
happy weekend akak..wahh..leh la jd geng ambik gambaula pas ni.. hehe
anie..rajin jugak menanam ye..buah mata kucing anie tu..kalau tak dijaringkan..memang habis..
pandai anie..guna kamera..ni mau beli satu untuk sendiri ni.selamat bercuti di pd..akak pulak balik kg..aje..
wah... banyak nye buah-buahan kat rumah anie..
ada bakat terendam tu hehe
Kak bestnya banyak buah2 keliling rumah.. tapi yang tak best kalau tak dapat merasa buah tuh.. takpe insyAllah ada rezeki utk akak nanti ;)
wah...ini farmville ke? hihihi. Bagus akak di mana mana suka menanam ye =). Patutla main fv tak ingat donia!
kak anie, ni tgh simpan duit dalam tabung ayam konon nya nak menghadiahkan diri sendiri sebiji kemera slr untuk diri sendiri....bila lah nak penuh nih!
jillian de jill...hehehe...nak merasalah jugak
----------------------
Hani sumayyah...akak suka buah delima...banyak buahnya kali ni...
---------------------
Leeya...terima kasih...
Kalau dibenarkan tuanpunya camera...bolehlah kita jadi geng ambil gambau ye...
--------------------
Kak ...nak buat camaner eh..? Jaring dengan aper? Kalau tutup dengan plastik okay tak?
Kalau ade rezekilah kak memang rasa nak sambar satu...hehehe...kalau cik abang tu benarkan
-------------------
Kak Pah...ada 3 -4 pokok je...ada pokok rambutan jugak...tapi terbantut nampaknya...pokok laici pun ade...tapi selalu kene serang ulat...dgn buah2nya sekali...
-------------------
zino...bakat terendam takpe...jangan badak berendam...hehehe
------------------
iina..tulah pasal...si tupai tu kejam betul
-----------------
cik kiah...dulu akak suka tolong bapak berkebun...suka tgk sayu2 yang dah boleh dijual...
-----------------
Mamarock...kalau dpt ada budak2 yang nak jual second hand pun okay jugak...cuma kena pastikan ianya masih elok...sebab sekarang kamera ni macam goreng pisang panas...lagi pun model terbaru pun cepat keluarnya
Post a Comment