Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, April 7, 2010

Janganlah Nak Tunjuk Samseng dengan Orang Tua.

Semalam...aku sibuk keluar menguruskan segala pembayaran di awal bulan.

Ke Maybank...Ambank...dan kemudian ke Bank...'Saya Mesti Piliey'

Selepas segala urusan...dan sewaktu ingin keluar dari bank tersebut aku dengan kekecohan diluar.

Melihat dari cermin kaca bank itu...aku ternampak seorang lelaki sedang mengamuk..

Aku jadi takut...nak keluar dari bank pun tak berani.

Dengan memegang sebuah helmet dia sedang menarik kolar baju seorang lelaki separuh umur...rasa aku dah dalam usia akhir 50an....berketayap pak haji...dan berambut putih...

Memang nak ditumbuknya pakcik tu...

Aku lihat...cermin van company di sebelah pemandu yang dipandu pakcik tersebut telah bersepai dihentak dengan topi keledar orang penunggang motosikal itu.

Lelaki berkenaan sedang memaki hamun pakcik tersebut sambil menjerit2 dan mau memukulnya lagik.

Pakcik yang masih berada di dalam van itu...cuma berdiam diri dan meminta maaf...sambil mengelap2 darah yang mengalir ditangannya akibat terkena serpihan kaca.

Rupa-rupanya pakcik yang mau memakirkan van tersebut telah bergeser dengan penunggang motosikal itu hingga menyebabkan dia jatuh.

Tapi pada pandangan mata aku...dia tak pun cedera ...cuma mungkin melecet di bahagian tulang keringnya.

Ada pula seorang pemuda awal 20an cuba meleraikan...dan memarahi penunggang tersebut yang berada dalam lingkungan 40an...tapi pemuda itu pulak yang nak dilanggar dengan motornya.  Penunggang itu berlagak macam samseng...dan tak habis2 ingin membelasah pakcik yang malang itu.

Semasa aku lihat keadaan hampir reda...aku pun keluar menuju ke kereta aku...kemudian...aku lihat penunggang motosikal itu melepasi aku...bila aku melihat ke belakang...patutlah dia pergi sebab ada 3 orang polis bermotosikal menuju ke tempat kejadian...

Seorang dari polis tersebut mengejarnya dan membawanya semula ke tempat itu.

Aku tak menanti utk melihat apa yang berlaku...

Tapi aku rasa kasihan pada pakcik tu...sudahlah kemalangan...dicederakan pulak.  Biarpun kalau itu kesilapannya dia tak patut diperlakukan begitu.

Takde siapa yang nak sengaja melibatkan diri dengan kemalangan...segala-galanya tidak disengajakan.

Dia telah pun meminta maaf...tapi janganlah pulak disebabkan dia dah separuh umur dan kelihatan tidak berupaya melawan...kau nak berlagak samseng pulak.

Entah ke manalah hilangnya adab sopan dan sikap menghormati orang tua dalam masayarakat kita ini.

Mereka sepatutnya tahu...segala masalah tidak akan selesai dengan kemarahan dan perlakuan yang kasar dan kurang ajar.

Peristiwa itu membuatkan tubuh aku menggigil...takut..sebab dalam keadaan marah...macam2 boleh berlaku...

Syukur Alhamdulillah...pakcik tu tak sempat diapa2kan dengan lebih teruk...biarpun dah di cekak lehernya...ditumbuk sekali dan tercedera tangannya...






...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

17 comments:

AuntieYan said...

Salam aNie,

Tu lah...kita yang ada anak bujang ni risau gak kot berperangai macam tu.Maklumlah tengah muda, darah muda. Kak Yan ni selalu saja dok bagi syarahan pada anak-anak bab menghormati sesama kita, tak kiralah tua atau muda.

Luna said...

kesian pakcik tu..mungkin dia salah,tp dia pun dh minta maaf...benda boleh diselesai cara baik tp jd besar disebabkan sikap kurang ajar..

sy pun kesal membacanya

zareda said...

kak anie

dalam kedaan marah macam macam boleh berlaku. Yg sopan jadi mak hantu, yang peramah jadi pembengis, yang lembut lidah jadi pemaki. Sebab itu kita kena selalu kawal kemarahan, kawal iman agar dalam keadaan marah pun kita masih boleh bertahan dengan sabar.

leeya said...

saya penah kena dgn orang mcmtu..dia yg langgar kereta abah saya..tp dia pulak yg lelebih marah..mmg hangin je..

ada sorang tu...perempuan lagi.mmg jelas nyata terang dia yg salah langgar kereta abah saya sampai kemek dan calar teruk..tp dia boleh maki n marah abah saya..kuang aja betul..mmg menyirap darah saya masa tu..

tak reti nk hormat org tua.abah saya tu siap berkopiah bagai lagik. hishh

kenapa la ramai orang2 yg mcmtu ek? dah la orang tua..hormat la sikit walaupun dia yg salah..

ilah jy said...

kak anie ilah rasa budak lelaki tu canduuuuu...ketagihan agaknya..sebab hilang semua pertimbangan.. org macam budak tu patut diuji kesakitan sepanjang hayat supaya dia insaf...dan tahu hargai org lain yg tak semena2 sakit dgn perbuatan dia... semoga dia dapat pengajaran selepas ini...

aNIe said...

Kak Yan...samalah dengan anie...selalu ingatkan kat anak muda anie tu...dia tu pun boleh tahan panas barannya...benda atau apa masalah pun takkan selesai kalu asyik nak memukul orang...yang penting bincang...yang silap minta maaf...kalau patut ada pembayaran yang perlu diselesaikan...bertolak ansurlah...

Takutkan kak...maklumlah diorang tu darah muda

---------------------

Luna...kesian akak tengok...masa akak masih dlm bank lagi akak dok cakap dengan orang sebelah...kenapa lah ada orang yang macam takde akal...giler ke haper...

Betul tu...segalanya boleh selesai...dia pun tak sengaja...

----------------------

Zar...betul apa yang zar kata...dalam keadaan marah yang tak terkawal...mulut ini dan tingkahlaku kita kadang tak terjaga...tu sebab kena lebih istighfar kalau tengah marah...sebab syaitan suka menjadi tukar cucuknya...

AyunasiA said...

mungkin budak tu ada masalah lain sebelum kejadian tersebut. tu yang naik angin terus puting beliung tu. manusia makin ramai, perangai makin pelbagai.

oren said...

patut lepuk jek mamat motor tu ngan helmet org lain (pinjam helmet org lain sat)..

zino said...

sungguh tak sopan di mana silap nya.. bila dengan polis nanti mau kencing dalam seluar ketakutan .. dengan org lain berlagak habis..

Kak anie said...

leeya...tu yang akak cakap...biarpun pakcik tu salah...tapi hormatlah sikit...jgnlah nak cepuk orang je...

Siapa yang nak terlibat dlm kemalangan kan? Tapi malang tak berbau...jadi kenalah fikir2kan...

------------------------

ilah...orang yang naik motor tu bukan budak lagik..dah berusia dlm 40an...takkan dah tua2 pun darah masih panas lagik

Betul kata ilah tu...biar dia dpt pembalasannya kerana menyakiti orang lain

---------------------------

Ayunasia...yg naik angin tu bukan pangkat budak...dah bapak budak dah!! Tu yang akak lagik geram...

--------------------------

oren...tulah yang anak bujang akak cakap...dia kata kalau dia kat sana mau di lepuk je orang tu...akak cakap masalah takkan selesai mcm tu...nanti silap2 kau yang kena tahan...betul tak?

--------------------------

Zino...ntah aper yang merasuk pun tak tau le...kita yang tengok naik takut...geram...rasa nak pergi bagi aje dia sebijik...

Bila nampak polis pandai takut...walaupun polis2 tu semua dlm usia 20an...polis baru kot...

HappyIrfa said...

kesiannya.zaman sekarang perikemanusiaan dah tolak tepi.sib baik xde apa2 berlaku pd pakcik tu

sI tEDI said...

manusia sudah hilang rasa kasih dan aksihan kak..

hal yg sekelumit boleh jadi sebesar tapak tgn!

kesian pakcik tu. nasib baik tiada yg parah!

nasibbaik dapattangkat! kalau di leaskan begitu saja, org lain pun akan jadi mangsa dia

tulipurple said...

sugguh hangen kat penunggang motor tu...ntah kemana perginye adab,pesan nabi...org yg menang adalah orgnya dpt menahan amarahnya.

KAKTINY said...

bila iman dh tak lekat di hati.. itu lah yg jadi ngan anak muda sekarang..

akal kt kepala lutut
budi bahasa terjun longkang
diri tak keruan
ikut telunjuk setan..

sadis sungguh sikap anak muda sekarang..

sungguh tiny risau kak!!.. huhuhu..

iina said...

Emmm kak dah hilang budi bahasa org sekrg nie kan.. tapi diorg tuh lupa esok2 dia pun tua gak.. jgn lupa esok juga kita takkan kuat lagik.. masa tuh kalau kena hina begitu atau lebih teruk nnti baru tahu langit tinggi atau rendah..

Yelah kan masa badan sihat kuat.. kita pandang rendah pada yang lemah hina.. Tapi kita lupa xselamanya kita kuat ;)

Hi i'm Raiedzall said...

salam kak anie,
gile lama tak tinggal komen kat sini. Baca tetap baca, cuma malas nak logout acc. hubby dan login acc. sendiri. hehe..

seriously, Malaysia dari kaca mata pembacaan blog2 dan suratkabar really scares me. Mcm takut nak balik negara sendiri pun ada dah ni. aduhai... kalau islam dan iman sudah jauh dari hati, inilah hasilnya.

apapun, akak take care ek. nnt kalu saya dah balik melaka, leh datang rumah saya. :D

-anitakema-

Erna said...

anie..akak pun bolih rasa ketakutan anie tu..apa lagi akak ni memang la penakut..
ada sekali kat opis..akak tegur kerani tu.dia bolih datang cari akak..nak gaduh..takut betul akak..
sampai sekarang akak cakap yang perlu aje ngan dia..macam tu la..sekarang ni..orang dah tak kira tua muda...
harapan dan doa kita agar anak2 kita tak macam tu ye anie..

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails