Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, April 6, 2010

Drama Sebabak...Malu weii!!

Semalam...balik dari ambil Farez dari sekolah agama...aku beritau dia nak ke Econsave...


'Aeez...ikut ibu pi econsave nak...?  Pastu kita makan kat kedai sebelah tu...mee dia sedap...'

'Eleh...ibu ni kejap2 nak pegi makan kat kedai yang lembab mcm siput tu...'

'Rasanya dah tak lembab lagik kot...tapi lembab2 pun mee & nasi pattaya dia sedap'

'Hmmm...okaylah...Aeez nak nasi goreng pattaya tau..'

'Tapi kita pi shopping dulu tau...ibu nak beli beras...macam2 lagik'

Dan biasalah kalau membeli barang dapur...dari nak beli sedikit...jadi bertimbun...makin lama makin penuh trolley aku...

Aku pulak...kalau pergi shopping memang dah peruntukkan berapa harus belanja...duit pun aku tak bawak banyak...kalau bawak banyak mesti abis...

Sampai di kaunter pembayaran...si kecik aku duduk kat belakak cashier ...sambil melihat jumlah barangan yang aku beli...

'Ibu...tengok tu...dah RM100 lebih...nanti kita tak cukup  duit nak makan...'

Suara dia dah le kuat...budak cashier tu tersenyum2...

'Adalah...ibu dah siap2 budget dari tadi...'

'Tulah ibu...nak beli macam2...dah seratus lebih dah ni...kang tak dapat makan Aeez tak tau...'  masa dia cakap ni...muka dia dah mencuka...merungut2 kecil lagi kat belakang cashier tu.  Budak cashier tu sambil scan harga barang2 sambil ketawa...

'Dapatlah...ibu tau ler...'

Issyykkk!!  Geram betul budak ni tau...agaknya dia serik sebab pernah dulu aku terlebih belanja dari budget...kami terpaksa balik tanpa singgah di tempat makan walaupun dia dah lapar giler...sebab aku cuma bawa duit...tak bawa purse.  Jadi nak ke ATM pun tak dapat...

Bila lah si kecik ni nak belajar jangan malukan aku...kalau nak cakap tu pelan2 ler sikit...bisik2 ke...bukan sekali terkena...banyak kali dah...



...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

13 comments:

Mak Su said...

hahaha, sabar jer lah kak :)

sI tEDI said...

ha ha ha ha.. budak2 ni jujurlah kan.. cakap apa yg derang nak cakap.. straight jek. ekekekke

~ yus ~ said...

hihihihi....kak si kecik saya abid pun kalau ckp kuat2, suruh slow tak tahu...mulut pun laser mcm Aeez. Pernah ada sorang kawan adik yus dtg rumah mak, dia boleh sound budak tu, gemoknya abang ni!!!! Dengan kuatnya kak...padahal budak tu baru jer masuk pintu, malu terus budak tu..huhu.Baru nak masuk 4 thn tu tu kak, mintak apa2 pun selagi tak kasi, suara dia..huhu, mcm ada tokoh jadi mcm Aez akak...:D

Erna said...

anie..itu lah dia anak bongsu..samalah..yang penting makan dia tak bolih miss..

jalilah_jy said...

ilah sokong aeez 200% akak nak tahu kenapa.... ada faedah tuuu.... supaya mengingatkan kita supaya jgn terlebih belanja dan hati2 selalu di jalanan bersama troly..hikhik... anak2 ilah kan kak, selalu tanya ada ke duit mama ni nak beli barang..?? dulu2 depa tak pernah tanya main amek jer... sejak ilah ajar dia org duit gaji kalu dijolok selalu kat dinding atm tu lama2 akan habis bukan bertambah..hahahaaa... muuahhh utk aeezz tahniah dr along ilah..

CikLilyPutih said...

sabo yelah, anak tu x leh nak buat apa dah.

tunbegia said...

saja nak tanya, bapak si farez tuh kat maner erk, hmm

salamm,

oren said...

hahaha..kena pasang silencer lah kut, baru suara jadik slow..

iina said...

Budak2 kan kak diorg mana faham istilah pelan-pelan dan sensitif nie.. pada diorg apa dia ckp tuh tak salah ;)

Zareda Norman said...

kak anie, tu pengakuan jujur tu.. maklumlah lelaki.. ehhehe

leeya said...

hehehe..biasalah kak..budak2 ni tak reti lagi nak cover2.hehehe..

sabar je la ye..hehe

idahani said...

pergghh..Aeez very the laser..yerlah dia takut kes berulang..

kira2 beringat sblm jadik..alarm button buat akak..hehehehe

aNIe said...

Maksu...tulah pasal..sabar jelah gelagat si bongsu ni...

-------------------------

tEDl...takleh nak sorok2 lagik...suka2 dia aje...

-------------------------

Yus...diorang ni tak pandai nak kecikkan volume diorang lah...hahaha...knob volume dah tercabut

-------------------------

Kak..hari ni cakap nak diet...esok dah makan bertambah2...

-------------------------

ilah...hahahha...tulah pasal...kita ni kalau bawak trolley...laju aje tangan ni mencapai barang2 kat rak shopping tu kan? Lebih2 lagi kalau banker ada sekali...2 kali ganda lajunya...hahaha

--------------------------

Cik Lily putih...nanti kalau di cuit...ditanya nya pulak kita...apa cuit2...hehehe

---------------------------

Tb...ayahnya Fareez di Melaka...hujung minggu je balik sini...atau kami yang balik Melaka...

---------------------------

Oren...kotlah ada silencer..memang akak pasang je...

---------------------------

iina...mereka rasa memang tak salah...tu yang diorang main cakap je

---------------------------

Zar...hahahah...lelaki asyik mintak makan je...

-----------------------

leeya...tulah...tak tau nak cover...malu akak...

------------------------

idahani...hahaha...tulah si kecik tu...ajar2 dia pun...dibuatnya jugak

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails