Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, April 19, 2010

Clash of The Titans...




Cik Abang balik ke Shah Alam Jumaat malam...

Segala apa yang ku rancangkan unutk minggu ini terpaksa dibatalkan.

Cik abang balik sesekali...rasa tak sedap nak aku tinggalkan dia sendirian di rumah bersama anak2.

Maklumlah...anak2 nanti ada agenda masing2...

Yang anak dara tu...terperap aje dlm bilik bila semua kerja dah siap...

Yang bujang sorang tu...pun memerap dlm bilik dgn cd dia...

Farhan dah tentu melayan TV atau dgn game Dotta dia di computer...

Dan Fareez...pasti aku bawa bersama...

Mesti cik abang dok tercongok je sensorang nanti.

Disebabkan aku dah batalkan pemergian ke Gatsby hari semalam...cik abang menjanjikan nak bawa kami anak beranak menonton filem.

Pada mulanya nak ke Sunway menonton 'How to Train your Dragon'...

Membawa anak2 menonton mestilah bawa mereka tengok cerita yang bersesuaian.  Hasrat hati nak ajak cik abang tengok Date Night atau Kick Ass.  Walaupun Kick Ass dan pun aku tonton...tapi teringin nak tengok ngan cik abang pulak..

Malangnya semua filem2 tersebut telah diklasifikasikan 18 ke atas....

Cuba untuk membuat tempahan melalui telefon pun tak dapat...

Akhirnya kami ke Bukit Raja...

Jusco Bukit Raja adalah tempat kegemaran cik abang...aku pun tak tau kenapa dia suka ke sana.  Kalau ikut hati...aku lebih suka ke Cineleisure atau Sunway...tapi cik abang kata dia tak suka sebab jauh dan jam...

Ye ke jauh?  Rasanya Bukit Raja lagi jauh...hmmm...apa2 pun aku memang tak suka membantah kehendak cik abang sebab nanti kalau betul2 aku ajak ke tempat yang aku suka dan jem pulak...aku yang kena bebel...hehehe...ikutkan aje lah...

Sampai aje Bukit Raja...aku ke kaunter tiket...

Hampa...'How to Train your Dragon' dah 'FULL'

Lepas berbincang ngan anak2 & suami..kami bersetuju tengok cerita 'Clash of the Titans'

Filem ni Farhan yang cakap best...

Aku pulak pernahlah baca review...mereka kata tak best...tapi disebabkan takde filem lain...okaylah jugak.

Bagi aku cerita ni best...aku suka tengok grafik filem ni...kostumnya pun klasik...ntahlah aku memang suka tgk citer yang berunsur epik atau mitos...sebab suka tengok kostum mereka.

Cerita ini banyak mengenai kisah mitos dewa2 Zues...Poseidon...Medusa dan ramai lagi.  Jadi kena fahamkan asal usul mereka barulah dpt menghayati filem ini.

Untuk memahami jalan ceritanya...aku merujuk pada Farhan...sebab dia dah tengok filem 'Percy Jackson' yang dikatakan ada persamaan jalan ceritanya.

Tapi...kalau membawa anak2 menonton...kita kenalah menerangkan pada mereka bahawa...ini hanyalah cerita Mitos orang Greek...kerana mereka menyebut Zues sebagai Tuhan mereka di dalam filem ini...dan banyak lagi yang memerlukan penerangan yang sesuai bagi mereka agar mereka dapat membezakan antara fiksyen & realiti.

Sinopsis cerita yang aku ambil dari website ini

"The Clash of the Titans" is set in the Greek city of Argos where a war is about to explode between man and the gods. Perseus (Sam Worthington) raised as a fisherman, but is actually a demi-god. Perseus is the son of Zeus (Liam Neeson) who is about to take on the gods after the death of his family. Zeus' brother Hades (Ralph Fiennes) was the one who killed his family, and Perseus wants to kill him. However, it is Perseus's destiny to rescue the city of Argos from the ruthless rage of Hades and his Kraken monster. With nothing to lose, Perseus leads a band of soldiers on a quest to defeat the Kraken. In doing this, Perseus will prevent Hades from overthrowing Zeus and in turn destroying mankind. Douglas Young (the-movie-guy)


Aku bagi filem ini 4 bintang...sebab aku memang suka cerita mitos...

Jom layan kita layan gambar gambar watak2 dari filem ini...


Perseus...anak kepada Zeus...separuh manusia..separuh dewa...


Zeus...

Hades..adik pada Zues adalah watak jahat dalam filem ini.


Gemma Arterton...memainkan watak Io...yg banyak membantu Perseus utk melawan watak jahat dlm filem ini...Aku paling suka tengok wajah comel dia ni...cantik sangat...

Draco...ketua tentera Argos yg sama2 bersama Persues...


Medusa...wanita cantik yang telah disumpah...sesiapa yang melihat tepat pada matanya
 akan bertukar menjadi batu...


Pendayung sampan dari neraka ini hanyalah tengkorak manusia....



...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

10 comments:

zino said...

adik dah berapa kali sebut ajak tengok wayang tak kesampaian lagi..,, sesuai ke utk budak2 tu..

tulipurple said...

Mcm citer karton Hercules tu ek kak?

Anie said...

Zino...klasifikasi filem ni ialah 13PG...takde babak yang x rated...ada babak ganas tapi tak melampau...

Fareez suka...gelak2 lagi bila ada adegan yang kelakar...

Tapi kalau cerita animasi 'How to Train Your Dragon' tu memang sesuai sgt...komedi kata mereka

Kak anie said...

Tulip...aha...cerita ni pasal dewa2 orang Greek...tapi best sebab dijadikan filem...grafik dia memang cantik...pemandangn filem ni...membuatkan kita berfikir...ada ke tempat yang sebegini...

afiq said...

ade ate bes. ae kte tak. pendek kate.. tgk ar sndrik... ahaha then decide best ke x

Anonymous said...

dah lama tak tengok wayang sejak faiz lahir dan nak masuk 2 tahun..rindu nak tgk wayang...ish ish

Mak Su said...

cerita lawan2 ni favorite husband saya :)

aNIe said...

Afiq...tulah...ada yang kata tak best...tapi akak suka...ehehhe...selera masing2 kan?

Handmade owner...dulu akak anak kecik2 pun jarang pi tgk wayang...tak boleh lah...nanti diorang nangis dlm panggung...gelap...

Maksu...memang citer ni best...lawan2 sampai kepala tercabut...hahaha

Zareda Norman said...

zar pun tengok citer ni malam minggu lepas. bagi zar ceritanya tak de mesej cuma graphik dan kostume ajelah meletops.. lagipun citer dewa dewa mitos zaman purba greek ni.. takut anak anak salah tanggapan kan

Kak anie said...

Zar...tulah...masa tengok ngan bebudak ni...mulut dok menerangkan pada si kecik...

Akak memang suka tgk cerita mitos ni...ntahlah dari dulu pun suka...hehehe

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails