Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, April 13, 2010

Belated Update...

Sebenarnya nak buat entry pada hari tersebut...

Tapi aku pi bercuti...

Jadi aku tangguhkan entry ini hingga hari ini kerana nak ambil gambar kek yang aku beli dari kawan blog yang dikenali dengan kerajinannya membuat kek dan macam2 aktiviti lain...siapa lagi kalau bukan Nani Rostam...

Tanggal 11-4-2010



Anak bongsu ku Fareez Daniel genap 9 tahun.

9 tahun lalu melahirkanya...di sebuah hospital swasta di Melaka membuatkan aku tidak mau lagi melahirkan.

Maklumlah ketika mengandungkannya sudah ada sedikit masalah...kekurangan air ketuban.  Dan disebabkan itulah tiap kali baby bergerak di dalam perut aku merasa sakitnya.  Doktor kata ini adalah kerana kurangnya air ketuban yang bertindak sebagai 'subsorber'

Bila kandungan genap 36 minggu...doktor mendapati air ketuban telah mula berkurangan...maka aku diberi pil untuk memaksa kelahiran.  Diberi pilihan untuk melahirkan di pertengahan minggu atau awal minggu tersebut.

Masa itu cik abang sudah bekerja di Melaka...baru 2 hari mula bekerja di sana setelah meletakkan jawatan di Kuala Lumpur.

Bagi aku kelahiran kali ini begitu sakit aku rasakan...kerana doktor memberikan ubat supaya sakit yang biasa aku alami dlm proses kelahiran yang berpanjangan dipendekkan..memang sakit giler.  Menggigil badan menahan sakit...

Alhamdulillah...kelahiran kali ini ditemani suami...dan ianya sebagai satu semangat baru untuk aku melalui semuanya.

Setelah melihat sendiri bagaimana proses kelahiran...dan bagaimana aku melaluinya...cik abang berkata pada kawan2nya...cukuplah ini yang terakhir...

Hello cik abang...memang pun isteri cik abang ni pun dah takmo lagi bersalin tau...dah senja...bahaya melahirkan di usia senja ni...hehehehe....

Biarpun pada masa mengetahui aku mengandung di usia kritikal...doktor menyarankan aku membuat ujian samada aku ingin mengetahui keadaan janin...samada ianya normal atau tidak.

Proses tersebut memerlukan doktor mengambil air ketuban untuk diuji gandingan kromosom ...dan dari situ doktor akan mengetahui samada janin itu normal atau akan mengalami  kecacatan seperti 'down sindrom'.  Dan mengikut kata doktor...selepas mengetahui hasil ujian...jika ada kelainan yang berlaku ianya masih belum terlewat untuk menggugurkan kandungan.  Sanggupkah aku??

Pada mulanya tergerak juga hati untuk melakukannya...tetapi kami batalkan niat tersebut kerana aku dan suami pasrah dengan apa yang akan ALLAH kurniakan kepada kami.

Dan Alhamdulillah...sikecil lahir sempurna...dan kini telah pun berusia 9 tahun.

Kini hanya dialah satu2nya pengubat duka...penawar jiwa setelah semua anak2 yang lain menjangkau usia remaja. 

Hanya dialah 'teddy bear' aku yang semakin sedap dipeluk kerana semakin montel...

Semoga anak bongsu kesayanganku ini membesar menjadi anak yang soleh...sihat selalu ...mendengar nasihat ayah ibu...menjadi anak yang berjaya dalam hidup...dunia dan akhirat...serta sentiasa membanggakan ayah dan ibu...

Jom layan gambar...



Si comel aku yang selalu jeles kalau aku memuji anak2 orang lain comel atau hensem...pasti tangannya akan merayap mencubit peha aku...



Kek coklat yang sedap (kaya dengan coklat) ... pada mula Farhan kata kenapa tak beli kek SR...tapi bila dah rasa...3 keping hanya untuk dia aje...sedap katanya...


Si kecik dgn Alongnya ketika memotong kek...gambar sedikit tidak memuaskan kerana mungkin terlalu excited nak ambil gambar dia...
...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

12 comments:

Mak Su said...

happy birthday Fareez Daniel, all the best, good luck, wishing you lots of stars :)

cik helena said...

yang mana eh kakak?takde gambar jadi tak perasan..

KV said...

hepi belated birthday aeez!!

Zareda Norman said...

happy belated besday aezz..

kek tu memang mengancam.. kena order jugak ni

tunbegia said...

sungguh mancongkam kek, n hepi besday wat fareez,

salamm,

joegrimjow said...

sihat bebeno nampaknya tu
hehe

Mulan said...

happy birthday fareez..!! stay cute & chubby..

pB said...

Selamat Hari Jadi


Makin montel sungguuuuhhhh
Kena jaga jaga tuuuuuu

kak anie said...

Maksu...tq...dari Fareez...hehehe...

-------------------

Helena...dlm blog akak takde gambar tuanpunya blog...heheh...kalau kakak yang helena maksudkan tu anak akak...ada kot...entry sebelum

-----------------

KV...terima kasih...nanti akak sampaikan pada dia...

----------------

Zar...memang sedap....rich in chocolate...

------------------

Salam tb...memang mencongkam kalbu...heheh

----------------

joe...memang dah berganda sihatnya...hehehe

---------------

Mulan...dia dah nak diet tau...hehehe...pandai aje nak diet dia tu..

---------------

PB....tq....dah nak mula diet katanya...iyer lah tu...

Kak Elle said...

Aeez tak simpan kan aunty elle sepotong ke?

Acik Erna said...

amin..agar doa anie untuk sibongsu di makbulkan..happy birthday aeezz..

aNIe said...

Kak...dah tinggal sepotong je...hehehe...nanti suruh simpan untuk aunty dia...

Kak...terima kasih kak...ameen...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails