Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, April 29, 2010

Mengimbau Kenangan Arwah Mak...

Semalam aku menonton rancangan Jangan Tidur Lagi ...

Kali ini...Allahyarham Achik Spin & Nana menjadi tetamu...

Menonton rancangan ini membuat aku rasa sebak...

Ntahlah...aku tak dpt menyelami hati2 mereka yang masih  terasa sangat kehilangannya...

Tapi...

Aku pernah berada dalam situasi begini...

Ketika arwah emak pergi menyahut panggilan Illahi...

Arwah mak meninggal kerana terlibat dengan kemalangan di Gua Musang.

Ketika itu mak pergi mengikuti lawatan ke Kelantan...menaiki bas.

Bas yang dinaiki bertembung dengan lori ayam...dan dlm ramai2 penumpang...hanya mak yang menjadi mangsa korban.

Hancur luluh hati kami adik beradik menerima berita kemalangan tersebut...tapi seperti telah tersurat...ajal maut...waktu dan tempatnya telah ditentukan ALLAH...

Seminggu kehilangan arwah mak...tatkala aku masih lagi bersedih...jiran sebelah rumah menyerahkan video perkahwinan anak perempuannya yang baru saja berlangsung beberapa hari sebelum arwah mak meninggal...

Mertua yang merasa aku tentu rindukan arwah mak memanggil aku menonton video tersebut...

Memang aku merindui mak...merindui wajahnya...gelak tawanya...tapi...tatkala menonton gambar mak sedang makan dengan gelak tawanya bersama kawan2...aku jadi sedih....

Aku terus berlari masuk ke bilik...dan menangis terisak isak...

Masih terlalu baru bagi aku untuk melihat itu semua...

Masih terasa mak berada bersama kami...

Kehilangan arwah mak dengan tiba-tiba betul2 memberi kesan pada hidup aku...

Kerana aku belum berpeluang untuk memberi kesenangan pada arwah mak...aku masih belum puas berbakti kepadanya....

AL-FATIHAH...buat arwah mak....



...


 Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

12 comments:

Cikmin said...

salam pagi kak anie..AL-FATIHAH..sayu baca entri kak anie ni.

sally said...

kak anie..kehilangan org tersayang memang begitu..sentiasa teringat dan sentiasa merindu..

pB said...

Salam Kak Anie


kita juga akan menemui sebuah kematian...
semoga kita bersedia untuk menghadapi saat saat itu


Al Fatihah

MOKCIK AZWA said...

Sedih kan kak...semoga arwah mak akak tenang disana.

teringat masa arwah ayah baru pergi dulu...kami semua duduk bersama menonton video pertunangan dan perkahwinan abang sulung...terubat rindu lihat kelibat arwah dalam video tersebut.

~ez~ said...

alfatihah utk arwah mak akak..semoga ditempatkan dikalangan orang-ornag yang beriman.. ameenn..

tabahkan hati ye akak..

Mas said...

alfatihah utk arwah mak akak ,

Pnut said...

betul kak, kehilangan orang tersayang ni, tak tau nak ceritanya cemana,
macam mana rindu pun tetap dia takkan kembali..
sedihhh teringat arwah abah...

Acik Erna said...

al fatihah untuk arwah..memang sedih..sebak akak membaca nya..lebih2 lagi akak pun masih baru kehilangan ibu...

iina said...

Semoga arwah mak kak anie di tempatkan dikalangan mereka yang dirahmati kak.. semoga rohnya tenang di sana..

kak anie said...

Faheem Jr...tiap kali akak membaca entry ini...airmata tetap bergenang...sedih...

-------------------

Sally...betul...rindu yang tak mungkin akan hilang

-------------------

PB...betul tu...kita juga akan meninggalkan orang yang kita sayang satu hari nanti

-------------------

Mokcik...akak tak boleh lah...kalau tengok mesti nak nangis...gambar masih okay lagik

Al-Fatihah buat arwah ayah mokcik

-------------------

leeya...al-fatihah...trima kasih

-------------------

Mas....terima kasih...ameen

-------------------

pnut...mereka pergi tak kembali...kalau kita tak sempat nak berbuat baik untuk mereka...rasa terkilan mesti ade kan...

Al-Fatihah buat arwah abah pnut..

------------------

Kak...rasa rindu tu tak pernah pudar kan?..Al-Fatihah juga buat arwah mak akak

Zareda Norman said...

kak anie

Alfatihah buat arwah ibu kak anie.

memang kehilangan orang tersayangs ecara tiba tiba satu tampaan hebat buat kita.. kalau kita redha, kesedihan itu akan hilang tapi sematlah abadi kenangan tu..

aNIe said...

Zar...memang sukar nak menghilangkan kenangan itu...rindu masih tak hilang jua....

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails