Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, March 11, 2010

Tahniah...!!

Tadi keputusan SPM dah kluar...

Tahniah pada semua pelajar yang berjaya...

Begitu juga pada ibu bapa yang anak2 mereka mendapat keputusan cemerlang.

Suka dengar anak2 sekarang dpt berderet2 A...

Kalau kita dulu...SPM zaman 70an (dulu MCE) dan zaman 80an...paling selalu kita dengar pun berapa kerat aje yang dpt straight As...

Pada mereka yang kurang berjaya...jangan berputus asa...kerana gagal dalam peperiksaan kali ini tidak bermakna anda gagal selama-lamanya.

Kerana peperiksaan bukanlah segala-galanya.

Ramai di luar sana yang tidak ke menara gading tapi berjaya dalam hidup.  Yang penting kita ada usaha untuk memperbaiki diri...dan memperolehi kejayaan dalam bentuk yang berbeza.

Aku begitu tertarik dengan sesuatu yang aku dengar di Hot FM pagi tadi.

Seorang pemanggil telah berkongsi sesuatu yang amat berharga.

Mungkin ramai yang dengar...kisah pemanggil itu yang menceritakan kisahnya yang cuma mendapat 1 dari mata pelajaran yang diambilnya lulus.

Tapi dia kemudian bangkit dan berusaha menduduki semula peperiksaan tersebut.

Usahanya kali kedua berjaya dan kini dia telah pun menjadi seorang pensyarah di Pusat Pengajian Tinggi.

Aku begitu kagum dengan mereka yang mempunyai semangat yang kental seperti pemanggil itu.

Mereka tidak kenal erti putus asa...mereka tidak membenarkan diri mereka hanyut dengan kegagalan.

Apa yang menarik juga ialah...pengakuannya yang mengatakan...dia tau kenapa dia gagal...

Dia gagal kerana tidak mendengar kata ibu bapanya.

Dan ibunya sering memarahinya dengan kata-kata  ...

'Kalau beginilah sikap kau...memang kau tak akan lulus periksa nanti...'

Oleh itu...bagi anak2 yang ingin berjaya dalam hidup...

Ingatlah bahawa...hormat pada orang tua...mendengar kata guru dan orang tua...taat pada perintah ALLAH...dan doa dari ibubapa adalah amat penting.

Jika ingin jadi insan yang berjaya dunia dan akhirat...maka jangan sesekali abaikan nasihat yang diberi dan apa yang telah diwajibkan pada kita.


...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

6 comments:

iina said...

Kak.. generasi skrg nie mmg makin pandai sebab kemudahan dah banyak.. peluang nak belajar kat mana-mana.. internet ada.. tusyen ada.. kelas tambahan ada.. buku latih tubi melambak.. kemahuan jek yang ada takde.. dulu2 nak belajar terpaksa lalui seba serbi kurang.. tapi tetap berjaya juga kan..

Kadangkala bila kita belajar dalam serba serbi susah.. itu lebih bermakna dalam hidup kerana kita akan hargai setiap satu yang kita lalui.. tapi bila serba serbi senang kita kdgkala lupa diri lak..

Thn nie adik bongsu saya bakal SPM.. Hope she will make it.. ;)

ida napi said...

betul kata kak anie tu..

dari kegagalan kena ada kekuatan, bukan terus berputus asa..

silversarina said...

salam,

Selalunya dalam hidup kita , restu ibubapa hanya diminta sewaktu mahu mendirikan rumahtangga , kita selalunya lupa bahawa restu dan redha ibubapa penting dalam setiap langkah yang kita ambil termasuklah dalam bab belajar serta segala tindak tanduk seharian kita . semoga entry ini memberi pengajaran buat kita semua samada sebagai ibubapa atau anak2 kerana setiap dari kita punya amanah yang wajib kita jalankan sesempurna mungkin InsyaAllah .

AyunasiA said...

sy setuju, spm dan exam bukan segala2nya.

Mak Su said...

tahniah buat yg berjaya. sy hrp ada anak2 muda yg akan membaca posting akak ni

Acik Erna said...

yang penting anie..kita sebagai ibu, kena berhati2 mengeluarkan kata2...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails