Percaya atau tidak..
Aku adalah peminat Michael Schumacher...bagi aku dia tak ensem tapi sweet...!!
Pelumba F1 dari pasukan Ferrari ini dulu pernah menjadi pujaan aku.
Aku pernah bersengkang mata menonton Formula 1...yang ditayangkan pada waktu2 tengahmalam...
Melayari internet mencari macam2 cerita tentang Schumi...
Tapi bila Schumi dah tak beraksi di trek lagi...aku dah tak minat untuk menonton F1...
Baru2 ni berita tentang kemasukan semula dia dalam sukan berprestij itu bagai menyuntik kembali keinginan aku untuk tau tentang perkembangan sukan tersebut.
Anak2 aku tau...aku minat schumi...
Dulu...memang minat giler...sekarang mungkin minat jugak...tapi tak seperti dulu...
Sebab tulah aku selalu kena tempelak oleh anak2 kalau ayah dia bising aku bawak laju...
'Ibu kan michael schumacher....'
Hahahaha....itu bukan ayat anak2 je ...tapi ayat aku jugak.
Sebab kalau Ude kata dia dah lambat nak ke pejabat/airport...sempat ke nanti...
Aku jawab...'Eleh...ibukan Michael Schumacher...'
Heheheh....berlagak...!!
Selalu aku kena tegur dengan Ude kalau memandu...kerana memandu laju...(rasanya tak lah laju kalau kita cuma exceed lebih sikit dari kelajuan yang ditetapkan)
Semalam semasa memandu si kecik ke sekolah....
Waktu masuk sekolah 1.10 tengahari...
Jam 1...aku masih terhegeh2 dalam perjalanan...dengan kereta jem lagik...trafik light lagik...si kecik dah merungut...
'Ibu...cepat le...'
'Macammaner nak cepat...depan ade kereta...kau ingat kereta ni boleh terbang...'
'Nanti Aeez lambat lah...'
'Takpe...sempat ni...'
Dia diam....
Kemudian...'Ibu cepat ler...potong le kereta depan ni...'
'Sabau ler....'
'Alah...ibu kata ibu macam Michael Schumacher...'
'Memang le...tapi Michael tak bawak keta besar gedabak macam ni....'
Hehehe...aku lantas ketawa....
Macamaner nak jadi Michael Schumacher kalau bawak Naza kan?
Si kecik ni tak paham lah...hahahaha....
'
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
7 comments:
Salam kak anie
pB tak minat F1 nie
tapi pB suka Micheal ...
tak pernah follow pun F1
akak boleh kawan dengan blogger kasawari.
teringat mendiang Michael Jackson,
kahhh
salamm,
anie..sabau anie..ingatlah orang yang tersayang..he he
akak pandai cakap je anie..abg akak jenis orang bawak kete slow..kadang akak pun boring..akak siap kata..awak turun..biar saya bawak..cewah...tu sebab akak tak leh memandu..walau pun ada lesen..cik abang tak bagi..
saya pon.....jom gi FI , APRIL ni.. Schumi ada di sana....yeayyyyyy
maksu suka dengar lagu michael learns to rock, tapi tak pasti mereka bawak keta apa ;D
hehehe...cayalah kak anie
wah mesti pemandu berdesup ni.. hikhikhik.. zar pun drive laju jugak tapi tak pernah nonton schumi lagi.. ehhehe
PB...seronok tgk tau...especially bila diorang berhenti kat Pitt Stop...memang berdebar2...
----------------------------
TB...kah kah kah...biar saya sambungkan kahhh...tu...
---------------------------
Kak Erna...patutlah cik abang akak tak bagi...kalau dpt agaknya kalah michael...hahaha
---------------------------
Cik Milah...kalau lah cik abang akak tu sporting memang dah lama akak pi sana dah...dekat aje dah ni...
---------------------------
Maksu..akak pernah dengar nama MLTR...tapi taklah minat sgt lagu dia...apa lagu pun akak tak tau...hahaha
---------------------------
Zar...wah!! berdesup2 jugak ye...
Schumi sekarang dah tak sehebat dulu...tapi masih minat kat dia lagi
Post a Comment