Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Sunday, March 7, 2010

Hanya Kita Sahaja Yang Mengerti...

Pagi ini...membaca blog si tEDl....aku menangis...

Aku tau perasaan dia...

Kerna aku pernah berada dalam situasi itu....

Membaca kisah kehilangan dak Utih kesayangannya membuat aku mencari sebab kenapa Utih pergi...kerana ada ketika aku terlepas entry2 yang dibuatnya...

Dan masa membaca inilah hati aku jadi luluh...sedih...

Aku teringatkan Rona kesayanganku...pernah aku ceritakan di sini...'Andainya....'



Begitu juga ...ketika aku kehilangan Roni...


gambar semasa Roni kecil...



Gambar Roni semasa tertidur di belakang laptop aku..


Dia adalah abang pada Rona...memang kesayangan aku dan anak2...

Pemergiannya begitu menyayat hati...kerana...aku cuma menemui jasad kaku dia tersepit di pintu pagar jiran...

Mungkin sebab dia dah gemuk...masa melalui pintu pagar itu...bahagian belakangnya tidak dpt lepas...dia mati kerana tersepit...


Gambar terakhir Roni sebelum disemadikan dgn tenang...

Melihat dia kaku di situ...bagai impian ngeri aku...aku menangis2 ketika mengeluarkan jasadnya...

Masa memberitau kematian Roni pada suami...aku meratap bagi anak kecil yang kehilangan ...

Suamiku...biarpun bukan pencinta kucing...tau bagaimana perasaan aku...terus memujuk supaya aku tenang...dan dia yang berjanji untuk menanam Roni...

Yang tinggal sekarang hanyalah kenangan manis mereka...

Gambar2 mereka masih kekal dalam simpanan ku...di dalam komputer...malah dalam telefon bimbit pun masih ku simpan.

Mungkin ramai yang tidak faham...ada yang rasa aku mengada-ngada...

Tapi ramai juga yang seperti aku...contohnya si tEDl...

Bila sudah menyayangi mereka...kita menganggap mereka seperti keluarga kita sendiri...

Buat tEDI....

Semoga kesedihan itu akan berlalu...dan semoga kenangan bersama Dak Utih...terus menjadi kenangan manis....

Biarpun kini sudah ada yang lain...yang lebih comel...tapi ianya tak pernah sama seperti yang pergi...


Kesayangan aku & anak2...Lolly....





...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

9 comments:

Zareda Norman said...

kak anie, zar faham sangta..

zar pun baru kehilangan comot yang mati dilanggar kereta belakang rumah. yg sedihnya badan dia yg gemuks tu tergolek betul betul depan pintu zar.. mahu zar tak meraung pagi tu sbbb malam tu lagi dia dah tak balik..

Cik hubby zar pun dah faham sgt perangai kami dua beranak kengkadang kalau makanan kucing habis, dia seniri pi beli tanoa disuruh

myQza said...

tERIma kasih kak anie. hanya kita yang memahami perasaan kehilangan sesuatu yg telah sebati dalam diri dan kehidupan kita.

Rasa remuk sangat hati ini sebabnya mengejut dan tidak di jangka!

sarah said...

sedih la kak kalau kucing mati. kucing saya mati kena racun dgn jiran, padahal kucing saya tak wat apa2 pun kat dia...smpi hati tul, mcm dah xde perasaan jer.

walau kucing saya dah mati dekat 5 thn smpi skrg dia wat bodoh jer. kot2 nak kata maaf ke, wat2 tnya ke...xde lgsg.

family saya nangis smpi bengkak2 mata sbb dia kerana dah sayang mcm anak/adik sendiri. apa2pun tetap sayangkan dia smpi skrg.

i love you ringo, family loves you. always. rest in peace.

sorry kak, emo kat sini lak.

*silent reader, love your blog :)

tunbegia said...

sungguh sedih,

salamm,

Acik Erna said...

anie..akak selalu baca n3 anie dan tak terlepas pasal kucing ni..dan akak faham perasaan anie..bagaiman kasihnya anie ngan kucing..

ida napi said...

kak anie,

tu lah sebab naper ida tekad tak nak bela kucing kak..

taknak sedih2..n lagipun den somput..anak2 lak mang takut kucing sbb dorang sumer penah kena cakar..kekekekeeke

iina said...

Sedihnya dgr kak.. saya pun pencinta kucing cuma xprnah bela kucing kat rumah sendiri sebb pakwe saya bkn peminat kucing.. tp kucing mmg byk kat rumah mak di kg.. blik kg jek.. mesti ada yg nunggu depan pintu hehehe.. :)

MOKCIK AZWA said...

sangat sedih kalau kucing kesayangan mati...especially mati kena langgar, dan yang melanggar itu kita pulak...arrgghhh...

aNIe said...

Zar...memang sedihkan zar...diorang tu kita dah bela...macam anak sendiri...hehehe...

----------------------------

tEDl...betul tu...kita dan mereka yang menyayangi mereka aje akan tau kesedihan kita kerana kehilangan itu

---------------------------

Astaghfirullah sarah...ade jugak jiran yang tak berhati perut sampai hati meracun binatang yang tak berdosa tu...mana rasa keperimanusiaan mereka itu...

Takpelah sarah...satu hari nanti mereka akan terima apa yang tidak mereka jangkakan sebagai balasan atas perbuatan mereka pada ringo...

Thank u for being my silent reader...

----------------------------

Tb...memang sedih sgt....

salam

---------------------------

Kak...terima kasih kerana memahami...

--------------------------

idahani...jadi macam biras akak...memang dia jadi serik setelah kucing kesayangan dia kemalangan juga...

--------------------------

iina...cik abang akak pun sama...dia geli kucing...katanya dia geli bulu kucing tu...hehehe...tapi terpaksa terima kehadiran kucing kat rumah ni sebab akak dgn anak2 suka sgt kucing

------------------------

Mokcik...memang tak terkata kesalnya masa tu...tapi sudah takdir...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails