Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, March 8, 2010

Dalil Cinta...TV3

Dalil Cinta...sebuah Cerekarama dari TV3.

Sebuah drama kehidupan ...dengan jalan ceritanya yang ringkas...tapi...sarat dengan mesej.

Drama lakonan Fahrin Ahmad & Syarifah Amani biarpun ada diselitkan unsur2 komedi...tapi patut dijadikan ikhtibar untuk pasangan2 remaja sekarang.

Mengisahkan sepasang suami isteri...Fahrin seorang Foreman...yang berkahwin dengan Amani..seorang pelajar kolej...yang masih muda..tak pandai memasak...tak pandai lagi berkemas...

Hanya berbekalkan...cinta...mereka mendirikan sebuah rumah tangga dengan alasan...mereka sudah wajib berkahwin...kerana sudah terlalu rapat...dan untuk mengelakkan sesuatu perkara buruk dari berlaku.

Si isteri...memegang prinsip...rumahtangga kita...tak siapa yang boleh campur...suka hatilah kita nak buat aper...dan...suami isteri haruslah menerima pasangan seadanya.  Baginya...

'Life is simple...why make it difficult?'

Biarpun masih tidak pandai menguruskan rumahtangga...tidak tahu memasak...mereka tetap melayari kehidupan berumahtangga...'seadanya'

Soalnya sekarang...sampai bilakah kita dapat menerima pasangan kita 'seadanya' sekiranya dia tidak mau memperbaiki diri dan belajar untuk memenuhi kekurangan diri demi untuk sebuah rumahtangga.

Rasanya...isu ini banyak melibatkan pasangan2 muda sekarang.

Kalau diberitau kekurangan diri...maka akan ditempelak dengan kata-kata...

'Awak kalau sayang & cintakan saya...awak sepatutnya menerima saya seadanya'

Memanglah kita boleh menerima pasangan seadanya...tapi dengan harapan setelah bersama kita sama-sama dpt memperbaiki diri bagi memenuhi ruang-ruang kekurangan.

Sebabnya...

Hidup berumahtangga adalah untuk selamanya...bukan untuk setahun dua.

Kalau pasangan tidak pandai memasak...tidak pandai berkemas...maka bila dah berumahtangga...lengkapkanlah diri dengan ilmu2 yang sepatutnya. 

Memanglah kedai makan banyak ...berlambak di sana sini...tapi sampai bila nak makan lauk kedai...sampai bila dapur tak berasap.  Seperti kata mak si lelaki...

'Bila dah berkahwin...kamu akan punya anak...kalau suami sorang tak pandai nak jaga...apatah lagi kalau dah beranak pinak nanti?'

Untungnya Fahrin dalam drama ini ...ialah dia mempunyai seorang ibu mertua yang paham akan kekurangan dan kedegilan anaknya...lalu dia tidak terus menyalahkan menantu bila masalah melanda keluarga mereka. 
Kerana ada juga ibu2 yang terlalu memanjakan anak hingga tidak nampak kesilapan yang dilakukan oleh anak mereka.

Oleh itu...pada mereka yang ingin berumahtangga di usia muda...janganlah hanya berkahwin kerana cinta...tapi cubalah menyemarakkan cinta itu dengan kepandaian kita menguruskan rumahtangga.  Sekarang ni terdapat ramai lelaki yang pandai juga memasak...berkemas...jadi tak salah kalau saling bantu membantu...

Kerana itulah kehidupan rumahtangga...saling memahami...bantu membantu ...saling melengkapi antara satu sama lain...dan sentiasa memperbaiki diri untuk orang tersayang....




...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

15 comments:

Masy said...

sbb bdk2 skrg yg perangai cam Nisa tu laa ramai yg cerai berai x lama lepas kawen. huhuuhuhu susah nk ckp kan kak..

Sya said...

Dalam citer ni mak mertua Fahrin menegur anak dia mengakui yg dulu dia ni perfectionist dan tak pandai mengajar anak menguruskan rumahtangga dan dia menerima anaknya yg malas masak dan kemas rumah. Tapi berapa ramai mak mertua macam tu skrg ni?

Bagi mereka anak mereka sempurna, kalau menantu menegur gitu sbb nak memperbetulkan anaknya maka dia yg lebih2.

Skrg ni kurang ada MIL yg berfikiran rasional yg bila melihat anaknya balik ke rumahnya kemudian menasihatkan anak supaya berubah sbb dia terima anak dia tak betul.

MIL/FIL skrg ni kalau anak dia balik ke rumah dia, maka dia yg lebih2 sampai menasihatkan anak supaya cerai berai.. dan alasan cari lain.

Aku ada sorang kawan, bini dia berganti jantan sampai laki dia tak tahan kena tipu maka satu hari ditamparnya bininya sbb banyak nau membohong. Bini mengadu pd keluarga dia, MIL/FIL sekeluarga berbondong2 mengambil anak dan cucunya dan menyuruh kawan aku ceraikan anaknya

Walaupun dia tau anak dia tu banyak hubungan luar rumahtangga, kawan aku masih sayang pd isteri tapi MIL suruh cerai dengan alasan

"masa jadi isteri orang kamu dah ramai yg nak, kalau cerai masih ada yg nak"

bodoh punya MIL, dia ingat org tu sume nak betul2 anak dia, sume tu memain aje .. tak ingat nasib cucu2 dia

tunbegia said...

cinta tak semestinya bersatu,

salamm,

pB said...

tak tengokkkkkkkkkkk

AyunasiA said...

1 point yg agak penting juga, ibu bapa jangan lah terlalu cerewet, tak bagi anak buat keje rumah sehingga anak tak pandai membuat apa2. ada kwn saya dulu, beri alasan, ayahnya suruh concentrate belajar je, takyah tolong buat keje rumah ni semua.

Mulan said...

entah le, saya ni dikerah dari kecik buat segalanya.. pastu dok kerah anak buat jgk. zharif pun dah pandai basuh pinggan, kemas katil & mcm2 lagi.. ada kata saya garang dengan anak. ya ke garang camtu?

NURAZZAH8 said...

Kak Anie,
saya tgk tergolek2 guling ketawa...nak tgk mcmn dan lama mana dia orang boleh tahan makan nasi bungkus atau maggi dan duduk rumah berkecah macam kapal pecah...pastuh nak masak asam pedas campur sayur sawi...hahahha...sebulan dua tahan lah... lama-lama boring gak...

Neeza Shahril said...

menarik comment Kak Sya... kalau ada mak bapak macam tu, tak payah risaulah esok2 apa cucu2 tu nak jadi... jangan salah sapa2.. salahkan diri sendiri..

Ulasan Kak Anie best.. nampak cerita tu best.. neeza setuju tu kak.. betul lah.. terima kita seadanya.. tapi bab yang boleh perbaiki tu kenalah baiki..
bab yang dah lepas dah tak boleh perbaiki tu baru la kena terima.. contohnya.. masa dulu isterinya seorang kaki perokok.. okay.. yang tu terima.. tapi janganlah diulang lagi kan. Stop lah. Takkan suami je kena terima kita. Kita juga perlu usaha untuk berubah.

Alhamdulillah, setakat ni, mak neeza tak pernah bela neeza kalau neeza malas masak, malas kemas rumah.. dia cakap "Neeza ni memang malas!!". :P

Diarihatiku1976 said...

saya setuju.. saya tgk gak citer ni..baiknya fahrin dalam citer tu..

silversarina said...

salam,

macam sedap je cerita tu . dah lama tak tengok cerekarama .

Acik Erna said...

anie..akak juga tengok..tak payah akak ulas..ulasan anie dan sya tu dah cukup menarik..cuma akakk fikir..macamana nasib akak nanti kan..dah la takde anak pompuan..harapkan menantu je...

Anonymous said...

akak... tengok citer itu ingat saya dulu... sekolah asrama habis sekolah sambung belajar kat UK...dok kat sana makan ikut cara sendiri je... masak tak reti langsung kat sana setahun 2,3 kali je masak nasi ... bila dah kerja makan luar aje sbb duduk dgn kawan2 yg sama cara... nasib baik ada jodoh kahwin... aduii bila nak cuba masak rasa mcm nak gaduh sbb bagi cm masak itu sungguh susah... nak suh mak ajar pun tak boleh sbb mak masak kelantan, hubby org kedah mmg lain jenis masakan... tapi alhamdulillah belajar jugak sikit2 now dah 13 thn bolehla buat kari dan boleh jadi chef le bila balik kedah he he sbb adik2 ipar pun sama je kami satu kepala geng tak pandai masak tapi suka nak masak...

cm

Zareda Norman said...

zar pun tengok citer ni tapi zar rasa cara fahrin handle isu ni salah ler, ada ker bawak pompuan lain nak tunjuk kat bini dia (wpun itu mak sedara dia). at least dah tahu bini tak reti kerja rumah masak, belikanlah buku resepi atau bagi hadiah pi kelas memasak pada tarikh tarikh istimewa.

Mak zar dulu mmg risau masa zar nak kawin sebab dia tahu anak pompuan dia ni serba serbi koboi. Tapi kita pun nak masuk syurga jugak kan.. kdg2 zar sendiri pun naik jemu makan kat kedai aje.. so belajar masak, belajar urus rtangga, belajar urus suami sebab sama sama kerja sama sama kena kerjasama.

itu yg sll zar pesan pada anak anak sedara zar. Tp dalam byk kes mmg zar beruntung sbb dpt hubby cam tu, dia sgt simple dan ringan tulang.

iina said...

Kak rasanya semua nie bermula dengan didikan di rumah.. kalau awal2 kita dah diajar berdikari.. buat kerja2 rumah.. InsyAllah.. sedikit sebanyak kita punya sikap utk belajar sesuatu dan berusaha utk capai benda tuh.. yelah kdg2 pelik juga kan.. boleh belajar setinggi ilmu.. ilmu susah2 lak tuh.. tapi ilmu di dapur.. masih ada yang tak nak belajar dan tak nak ambil tahu.. bkn susah pun.. kalau tahu dan cara yang betul.. tau basic masak dah cukup bagus.. dari situ barulah dikembangkan pada asas2 yg lain.. sama macam ilmu lain yg kita tuntut di makmal.. di kelas.. di universiti..

Tapi yelah kak.. zaman skrg nak mkn senang beli kat kedai je sebab dimana2 senang nak dpt semua tuh.. kdg persekitaran juga jadi sebab pada sifat2 mcm tuh.. xdpt dinafikan

aNIe said...

Masy...betul...degil...dah tu takmo mengalah plak tu...

------------------------

Sya...tu mak bapak yang seolah2 menyokong maksiat yang dilakukan isteri...kan isteri boleh dipukul suami...untuk diberi pengajaran asalkan ianya tidak mencacatkan...

--------------------

Tb...kita cakap macamtu...tapi ada orang tak boleh menerimanya...

-------------------

PB...pegi mana tak tengok...akak selalu tunggu cerekarama...

-------------------

Ayunasia...betul tu...dulu akak macamtu...sampai anak pompuan tu maksedara gelarkan dia batang palas sebab malas...kemudian dah baca buku...barulah paham...biarlah anak2 buat kerja...elok atau tidak...nanti lama2 dia akan pandai sendiri...

---------------------

Mulan...itu bukan garang...itu mengajar anak namanya...kalau tak diajar dari kecik...dah besar nanti dah jadi buluh

--------------------

Azzah...kak anie tengok pun gelak...kelakarkan...tapi biar pun komedi...terselit mesej nya disitu

Mana boleh tahan makan nasi kedai je...jelak...

--------------------

Neeza...betul tu...takkanlah dah kawin kita nak macam orang lom kawin lagik kan...kenalah berubah demi kebaikan...yang tak boleh diubah tu...rupa paras kenalah terima seadanya...

Mak akak pun takkan membela anak dia ni...silap2 kita yang kena...

-------------------------

Rina...memang seronok...olahan cerita yang komedi..tapi ada pengajaran

------------------------

Kak...bila semua menantu perempuan nanti...kita kenalah terima yang anak2 gadis sekarang kadang ade yang tak pandai masak...kitalah yang bertanggungjawab mengajar mereka lauk2 kegemaran suami diorang...kan kak?

------------------------

cm...rasanya bukan cm je tak pandai masak...akak dulu pun tak pandai...nak masak rumah mertua terkial2...terketar2...tapi cik abang sentiasa beri semangat...dia tak pernah komplen...lama2 kita pandai sendiri sebab kita sendiri yang nak berubah...betul tak?

------------------------

Zar...rasanya Fahrin tu dah jalan terakhir...dah isteri tu degil...kuat melawan...camaner nak buat lagi...kalau yang dengar cakap takpelah jugak boleh diajar...

Tapi disebabkan kita sedar kita iteri...nak masuk syurga...kita sendiri berusaha...hehehe...sekarang ni rasanya Zar dah pakar masak...especially masakan kampung ...Kan?

-------------------------

iina...betul tu segalanya bermula dari rumah...dan kemahuan...orang selalu cakap...kalau ada kemahuan ...disitu ada jalan...

iina...sesekali makan lauk kedai okaylah kan...kalau dah beranak pinak nak pi makan kedai...mau kontang poket...hahaha

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails