Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, February 2, 2010

Sos Tomato ...Sos Cili...



Aku orang Melaka...

Aku dan anak2 aku memang suka yang pedas.

Orang kata lagi pedas lagi sedap...

Yang tak makan pedas cuma 2 orang anak kecil anie ni

Kalau aku...Ude...memang suka pedas.

Tapi...percaya tak kalau aku kata...

Kalau aku makan KFC.McD..atau apa jua makanan yang orang lain suka cicah dengan sos cili...tapi kami cicah dengan sos tomato.

Kat rumah ni...kalau sos tomato..memang berbotol-botol...

Sos cili..?  1 botol pun susah nak abis...

Kalau peket sos dari restoran makanan segera...memang bertimbun2 kat dalam peti sejuk tu...sos cili je...sos tomato...kami dah abiskan...

Macam tak caya kan?  Adik ipar aku pun jadi heran...bukan keluarga kami aje...kawan2 Ude semua jadi heran...sebab dia yang suka pedas makan sos tomato...

Sos-sos cili simpanan aku selalunya ditukar dengan sos tomato dengan adik ipar aku...walaupun isteri dan anak2nya kurang makan makanan pedas.

Ntahlah..kami rasa...kalau KFC...atau McD...hanya sesuai di makan dengan sos tomato...



...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

22 comments:

tunbegia said...

sungguh sedap ayam goreng kfc,

salamm,

nuraarin-life said...

sos cili McD mmg pedas, saya pun kureng skit, kalau sos cili KFC saya layan.. sbb rasa sos cili KFC manis2m skit..

Abang Long said...

Bila kita makan ayam goreng. Dan bubuh sos. Mana yang sedap, ayam goren atau sos ?

ceksumolek's said...

huhu~ sumi kalo mkn mekdi.. bukan stakat sos cili siap tambah black paper lagi..

TMUkmkd said...

aku tak suka makan sos. sebab benda tu memang dah ada sos. kalau taruk sos tak best~

better aku ambik blackpepper banyak2 dan tabur :D

Mak Su said...

rasa-rasanya, mekdi dan kepsi tu lebih seswai mkn ngan maksu :)

KV said...

kv tak suka sos, kalu boleh makan cenggitu jek tanpa sos. Tp hubby mmg tak boleh takdak sos cili.

Unknown said...

suka cicah ngn sos tomato zaman kecik2 dlu je..:D

Kak anie said...

Tubegia...memang sedap ayam kfc tu...

---------------------

nuaarin...akak kalau makan ayam atau burger memang suka sos tomato...tak suka yang pedas...

-------------------

Abg Long...hahaha...mestilah ayamnya...sos tu penambah perasa

------------------

sumi...hahaha...suka pedas ke?

------------------

TMUkmkd...alamak...black pepper...? Nanti sakit tekak makan bebanyak...

------------------

Maksu...

Hahaha...itu sudah pasti...lebih2 lagi kalau maksu yang belanja..!!

-----------------

KV..akak suka makan ngan sos tomato...

Sya said...

Aku pun heran apasal makan ngan sos tomato.. aku memang makan ngan sos cili Thai kalau ngan sos tomato yuckkkk

Fith said...

Salam aunty,
1st time fith komen kat blog aunty,selama ni dok baca je,hehe.

cerita psl sos ni,aunty boleh masuk kategori org jepun,sbb japanese cicah tomato sos je,tak pernah lg jumpa cili sos diberi kat restoran,sos tomato je ada.kat supermarket pun klau sos cili ni mesti buatan negara lain,jepun keluarkan sos tomato je.

fith lg suka sos thai dari segala sos lain,hihi

pB said...

jom ...

kita pekena KFC ...


bila kak free ????

N said...

Worh,Apa lagi belanja la aku KFC satu =)

ibundo said...

yeke.. mungkin sebab sos cili tu rasanya manis. hilang rasa pedas. tapi kpah suka cicah dengan sos cili drpd tomato.

iina said...

Kat sini semua sos tomato.. takde sos cili.. tapi kalau buat ayam kfc sendiri.. saya mkn ngan sos cili maggi sweet sour.. kat mesia rasanya takde jenis tuh..

Unknown said...

salam kak...
dulu cj pun sgt suka sos tomata..
sebab rasa masam masam kan....
tapi skrg ni kalau g kedai.... sambal dah jadi wajib...lagi pedas lagi selera makan...kalo tak pedas kurang skit melahap.....

tapi, cj sgt anti makan nasi pastu buh sos tomato atas nasi.... xleh nak makan..hahaha!!!

Zareda Norman said...

sedap Kay ef cee tu.. zar suka sos cili life, pedas dan lemak

Acik Erna said...

anie..akak tak makn pulak sos tomato tu..mesti akak pilih sos cili thai..tapi kalau kat rumah yang buat sendiri punya...

MAMAMIA said...

Kami pulak, kalau cecah sos, guna yg dari botol kat rumah. Yg packet ni, jarang guna. Dah banyak terkumpul...

aNIe said...

Shima...memang sedap makan KFC dgn sos tomato...sos cili...macam tak kena...hehe

---------------------

Sya...kau kalau dtg sini meh bawak sini sos tomato peket kau tukar ngan sos cili aku

--------------------

Fith...heheh...lamanya tak dengar berita dari Fith...semoga fith sihat...aunty & anak2 sihat...

Jepun? Hehehe...orang jepun pun tak makan sos cili eh...wah boleh lah dok jepun...

Tapi kalau sos cili thai tu..aunty suka makan dengan tofu goreng...sedap

---------------------

PB...ingat isnin ari tu nak jumpa PB...tapi PB takde ye...

Nantilah...kita dating akak bawakkan kimchi...hehehe

---------------------

perempuan itu...jom...!!

--------------------

Kak pah...tak tau lah...kitorang semua suka pedas...lagi pedas lagi sedap...tapi bila bab makan ayam ke burger ke nak sos tomato...

--------------------

iina...kalau makan2 yang lain akak suka sos cili thai...

--------------------

Cj...akak ni kalau sambal tu memang wajib ada kat rumah...tapi kalau makan ayam atau burger nak sos tomato...hehehe

Sos tomato dgn nasi pun akak tak lalu hehehe...


--------------------

Zar akak ni kalau makan nasi nak pedas...tapi kalau ayam kfC...nak sos tomato..

---------------------

Kak...pandai buat sos sendiri eh...meh ajar...

--------------------

Mamamia...memang kat rumah ni pun banyak dah terkumpul sos tu...sos cili...tomato takde...dah abis...hehehe

sakurasa 2 said...

anie
tq atas ucapan n doa untuk sakura

MOKCIK AZWA said...

mokcik klu makan ayam goreng kfc kena cicah ngan sos cili campur sos tomato baru ummpp...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails