Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, February 3, 2010

Na O Mei...



Na O Mei...sebuah drama baru TV3 di slot Akasia...

Sebelum ni aku layan macam2 drama dalam slot ini...maklumlah bila petang2 dah abis kerja aku suka menghabiskan masa diruang tamu ditemani oleh drama2 kegemaran aku.

Aku tak pandai untuk buat ulasan tentang drama2 yang aku tonton...tapi sejak menonton drama2 yang hebat2 seperti Nur Kasih...Cinta Balqis...Nenek Kebaya...Cucu Betong...Spa Q ...aku rasa Na O Mei ni kurang sikit Umpphnya...

Aku tak berapa kesah semasa aku tertinggal beberapa episod... tak seperti masa tertinggal episod drama yang lain...aku macam tak puashati...mesti nak tau aper sambungan cerita2 yang dipaparkan.

Bagi aku  Na O Mei ni...jalan ceritanya ada juga yang tak okay...sedikit tidak logiknya bile A'ah balik tapi tak berusaha mencari Na O Mei...pastu ada terserempak kat kawasan kubur...tak pulak dia kenal yang Aisyah itu sebenarnya Na O Mei.  Heran jugak bila mak A'ah memula rasa bersalah sgt dgn O Mei..nak mintak maaf dgn dia...tetiba bila A'ah kata dia dah bernikah dengan O Mei...tak boleh nak terima pulak...camaner tu?

Pada awal cerita yang membuat aku tak berapa minat nak tengok ialah watak O Mei yang di bawa oleh  Puteri Sarah.  Kaku...tak idup langsung.  Watak yang dibawanya tidak dpt meraih simpati aku...atau pun membuat aku rasa sedih biar pun cerita tu sedih lah jugak.  Tak macam Eira Syazira...wataknya hidup...mampu membuat kita mengalirkan airmata.

Tapi masa menonton episod semalam...watak Puteri Sarah dah tak ada...digantikan dengan Jasmin Hamid...dan muncul pula wajah2 pelakon baru...seperti Elly Mazlein...aku memang minat kat Elly Mazlein sejak dia berlakon dalam drama Bella dulu...Raja Farah ...Adi Putera...Nabila Huda..Iqram Dinzly.  Aku rasa dengan gandingan pelakon2 yg baru muncul ni aku akan mula meminati drama ini.

Okaylah...pada mereka yang minat drama2 Melayu....Layannnnzzzz.......





...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

22 comments:

Mak Su said...

klu jasmin hamid belakun mesti best :)

Memey Anuar said...

ntol la kakanie.
mmg kurang umph. tapi ttp nk tgk hehe

skang ni dah best sket sbb generasi anak2 dah muncul.

tp mmg xlogic si aah tu xcari omei. padahal dh lama omei lari, xkan xtanya kt parents dia ke apa kan? konon mcm baik sgt tp x kisah pon omei hilang..

kalau ngikut nama2 watak2 baru tu dh kua dah si na o mei, camelia dan arman kan.. nak tau jgk mcm mana jejak kasih berlaku nnt hehehe

pB said...

pB tak suka jalan cerita nya ...

namak bod*h sangat si Ah ah tu

yuka said...

kak anie nak tanya sikit...watak na o mei tu ditukar org ker? saya penah tgk masa awal2 dulu npk muka lain tetiba semalam npk mcm elly mazlin..kompius la sekejap...

tunbegia said...

sungguh layan,

salamm,

aNIe said...

Maksu..akak pun memang suka lakonan Jasmin Hamid...selalunya hidup cuma kalau dia berlakon jadi orang kampung rambut perang tu tak logik lah...hahaha

--------------------------

Memey...tulah...generasi anak2 mereka menampilkan pelakon2 muda yang tak kurang hebatnya...akak suka Elly Mazlein & Raja Farah...begitu juga dengan Nabila Huda & Adi putra...

Pasal plot cerita tu memang macam tak logik kan? Membuat orang tertanya2...kenapa jadi camtu...

---------------------------

PB..betul tu...awal2 tak nak cakap kat mak ayah...samalah dgn O Mei...nak merahsiakan sesuatu sampai sanggup diri disiksa hingga orang tu nak gugurkan anaknya pun tak mau bercakap benar...

---------------------------

Yuka...semalam tu...anak2 mereka dah besar...Elly Mazlein adalah anak dia dengan A'ah...Jasmin Hamid pulak membawakan watak O Mei/Aisyah yang dah tua...Nabila Huda adalah anak O Mei dengan suaminya yang kedua...

A'ah pulak kan ada anak tiri...akak tak tau pulak siapa nama dia dan siapa yang bawak watak itu...hari ni nak tengok balik sebab minggu lepas Khamis akak tak tengok...

------------------

Tunbegia...

Salam...

Acik Erna said...

anie..jasmin hamid akak suka lakonan dia..cuma..bulu mata rak sesuai lansong dengan lakonan..jadi orang kampong..he he..

nuraarin-life said...

saya suka jasmin hamid, masa dia berlakon datin wanna be pun best... elly kalau berlakon sedih2 pun menjadi sangat

Qasfirdaus said...

salam kak anieeeeeeeeeeeee.

lama ni tak sibuk2 sini. duk baca kat reader jeee..

qas skang sejak2 jadi surirumah. abis pulun la drama. online depan tv. :D

na-o-mei ni mcm out sikit lerrrrr.. si puteri sarah tu blakon kayuuuuuuuu.

hopefully pas tukar jadi elly mazlien + jasmin ni seme ade la best nye.

mcm mak qas ckp, salu drama mmg mcm gini. mula2 tak best. haha

Abang Long said...

Rasanya akan divideokan tak macam cerita Nur Kasih ?

Sya said...

Apasal lak boleh tukar lak pelakonnya.. aku memang tak le minat

faridmw said...

salam.. dari apa yang diceritakan.. bnyi ja pon dah best.. tpi nak layan tu la tak tau dkt mana... ehehehehe.. tunggu kak cerita jala..

ilah jy said...

pendapat kak anie sama lebih kurang gan ilah...yg tak bestnya byk cerita dipotong..menyebabkan kita tertanya2...kekuatan disitu myebabkan kita cepat bosan.. huahua jadi pgkritik la pulakkk...hehehe tpi tetap tunggu dan lihat... ahakss..

Masy said...

puteri sarah x reti blakon arr.. baek la dia blakon iklan je, x pyh nk menghayati sgt....

Zareda Norman said...

tak follow sangat citer tu.. tengok bila ada kesempatan aje... baik saya follow The Nanny ehehhehe.. tengok beribu kali pun tak jemu jemu

aNIe said...

Ye lah kak...kadang jadi orang kampung pakai bulu mata sample...tak menjadi lah...Tak best...

-------------------------

nuraarin...hahaha...Datin wannabe...kelakar...boleh ke idak...boleh ke idak...?

Suka sgt elly mazlein sejak dia berlakon Bella..

-------------------------

Alahai Qas...dah lama akak tak dengar kabar Qas...dah jadi suri rumah sekarang ye...Alhamdulilah...suka akak dengar...

Memang pun suri rumah ni banyak layan drama...hahaha...

Akak harap ianya akan menjadi lebih sedap ditonton..

Memang pun puteri sarah tu berlakon cam kayu...hahaha

-------------------

Abg Long...tak kot...sebab Nur Kasih tu malatop...!!

------------------

Sya...ye lah...dulu muda...sekarang dah tua...tukar lah orang baru...biar pun rupa tak sama...nama sama...hehehe

------------------

Fsridmw...sekarang mcm dah best...muka2 yang baru muncul lakonan best2...

------------------

Ilah...tulah pasal...tau2 aje bebudak tu dah besar...rasanya akak terlepas 1 episod je...

Tunggu....kadang makin lama makin sedap.

----------------

Masy...setuju sesangat...!!

-----------------

aNIe said...

Zar...The Nanny tu memang tak pernah jemu...kelakar si Ms Fines tu...

Unknown said...

kak anie...hihi...
cj sudah lama tak nengok drama melayu kat tV......
tapi slot yang paling menarik bagi cj kat tv3 adalah slot lagenda tu....
Nenek Kebaya best....Anak betong pun sama.....kalau kak anie pernah tengok cerita Puteri Salju yg diangkat dr crita snow white...yg tu pun best... ada org2 kenit...sweet!!

iina said...

lama tak ikut cite2 melayu kak.. dulu penahlah tgk nurkasih kat tv3 online.. kat sini gile ikut cite tv dr amerika n uk jek ;)

Mulan said...

takde masa nak tengok laa.. citer korea pun dah banyak tertunggak ni..!! uhuuuu bila dapat tengok..??

Led said...

salam kak lady...

huhuhu sedeynye saya sebab tv kat umah saya hanya digunakan utk PS2 dgn buat keje sambung dari laptop. takde areal tv mahupun astro....kendatipun begitu, kurang la minda ni dibejati dgn anasir2 kotor kat tv tu.

ps. suka sgt tgk semanis kurma tv9.

Unknown said...

Salam kak... ingat x nama pelakon yg jadi watak azhar time tua?

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails