Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, February 4, 2010

Akademi Fantasia...


Akademi Fantasia....

Aku bukanlah peminat fanatik program realiti ini. 

Tapi tak sangka pulak dah nak masuk musim ke 8 dah...

Aku kalau nak tengok pun...aku suka tengok Trek Selebriti...bab dia tunjuk saringan untuk pemilihan ke program tersebut...

Sebab...

Aku nak ketawa guling2...kalau yang masuk tu...perasan giler boleh menyanyi ...& yang tak prepare untuk ujibakat tersebut.

Jadi pada yang tak boleh menyanyi tu...jangan le pergi kan...nanti buat aku pecah perut ketawa kat rumah.

Dulu aku tengoklah jugak  masa Zahid & Mawi jadi Juara...pastu musim2 terakhir ni aku  tengok konsert Final aje.

Anak aku yang sulong tu memang suka menyanyi...kalau ada majlis kahwin sedara...ada pulak karaoke...memang dia akan menyanyi.

Aku suka dengar dia nyanyi.  Bukan aku aje...ramai yang kata suara dia sedap....

Tapi itu aku yang kata...walaupun ada sedara mara yang kata suara dia sedap...tapi aku rasa okay aje lah.

Jadi tiap kali program realiti Akademi Fantasia ini nak memulakan musim baru...rakan2 dia selalu suruh dia pergi ujibakat...

Pastu dia mesti cakap aku...

'Ibu...Munir rasa nak pergi lah ujibakat tu...'

Dan aku terus cakap...

'Dah!!  Tak payah!  Memalukan ibu aje nanti...'

Pada hakikatnya...aku sendiri yang tak mau dia terjebak dalam program realiti itu..

Bagi aku banyak lagi kerja yang boleh dibuat...yang lebih mendatangkan hasil...daripada duduk kat dalam tu...dan dirakam serta ditonton orang seluruh Malaysia apa yang kita buat dan kita lakukan...

Maaflah ye ...pada peminat2 program tersebut.

Ini cuma prinsip aku...



...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

14 comments:

sI tEDI said...

kakanie
betul. pernah tgk trek selebriti pasal AF.

org yg pergi tu bukan budak2. mereka tak tahu ke tahap kemampuan masing!

aduhai!
macam nak g ujibakat raja lawak.

nuraarin-life said...

Mmg dah lama tak layan AF.. kalau tengok pun masa final jer, masa tu baru kenal siapa pelajar2nya

Tahun nie Aura AF kuat lagi ker??

Abang Long said...

Kita masih belum ada rancangan realiti - AKADEMI KELUARGA CERIA

kak ina kl said...

salam aNNe..entahlah...ina pun tak berapa minat nak tenguk rancangan realiti menyanyi bagi nak rak ..tapi hampehhhhh

perempuan ITU said...

Saya langung tak minat akedemia fantasia.Buang masa je tgk kan.

Mak Su said...

time zahid dan mawi tu maksu gigih tonton diari. tapi skrg tgk weekend konsert jer, tapi klu ada hal, biarkan jer, tak repeat pun tak per... mcm dah ilang aura dah.

maksu pun so far, tak bekenan kalu ada sesapa minat nak gi nyanyi audition, alamak.. pleaselah. maksu sokong kak anie

Erna said...

sama la anie..tapi masa mawie..akak heran nengok kak cik..masa keje kalau konsert dia bolih cuti tu..he he..minat abih dia ngan mawi...kalau kita kutok sanggup kak cik cakap..jago la..porasaan kak cik ni ha..jangan la kutok2 mawi..bolih camtu..

aNIe said...

tEDl...tulah pasal...kalau tengok diorang yang pergi ujibakat tu...ade yang out langsung...suara bukan ke laut lagi...ntah kemana pun tak tau...tu pun ada hati nak pergi ujibakat...patut dia tau kemampuan dia...buat bahan ketawa orang wat pe

-----------------------------

nuraarin...aura tu tak tau le kuat ke idak lagi...tapi masih ramai yang pergi ujibakat...tapi rasanya orang yang nak menonton dah tak macam dulu...

Akak pun sekarang tengok konsert final aje...

---------------------------

Abang Long...rasanya kalau ada memang lain dari yang lain kan?

---------------------------

ina...hehehe...malas nak layan dah kan...penat dah...

--------------------------

Perempuan itu...yang melayan diarinya lagi buang masa...hehe

--------------------------

Maksu...dulu pun masa zahid & mawi akak tengok...memang giler minat...tapi ntahlah...dah tak hingin lagik dah...malas...bosan dah...

Tulah...jgnlah ada anak2 akak nak masuk AF...maluuuuu!!

------------------------

Kak Erna...anie tau ...kak cik tu peminat fanatik Mawi...pergi umah dia penuh gambar2 mawi...hehehe...

Memang minat betul dia kan?

MULAN said...

AF, AF... sampai bila ek.. ada kala seronok tengok, ada kala hmmmm... layan je la.. oohhoo, kalau munir masuk mesti la abis penuh dewan dgn supporters tu.. kenkawan bloggers semua akan datang...

Zareda Norman said...

kalau tengok siaran ujibakat tu, kebanyakan anak anak org kita aje... sedih sebenarnya.. Kita ni membesar dengan segala momokan hoburan dan bersuka ria...

KaorU IchibaNa said...

wah,,bgus2,..mmg bnyk g bnda leh di buat XD

kakpah said...

kakpah suka tengok ujibakat american idol. mesti ketawa guling2..

Tirana said...

Kak Anie..kebanyakan program realiti tv kat malaysia ni bercorak hiburan..itu yang tak berapa nak seronok tengok..

aNIe said...

Mulan...hahaha...tak mananya dia lepas pergi tu...mak dia tak bagi...hehehe...

Tak berkenan anak2 jadi penyanyi...kalau nyanyi2 suka2 tu okaylah...

-----------------------

Zar...sekarang ni macam2 kan..? Nanti zaman akan datang tak tau le camaner...dgn segala jenis huburan yang ada macam2 gejala maksiat yang tak dpt dibendung...tu yang kita takut tu

---------------------

Kaoru...tulah pasal...kenapalah bebudak tu tak berebut untuk mengaktifkan diri pada aktiviti2 yang sihat...bersukan ...beriadah...dan macam2 lagi

--------------------

Kak Pah...tu satu lagik...gelak2 guling2 kan...kelakar tgk diorang tu...tapi diorang tu lebih berani utk menegakkan konon2nya mereka tu boleh nyanyi...tu yang tak tahan tu...

-------------------

Tirana...betul tu...banyak sgt hiburannya...jadi generasi2 baru kita sekarang banyak disogokkan dengan hiburan...masing2 berlumba2 nak jadi penyanyi

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails