Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, February 9, 2010

Gangguan Emosi...

Warning.!!!...Entry kali ni terdapat banyak perkataan2 yang tak sesuai untuk mereka yang berjiwa halus...sebab aku sedang jiwa kacau...

Minggu ni...gangguan pada telefon aku makin menjadi jadi...

Sejak 2-3 hari ni aku rasa dah berpuluh yang menelefon...

Aku memang tak kesah..sebab aku malas nak layan ...mereka mereka yang mengambil no. telefon aku ntah dari tandas mana2...pastu siap antar sms...mengatakan yang dia tau aku kesunyian sebab suami selalu outstation...

KEPALA HOTAK HANG!!!

Yang membuat aku marah ialah ....bila aku sedang memandu...& telefon berbunyi...aku dah lah terkial2 mencari telefon yang ntah bersembunyi kat mana dalam beg tu...bila aku jawab aje...dia letak telefon...mau aku tak hangin...rasa mau aje aku nak maki dia habis-habisan. 

Macam LEMBU!!... Kalau ye pun salah nombor...takkan tak tau nak cakap 'Sorry' .

Susah sangat ke...BIADAP SUNGGUH!!

Sebelum ini aku tak layan panggilan yang aku tak kenal...pi mampos ler jantan2 mana yang telefon...memang aku tak jawab.  Aku cuma akan layan sms...yang menulis yang bukan2 aku ignore je.

Tapi sejak 2-3 hari ni ada aje customer yang bertanya tentang produk2 yang aku jual...aku mula mengambil call...tu yang buat aku hari ni HANGIN sampai ke kepala...

Yang jadi mangsa anak2...sian anak2 aku...ibu dia HANGIN ari ni...

THOSE HANSAP STUPID CALLERS ...REALLY MAKE MY BLOOD GO UPSTAIRS...!!!



...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

19 comments:

sakurasa 2 said...

Anie kadang2 batas kesabaran kita akan hilang bila ada gangguan begitu...

tunbegia said...

sungguh popular,

salamm,

myQza said...

macam mana boleh merata nombor telefon tu kak?

Mak Su said...

masyallah.... maksu pun tak suka ler kalu mcm tu.... tensen kan, kita ni orn pempuan ada byk kerja nak kena buat. ni nak kena lyn salah nombor lagi.... huhuhu

Unknown said...

ade org nk ngorat akak ke?haih..xbaik btol kacau wife org..ish3..

MA said...

Kak Anie :


Selalunya orang-orang gila yang suka menelepon tak ber-pekdah ni akan mendapat kepuasan (in a real sick way) jika orang yang dipanggil tu marah-marah atau rasa tersinggung. Lagi Akak marah or rasa geli, lagi la dia naik syeikh.


Sebaik-baiknya, as soon as Akak dapat identify itu bukan panggilan yang genuine (dari keluarga atau customer), turn off sahaja. Don't give them the satisfaction to freak you out...Jenis-jenis makhluk macam ni bukan boleh dilayan pun....


Sabar Kak, blood go upstairs bahaya weh...boleh darah tinggi tu..

Tirana said...

Memang kacau la kalau macam tu...Kalau tak angkat, takut customer yang call.. Nak angkat takut kacang hantu yang call..serba salah. Hairan sungguh diorang ni..macam tak dak kerja nak buat..Kalau tolong bini kat rumah pun, dapat jugak pahala kan kak Anie.. Ni dok kacau bini orang, apa yang diorang dapat..dapat maki hamun aje la jawabnya..hehehe..

Zareda Norman said...

kak anie, kena tahu kat mana dorang dapat no phone tu, kaka nie layan elok elok sambil korek rahsia

iina said...

Sabar kak.. jgn marah2 krg mandu tuh pergi tmpt lain lak hehehe..

Acik Erna said...

anie..tah kenapa..akak pun rasa naik darah..kalau ku tahu siapa..mau ku sumbat cili api kemulut dan tangan yang gatal..menekan nombor anie tu...

iyouweblog.com said...

gangguan emosi? calm down!

nanged u!nang this to view the famous Siew Pau!

Kak anie said...

sakurasa...akak memang boleh tahan...tapi akak pantang orang yang kurang ajar...darah cepat naik dengan orang yang tak tau adap

-------------------------

tunbegia...popular cara yang langsung tak suka...

Salam

-------------------------

tEDl...rasanya ada orang amik dari blog bisness kot...pastu tulis kat toilet orang laki...kata akak ni kesunyian...ade ke patut...

-----------------------

Maksu...memang kita pun kadang salah nombor kan? Tapi kita minta maaf...sebab mengganggu orang...ni dah lah mengganggu ...tak bercakap...terus letak...kurang ajar kan?

---------------------

shima...tulah pasal...geram akak dibuatnya...

---------------------

MA..tulah...sejak dari ari tu memang tak layan...buat bodo je...buat macam2 buat lawak....agaknya angin ari ni tak baik lah...nak hangin je...nantilah bila angin dah baik...akak jadi minah sengau balik

Tulah...bila dah go upstairs...takut dia takmo turun downstairs lagik...

-----------------------

Tulah Tirana...ari tu buat minah sengau...tak pasal2 kena dengan customer...kelam kabut betulkan tuning...hahaha

-----------------------

Zar...ada orang tu cakap kat hentian Sungai Pelek...hmmm...jauh tu...

----------------------

iina..masih sabau jugaklah

---------------------

Kak Erna...rasa macam nak cili aje mulut dia macam Mak Biah buat kat Mak Senah tu...biar padan muka dia...

---------------------

iyouweblog...thanks for dropping by...

~ez~ said...

akak..nak saya beli kan cekelat tak? saya datang shah alam kita makan eskim ye..bagi sejuk cket.. :)

saya pun mengalami gangguan emosi akhir-akhir ini.huhuhuhu...

Kak Elle said...

lah belum habis lagi ke Anie dgn phone calls ni lebih baik tukar je nombor tu biar tak di ganggu lagi..tapi sayang pulak kat number tu ek

ibundo said...

kat luau tu memang ramai jantan biul. ignore je. kakpah pun selalu dapat sms giler2.

pB said...

agak agak kalau akak buat repot polis , cam ner lah polis kita nak handle ???

nuraarin-life said...

Sian kat kak anie, tu yg susah sbb kita sayangkan no phone tue, nak tukar x boleh pula la

Gangguan2 mcm nie kadang kala di saat2 kita tgh serabut mmg boleh mendatangkan kemarahan.. kena banyak bersabar kak anie

CuTeMiUt78 said...

eemmm sian akak.. memang emosi kan bila kena camtu... byk2 bersabar ya kak

aNIe said...

Leeya...nak cekelat free...!!

------------------------

Kak elle...biarkan ajelah...sayang nombor tu...diorang nak call diorang punya pasallah...maybe hari tu mood anie tak baik sikit...tu yang geram tu

------------------------

Kak pah...tulah..memang anie ignore je selalu...tapi ntah kenapa akhir2 ni anie angkat plak...bila mood tak baik...ni lah jadinya

-------------------------

PB...entahlah...tapi kalau boleh malas nak libat2kan polis ni ...leceh

------------------------

nuraarin...sebenarnya memang akak tak layan selalunya...tapi agaknya memang ari tu mood tak baik...rasa nak angkat maki2 aje diorang tu...last2 kita yang tensyen balik

------------------------

Cutemiut...memang bersabarlah ni...geram tetap geram...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails