Tak tau aper nak tulis ari ni...
...sebab...
...fikiran semak ...sesemak rumah aku yang masih belum siap berkemas...barang2 Munir dah masuk bilik...tapi barang2 kat bilik belakang tu pulak dah keluar...
...sekarang sedang fikir ...mana nak letak barang2 ni...
Tadi..
masa aku amik anak balik sekolah tadi..
aku ternampak sorang tu naik motor easyrider...
macam ni...aku tak dpt nak amik gambarnya...tapi motor tu handle dia lagik tinggi...
Aku senyum2 melihat penunggang yang berbaju lengan pendek tu...yang kebetulan sedang berhenti di sebelah keretaku di simpang lampu isyarat...
Farhan...pandang muka aku...
'Apsal ibu senyum2 ni...'
'Ibu terfikir sesuatu...'
Cik abang aku pernah nampak jugak motor tu...dia tanya...
'Tak penat ke tangan diorang tu...'
Betul....aku yang tengok pun penat...
Tapi yang buat aku senyum2...ialah...aku terbayang...
Kalaulah masa sedang dia memandu tu...
tiba2 ada serangga yang sedang terbang termasuk dlm lengan baju pendek dia tu...terus ke ketiak dia...
Mau terperanjat sekejal..kalau lebah...lagi lah haru dibuatnya...
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
16 comments:
hahahahahahha qas pun salu fikir yang tangan dia ni tak lenguh ke berjam2 duk melangit camtu.
Tapi kalau serangga meluru masuk kat ketiak dia mmg haruuuu. boleh mendatangkan bencana ni.
ada yg lagi tinggi tau handle motor tu... pelik betol depa ni kan..
naik motor jenis apapun, kena kalis air hujan, kalis peluru juga,
salamm,
Ni jenis org yg suka mende pelik2 le ni cam org suka spoiler tinggi tu
kakpah pun selalu komen macam tu. suami kata, eksyen punya pasal....
ha ha ha... gelabah!
wakakakah kak.. kalau kat oversea diorg pakai jaket takdelah masuk binatang kat ketiak.. alah kak.. kalau sudah minat.. penat pun tak rasa hehehe
kak anie
sebab saya salah sorang penunggang easyrider.. hehehe.. saya komenlah yer..
Tak de yg peliknya atau eksyen bila pasang monkey bar kat easyrider. handle tinggi tu dipanggil monkey bar. sebab naik easyrider badan kena tegak so kalau guna monkey bar tak lenguh badan sbb tak perlu bongkok.
Lagipun kalau long travel ride, sllnya mmg pakai safety jacket. tak deler serangga masuk ketiak.. hahahah Tapi ada kes dulu masa kami ride, satu brother ni mmg pakai safety helmet tapi ntah nasib agaknya time dia buka cermin helmet tu, sekor kumbang terpa kat idung dia.. terus bengkak merenin sampai org gelar dia mat kumbang.. ehhehe
anie..baca komen zar..taulah namanya kan..kalau abang akak pun..kat highway nampak je mesti cakap..tak lengoh ke..akak kata nak tau cubalah..he he.
saya pun pernah jumpa... tak lenguh agaknya ekk.. rege plak beribu-ribu mahalnya.. tak kuasa kan.. baik naik kancil dari naik motor tu.. ahahksss
mcm ngeri jek citer kak lady ni. sure eksiden klu dia cuba tepuk lebah serangga tu..
aahhaaakkss... blh bayang kan camne kak...
Qas...kalau takat macam dlam gambar tu okaylah lagi...ni tangan dia macam orang 'hands up' ...hahaha
----------------------------
Mulan...betul...dlm gambar tu rendah...masih cantik lagik...orang kata reasonable...
---------------------------
tubegia...hehehe...kalis ujan...kalis peluru? Kena kalis peluru ke?
Salam
--------------------------
Sya..bila handle tu tinggi sgt...memang pelik jadinya
-------------------------
Kakpah...agaknya tak lenguh bagi diorang tu diorang boleh tahan
-----------------------
tEdl...memang sah gelabah
----------------------
iina tulah pasal...patut pakai jaket...at least utk keselamatan
---------------------
Zar...dah agak dah zar mesti bagi info yang berguna...oooh...nama handle tinggi tu monkey bar...kalau mcam dalam gambar tu akak rasa okaylah kan...tapi kalau yang sampai tangan lebih tinggi dari bahu tu...camaner eh?
Patutnya orang tu pakai jeket kan?
Kesian kat kawan tu...sampai melekat gelaran mat Kumbang ye...? Hehehe
-------------------------
Kak Erna...maybe sbab kita tak pernah cuba..kita tak tau kan?
-----------------------
Diarihatiku...memang pun...dari beli ribu2 lebih baik beli kereta kancil...tapi tu semua minat...orang kata kalau dah minat...tak kesah berapa pun harganya...
Lagi pun ada orang kata...naik kereta kancil...lalu sebelah orang tak menoleh...tapi naik motor besar...kalau lalu sebelah...wah!! Semua mata menoleh...Cooollll!!
-------------------------
Led...tulah pasal...len kali kalau led nak beli motor camtu...jgn lupa pakai jeket tau...hehehe
-------------------------
Cutemiut...hehehe...membayangkan yang bukan2...
KakAnie, sy prnah try moto yg pasang monkey bar.. setakat 1/2 jam sy ride dr Penang ke Sungai Petani, mmg tak rasa lenguh sbb tangan kita sangkut kat handle tu..relax jer.. namapun easy ride kan.. Anyway, sekali rasa cukuplah!
hhahahaha... tabah tul diorang kan..
salam...
hehehehe... tul tu.. kalu ada binantang masuk.. dia jadi ultrman la...
Post a Comment