Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, February 8, 2010

Cheerleaders...

Sabtu lepas...sekolah Farhan ada sukan...
Semalam...semasa aku kat dapur...si kecik ni asyik memainkan lagu 'Nobody' dari Wonder Girls...



'Ibu...suruh le Fareez tutup lagu tu lah...pening Farhan...'

'Apsal?'

'Dari kat sekolah tadi asyik dengau lagu tu aje...menyampah dah Farhan dengau..'

'Sedap aper lagu ni...ibu suka..'

Sambil aku menggayakan tarian Wonder Girls kat dapur sambil masak...

'Gedik je lagu tu...'

'Bebudak pompuan sekolah kau  mesti suka le masa lagu ni diorang bukak...'

'Alah...bebudak Cheerleaders je yang tergedik gedik...'

'Wah!!  Sekolah kau ada cheerleaders?'

... dgn nada hairan campur teruja...

'Ada...'

'Bukan main sekolah sekarang ye...siap ade cheerleaders...macam sekolah omputih dah'

Ketinggalan zaman betul aku ni.  Rupa2nya sekolah sekarang dah ada cheerleader jugak...

'Mesti bebudak tu hot-hot...macam dlm citer omputih...'

Tertiba Ude keluar dari bilik menyampuk...

'Ibu ...kalau nak tau budak2 cheerleaders yang hot-hot...selalunya sekolah2 dari KL ...macam CBN...BBGS..bebudak cheerleaders diorang memang hot-hot...'

'Mesti diorang pilih budak2 yang hot kan?  Macam dlm citer omputih tu...cheerleaders diorang selalunya gadis2 hot dalam sekolah tu...'

'Alah...ibu...kalau kat CBN tu cheerleaders diorang hot-hot lah....kat sekolah pahan ni...hod-hod...'

Hahahaha...dia gelak...

'Tak baik kau tau...mengata orang...tak sayang mulut...'

'Yelah...ada yang tembam2...dah le tu pakai baju ketat2...lagi ler hod...'

Aku dgn Ude gelak macam nak mampos...

Nakal betul bebudak lelaki ni kan?  Pandai aje nak komen...hot ke hod ke?



...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

14 comments:

MOKCIK AZWA said...

wakakaka...kelakar la anak2 akak nie..by the way hod tu stands for what ek? huhuhu

tunbegia said...

anak dah baligh,

salamm,

Led said...

mungkin salah sorang dari budak cheerleader pompuan tu pernah mengeciwakan perasaan si farhan ti kot, kak lady?

Mak Su said...

semuaaa nak ikut budaya omputeh.... gelenyor jer rasanya.

hot = hod, hehehe

ilahjy said...

hahahaha..kelakau laaa...boleh jadi pengkritik..kat af ni..hikhik.. anak bongsu ilah ni kalu ilah tak pakai tudung turun bwh..mesti dia kritik..tak malu tak tutup aurat...huahuahua...

nuraarin-life said...

tergiang2 lagu nobody nobody but you..

Sekarang mmg ada macam2 aktiviti kat sekolah, cheerleader pun bukan perkara baru rasanya

hod hod.. creative betul anak kak anie nie

iina said...

hod hehehe.. daripada rod lagik naya kak..

myQza said...

x pernah dengau lagu ni kak..

kak anie said...

Mokcik...dia tak suka pompuan yang gedik2 tu...

Hehehe...hod tu kependekan hod*h...tak baik dia kan..?

------------------------

Salam...dah baligh macam2 diorang tu...

-----------------------

Led...taste dia lain kot...yang tergedik2 tu dia tak suka...hahaha

-----------------------

Maksu...tulah...gelenyor bunyiknya...hehehe

-----------------------

Jalilah...ni yang second last...dah tingkatan 4...pandai ler dia mengata orang...ntah nanti dpt makwe ntah camaner le...

----------------------

nuraain...tulah...akak ni ketinggalan zaman...anak akak Ude kata dah lama dah cheerleaders ni ada...hmmm...maklumlah akak ni tinggal anak laki je...takde pompuan yang tinggal tu yang tak tau tu...

----------------------

iina...tu lah pasal...ahahaha...

---------------------

tEDl...lagu ni kalau kat Hot FM tu memang selalu diputarkan..

ida napi said...

hehehe..kak anie..farhan tu lum smp ms dia nak siok lg tu..sok sok dah siok sok taulah dia..yg hod tuler dia kata hot..kekekeke jgn mare gurau jer..

Zareda Norman said...

amviii bebudak sekarang...

kak anie said...

idahani...yelah kot...yang hod tu jadi hot nanti...hahahhaa

Zar...best ye...kita dulu takde cheerleaders kan...kalau tak boleh jugak nak menggedik2...hahaha

Anonymous said...

kak anie,

:)) anak saya kat cbn tapi dia join school band bukan cheerleaders.
-wana

CuTeMiUt78 said...

keh..keh..keh... tergelak besa baca pasal cheerleader ni kak

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails