Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, January 19, 2010

Topik Panas... Hot FM...

Pagi tadi sambil memandu anak2 ke sekolah...aku mendengan Topik Panas...Hot FM...

Topiknya...ttg masalah sorang pendengar ni dengan suaminya...yang katanya terlalu mengongkong dia hingga tak boleh keluar utk pergi event2 company...lunch time tak boleh lepak ngan kengkawan & balik pejabat mesti terus balik rumah.

Memang kalau kena macam tu...boleh bengang dibuatnya...

Banyak jugak respon dari pendengar...ramai pendengar wanita kata...suami dia buat camtu...sebab mungkin suami dia yang curang...tu sebab dia lebih mengawasi isteri dia ...takut isteri dia buat macam dia jugak...

Tapi ramai pendengar lelaki cakap...suami dia sayang sgt kat isteri dia...dan sepatutnya begitu kerana 'syurga isteri terletak pada keredhaan suami...'

Kemudian...Hot FM telefon suami dia bertanyakan tentang sikap dia tu...dan memutarkan suara isteri dia yang meluahkan perasaan tidak puashati pada sikap suaminya itu.

Suami dia jawab...cool aje...katanya...memang dia macam tu...

Alamak...bila Hot FM kata nak call suami dia...aku pulak yang seram...!  Seram pasal aper?  Pasal aku takut kalau2 diorang gaduh besar nanti suami isteri...

Sebab...dulu..cik abang aku pun macam tu jugak...hingga terputus hubungan aku dengan kawan2

...tapi ...

kalau akulah yang telefon radio & beritau masalah aku dengan suami aku bagi satu Malaya dengar...mau perang besar aku dengan dia nanti...

Perang dunia ke 3....hahahha...betul tak?




...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

19 comments:

KLMari said...

KLM dengan member member pun dok bincang topik yang sama pagi tadi masa breakfsat...:)

esampah said...

suami dia caring la tu..
kan bagus suami sayang... :)

qamarguyz said...

salam ziarah..
huhU..bet0l2..
kalu silap carany kiamat pun ley melanda nanti!..

~aSHa~ said...

uish sgt bahaya rancangan mcm tu..sib baik laki dia tak panas baran..kalo idak..uhuhhuhu...

MrsMama said...

kak....kekadang saya rasa kelakar dengar topik2 camtu....tapi ada yg buat saya meluat sebab macam dirancang2 jer.

Anonymous said...

perempuan tu kena belajar lagi bab hak suami... nusyuz kang naya...

bukan nak sebelah lelaki ke, sokong laki dia ke... tapi... hak tu ada kat tangan dia... jangan duk buat main...

kat dunia ni nampak remeh je la...

jangan lupa yang setiap perbuatan isteri, suami pun kena tanggung bila 'balik' nanti [kalau dia tak larang...]

Kaktiny said...

oo.. entry yg sama le kita kak.. hahaha...

akak dpt dengar jugak sampai abis ye.. tiny dapat dengar separuh jer.. tak sempat dengar apa kata suami dia.. (mmg berdebar gak la tunggu diorang tepon laki dia.. tapi x sempat dengar..)

uish.. betul kata akak tuh.. rasanya kalau silap hitung, malam ni perang besar laki bini tuuhh... nauzubillah...

kalau tiny yg gegatal tepon ngadu camtuh, bukan setakat perang ngan laki, maunya ngan mak tiny sendiri yg serang marah kat anak dia nih.. huhuhuhu...

Didi Nadhirah said...

jadi tak die call suaminya tak dgr sampai habis gak

silversarina said...

mungkin suami dia memang cool macam tu, doalah agar mereka tak bergaduh besar .Tapi kesianlah kalau kena kongkong macam tu , kalau I lari lama dah ..hihi.

KV said...

waaa kak! Gilo! Naseb baik suami dia cool. Kalo jenis baran wajib gaduh laki bini. wawaawa..seram!!!

pB said...

kak anie

sayer dengarrrrrr

bila masuk bab keluarga shai tu kata Faizal tu pendiam giler

tang tang tu jugak pB rasa nak call Fara minta email atau phone Shai tu ...

Nak kongsi pengalaman dengan Shaiiii ...

cam ner ek nak contact Fara Fauzana tu??
Dah jenuh dok godek website hotfm



Esok kita tunggu sambungannnnn

aNIe said...

Klmari...maybe kalau orang luahkan masalah tu biasalah...tapi kalau bab sampai call suami...pastu tanya macam2...alamak...takut akak...

----------------------------

esampah...semua orang suka kalau suami caring...cuma kalau nak caring pun jgn lah sampai camtu...kita kalau sayang seseorang kita akan berusaha membahgiakan dia...bukan mengongkong dia

----------------------------

Azrai memang...bila satu malaya dah tau...naya...

---------------------------

asha...ntahlah...kalau panas baran pun mungkin tak tunjuk kot...sebab masa DJ kata kat wife dia nak bawak wife dia kluar lepas opis...wife dia tak mau...katanya takut...mestilah cik abang dia tu garang jugak...kalau tak takkanlah nak takut..

-------------------------

Anon...memang betul apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH...tapi orang laki tak boleh lah nak mainkan perkataan nusyuz tu aje...dia kena lah cermin dulu diri dia...adakah dia telah menjalankan tanggungjawab dia dgn betul...segala makan pakai disediakan...kalau nak ikut betul2...isteri tu duduk rumah aje...melayan suami dan anak2...segala2nya suami yang tanggung...kerana semua itu tanggungjawab suami.

---------------------------

Tiny ...betul tu...suami kita ada juga kawan2...dan sedara mara...kalau dah heboh...malu dia...bila malu habislah...memanglah perang punya...harap2 suami dia terima itu dengan pemikiran terbuka...

Memang akak dengar sampai habis...esok sambung lagik...sebab ada bagi cabaran kat suami dia...yang hari ni...diorang nak bawak isteri dia pi mana...dgn siapa...akan dirahsiakan dari suami...diorang nak tanya esok samada suami dia tanya macam2 tak kat isteri dia...

------------------------

Didi...memang diorang call suami dia...dan suami dia pun ngaku...cuma bila boleh benarkan tak isteri dia keluar ptg ni dengan salah sorang yang suami dia percayai...pi ke mana...dirahsiakan...suami tu macam kurang setuju...dia nak jugak tanya isteri dia ke mana...

----------------------------

rina...harap2 diorang tak gaduh besar...tapi isteri tu macam takut jugak ngan suami dia...cuma heran kenapalah dia boleh tepon cerita masalah tu dan benarkan diorang call suami dia on air lagik...

Dikongkong memang tak suka...tapi kalau dpt laki dah camtu nak buat camaner kan?

--------------------------

KV...kalau akak tu WAJIB gaduh tu...hahahah

-------------------------

PB...kalau PB ade Facebook...senang aje...add dia kat Facebook PB...boleh aje antar mesej kat dia...

Tunggu sambungannya esok ye...

ibundo said...

N3 yang sama dengan tini. korsang ni memang peminat hotfm hehe

Mak Su said...

husband maksu pun x kenan jika maksu join sana sini hu ha sangat, tapi apa nak buat. ikutkan je ler style dia tu, ek

Kak anie said...

Kak pah...anie lom jengah lagik blog Tiny...hehehe...macam pakat lah pulak ye...

Maksu...betul tu...dah jadi suami kita ...kena lah ikut apa kata dia...akak ni lebih 20 tahun bersabar...tapi sekarang alhamdulillah...dia dah lebih mengerti...

Nong said...

I like my husband to be loving and caring but not too controlling.

Distrust will set relationship off course and deprives the wife of personal right to freedom...

Anie said...

Kak Nong...you are so lucky coz...you have such a loving & caring husband...

Rasa tidak percaya membuatkan isteri merasa dikongkong hak kebebasannya...

CuTeMiUt78 said...

uuissshh.. tu agaknya laki dia nak cover baik punya.. sebab satu malaya dgr kan.. takut karang blk umah.. mau perang ngan isteri kan..

Kak anie said...

Cutemiut...kalau akak jadi isteri dia...takutlah nak telefon radio...sebab itu melibatkan suami kita...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails