Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, January 20, 2010

Pujuklah Hati Sendiri...

Dalam rumahtangga..banyak ragam dan asam garam yang harus kita lalui.

Kadang tidak pada kita...tapi berlaku pada orang lain.

Aku sudah mendirikan rumahtangga selama lebih 25 tahun...tapi ...seperti kata Tiny...aku juga tidak ada resepi bagaimana untuk menjadikan rumahtangga itu bahagia dan kekal selamanya.

Dalam rumahtangga selalunya kita dapati...suami & isteri yang berlainan atau berbeza sifat mereka...ini adalah kerana ALLAH menjadikan kita berpasang2 dan bila kita menemui pasangan kita maka kita saling melengkapi di antara satu sama lain.

Aku amat setuju dengan pesan mak Tiny...'Sabar ...dan pujuk hati sendiri'


...pesan arwah mak aku pulak...

'Biarlah orang buat kita...jgn kita buat orang...sebab Tuhan itu ada..'

Mungkin sebab aku duduk dengan mertua & ipar duai...maka mak sentiasa berpesan begitu...biarpun aku tak pernah bercerita apa jua cerita ttg kehidupan aku dgn suami dan ipar duai atau apa yang aku simpan dlm hati...mungkin arwah mak lebih faham...

Aku tak menceritakan apa2 padanya kerana aku tak mau dia merasa susah hati...pada usia sebegitu arwah mak patut tau...yang anaknya bahagia....itu aje...yang lain2 boleh tolak tepi.

Pandai pujuk hati sendiri...hmmm...memang dalam rumahtangga kadang kita selalu terluka.  Kalau emosi tak stabil...benda kecik pun boleh jadi merajuk...boleh jadi marah2 kat suami. Tapi jgn lah jadikan perkara2 kecik tu punca untuk memulakan pergaduhan...lupakan aje...pujuklah hati agar menerima suami kita seadanya kecuali kalau dah melampau...semua orang pun tak sabar.

Kadang2 orang laki ni tak paham apa kemahuan orang perempuan...yang perempuan pulak suka menyembunyikan perasaannya dengan harapan orang laki dapat membaca apa yang tersirat dalam hati mereka.

Lupakan aje...orang laki ni tak pandai nak baca2 hati atau apa yang berlegar dlm kepala kita...melainkan kalau dah lama hidup bersama.

Macam apa yang selalu terjadi pada aku...

Kalau kami dlm perjalanan balik ke Melaka...atau dari Melaka ke Shah Alam...cik abang selalu tanya aku...

'Nak singgah makan tak...'

'Ntah...suka hati abanglah...'  tapi dalam hati aku memang berharap cik abang aku singgah sebab perut memang dah berbunyik...

'Farhan...Fareez nak makan tak.."

'Nak...'  aku dah tau anak2 mesti jawab nak...

'Hmmm...ibu kau ni...kalau tanya semuanya ntah...tapi kalau makan nanti dia yang abis dulu...'

Tu sebab... dia dah paham...cuba kalau dia tak paham...dia terus aje balik macam dulu dulu...memang panjanglah muncung aku...majuk sekejap...sedangkan memang salah sendiri pun...

Pernah dulu aku menyimpan lauk untuk kami makan bersama...ikan tenggiri masak asam pedas...ada seketul aje..untuk aku kongsi bersamanya.

Semasa dia balik aje...aku pun menghidangkan nasi...dia yang lapar...terus duduk dan makan...aku yang masih lagi terhegeh2...nak potongkan ulam...ambilkan air...masih tak duduk lagik...

'Anie...jom le makan...'

'Sekejap...abang makan le dulu...'

'Anie dah makan ke...'

'Takpe...abang makan le...abis ni  nanti anie makan....'

Bila aku duduk aje...aku tengok ikan dah abis...sebab dia pun dah hampir selesai makan...

'Aik...abang dah abiskan ikan...?'

'Aha...ingatkan anie dah makan...selalunya kalau anie tak duduk sama anie dah makan dah...'

'Larrr...belum tau...anie belom makan ingatkan nak kongsi ikan dengan abang...'

'Hmmmm....tak cakap pun...'  dan dengan rasa tidak bersalahnya dia mencuci tangan dan berlalu...

Hati aku punyalah geram...macam nak lari pergi Batu Belah Batu Bertangkup aje...

Begitulah lelaki...kadang benda yang kita rasa sesuatu yang boleh mengusik  perasaan bagi mereka biasa aje...

Jadi pandai2lah kita memujuk hati sendiri...jangan asyik nak merajuk dan menyalahkan suami...kerana kita kena belajar menerima dia seadanya selagi dia tidak melampaui batas...




...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

18 comments:

silversarina said...

betul apa yang akak katakan , perbezaan tu yang buat kita selalu berfikir kaedah mana untuk mencari titik persamaan walaupun adakalanya memang tetap berbeza , pokok pangkal nya masing2 kena belajar dan bersabar dalam rumahtangga InsyaAllah bahagia .

Erna said...

memang betul tu anie..pujokla ati sendiri..cuma akak ni..en abang yang kena pujok ati dia sendiri..he he.tapi bila dah lama kawin..dia bolih tau sebenonya apa yang kita nak atau tak nak..macam akak ni ha..dah masuk 28 tahun..sampai apa yang akak nak kata pun dia dah bolih agak dah...

aisha wUtevA!! said...

betol2 laki x penah nak paham perasaan pompuan kan??
kite belom kawen tp ade BF.
dulu mule2 geram gak, tp lama2 makin paham. memang laki cam 2.
heee~

btw, wish u happy dlm ur life wif beloved husband. okeyh??

iina said...

Betul tuh kak.. kena jaga hati sendiri.. saya mula terus terang dengan pakwe saya lepas 5 thn kwin.. skrg dh 10thn..

Apa2 hal selalunya saya ckp terus terang.. kalau gadoh pun saya htr sms beritahu apa saya rasa.. marah sedih sakit hati.. benci pun cakap sekali.. dah belajar lama dah simpan2 dalam hati nie buang karen jek sebab bkn dia tau pun.. setidak2nya bila berterus terang tuh hati saya lega.. dan dia tahu apa saya rasa.. sebab dia pun dengan saya camtuh gak.. dia xsuka ke apa ke memang dia ckp terus terang.. so kat situ saya belajar sikap org laki nie mmg kena ckp terus terang jek.. fair n square kan

AyunasiA said...

baru nak merajuk sebab dia tak ajak mkn pon, kiter dah siap idang mentara tunggu dia ngaji tadi. saje ngada2 tunggu diajak, padahal boleh je kite yg ajak. insaf sekejap. okeh, nak ajak la ni. jom makan!

Kak Elle said...

kena banyak bertolak ansur kan dlm kehidupan hari2?

zareda said...

sebak rasanya baca entry kak anie kali ni sebab antara zar dan suami, memang zar yg banyak ragam.. kengkadang nampak dia menyimpan penat nak melayan kerenah zar. Apapun memang rasa faham memahami itu sangat penting

Anonymous said...

Hmm, susah jugak kan nak faham org pompuan ni, kalau cakap terus terang apa salahnya...kan?Ntahla

miss lolly a.k.a luvfareda said...

hihi.


ragam rumahtangga~

Uncle Lee said...

Hi Anie, I guess life is like that, even slidding down a rainbow we can get blisters so to speak.
But our life today is not a dress rehearsal, and can be like a candle in the wind.
So live your life with no excuses, love with no regrets....and you stay young, keep a song in your heart, Lee.

Ida said...

Kak Anie, saya sejak mula kawin dah memang amalkan cakap terus terang ngan husband... sebab dia memang jenis straight to the point and memang tak reti nak selam-selam hati perempuan ni.

Macam kalau dia tanya nak singgah R&R, saya akan cakap jom singgah, lapar. Kalau saya suruh dia makan dulu, saya akan cakap, saya belum makan lagi, tapi dia boleh start dulu.

Unless kalau dia banyak sangat nak debate pasal satu-satu hal, I'd let him decide what is best.

P/S: Tapi kalau sekali sekala saya merajuk tu, dia akan cepat mengalah.. ;)

KAKTINY said...

setuju 100% ngan akak..

sebenarnya.. (bagi tiny la kak..) dpt berumahtangga dan mempertahankan rumahtangga dari setahun ke setahun tu adalah anugerah yang sangat unggul... dan memperolehi zuriat dan dpt lihat zuriat membesar depan mata adalah bonus yg sgt bermakna...

bukan senang berumahtangga ni kan kak.. banyak pancarobanya... tak bini buat perangai, si laki yang byk ragam..

nk puaskan kehendak, mmg payah.. nak bersyukur atas keperluan yang dh dapat.. pon payah gak.. sbb hati ni tak pernah puas..

mmg nak kena banyak belajar lagi nak plak dg org yg dh lama kawen..

thanks kak for the sharing.. I LOIKE!!!... hihihi...

Ummi365 said...

uwaaa kak anie.. memang susah nak nak diceritakan perihal alam rumahtangga. hanya orang yang melalui nya faham dan tahu macam mana nak menyelesaikannya sebab setiap individu itu berbeza. Kadang2 formula untuk orang ini tak boleh diguna pakai untuk orang lain. Oleh itu kena banyak bersabar dan bertolak ansur. minggu depan 25 jan genap ummi berkahwin 18 tahun... eeee lamanya ek.. kalau dipandang kebelakang, memang banyak pahit manis hidup berkahwin ni, alhamdulillah kami dapat menyelesaikan masalah dan menikmati saat2 manis selama 18 tahun.

esampah said...

saya penah nk terus terang.. mcm ni..

"bang, cakap ayang cantik..."

"cantik tu hanya milik Allah...

uhuhu... geram je.. tau la... tp apa salahnya puji isteri sekali sekala...

aNIe said...

Rina...rumahtangga dibina oleh 2 insan yang berbeda sifat dan sikap...jadi tolak ansur adalah jawapan untuk hidup bersama lebih lama

-----------------------

Kak...memang salah sorang kenalah mengalah...kalau dua nak sama2 dlm segala hal...porak peranda jadinya...

----------------------

aisha...kadang lelaki ni makan masa bertahun2 untuk paham...tapi ntah ler...mungkin buat2 tak paham kot...heheheh

Thanks aisha for the wishes

---------------------

iina..akak dulu suka memendam...sekarang cakap aje...sebab asyik memendam mengharapkan dia faham...tapi tak faham2...hehehe

---------------------

ayunasia...samalah akak ni...kadang nak mengada2...nasib baik dia tak tinggalkan pi makan sensorang sampai abis lauk...hahaha

--------------------

Yeap Kak...betul tu...kena banyak tolak ansur...

--------------------

Zar...kita orang perempuan ni ada masa nak perhatian lebih dari diorang...tu yang kadang kenalah buat mengada2 sikit..kalau tak diorang tak perasan.

Hehehe

---------------------

anon...tulah pasal...orang pompuan ni suka main teka teki...kalau laki tak dpt jawab...muncung dah panjang...hheheh

---------------------

Lolly...itulah asam garam rumahtangga

---------------------

CuTeMiUt78 said...

betul tu kak.. memang kan asam garam kehidupan rumah tangga ni.. camtu la.. tapi mostly isteri la lebih byk mengalah kan

dEeWaN said...

Kata2 akak tu mmg betul. Dlm khdupan r/tangga mesti ada tolak ansur, saling mempercayai, bterus-terang dsbnya tapi jk dlm umahtangga ada org ke 3 mcm mana plk. Jk dh byk x kita beri peluang msh buat lagi apakah kpts yg harus kita ambil.....Adakah kita hrs bsabar gak......? Mana ada orang yg kawin tak mau hdp bahgiakan tp sygnya bila ada org ke 3 kita ni dipnd buruk jer. Betul tak.......?

aNIe said...

Uncle Lee...setuju sgt apa yang Uncle katakan tu...life is like that...so just add more patience...and learn the skill to solve problems...

---------------------------

Ida...betul tu...kena cakap terus terang...sebab orang laki tak pandai nak tafsirkan aper2 disebalik kata2 kita yang tersimpul berbagai erti

---------------------------

Betul Tiny...dlm hidup berumahtangga...kesabaran dan kekuatan serta ketabahan hati banyak memainkan peranan...

Seperti kata Tiny...dpt mempertahankan kebahgiaan rumahtangga dari setahun ke setahun bersama anak2 yang dikurniakan adalah suatu bonus...

Pengalaman yang kita lalui adalah guru kita yang utama...

-------------------------

Ummi..18 tahun...lama tu...pasti banyak dugaan yang telah berjaya ummi dan suami lalui...dengan segala halangan dan dugaan itu selalunya menjadikan kasih sayang kita bertambah erat...

Semoga rumahtangga yang dibina itu akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat...

----------------------

esampah...dulu suami akak pun camtu...tak pernah nak puji...tapi bila dah berusia dah pandai mengambil hati dengan kata2 pujian yang ikhlas...alhamdulillah...

---------------------

Cutemiut...memang perempuan kena banyak mengalah...sebab ada ustaz tu cakap...ego orang laki ni besar dia macam kubah masjid...

--------------------

deEwan...orang laki kalau dah ada orang ketiga...dah susah nak diubati lagik...pada dia kita ni dah buruk...dia bukan mencari kebaikan dan kecantikan kita...tapi dia akan mencari kesilapan dan keburukan kita aje...

Minta2 semua itu tidak berlaku pada kita...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails