Minggu sebelum ni ...masa aku balik Melaka...dalam perjalanan pulang ke Shah Alam aku singgah rumah bapak. Sekarang ni tiap kali balik Melaka aku akan singgah tengok bapak.
Kali terakhir ke rumah bapak...aku nampak ada motor baru depan rumah...
Bapak nampak gembira sgt dengan motor baru ni...kerana dah beberapa minggu bapak tak dpt ke mana mana kerana tidak ade kenderaan untuk membawa dia ke kelas mengajinya.
Motor baru yang comel ini memang sesuai untuk bapak aku yang kecik tu...
Dulu bapak guna motor Vespa lama ni...
Tapi sejak bapak terjatuh dengan motor ni...sejak itulah bapak dah tak berani nak tunggang motor ni. Sementara menanti keputusan anak2 untuk membelikan motor baru...bapak ke sana ke mari hanya berjalan kaki saja.
Kemudian...bila anak2 semua dah setuju untuk membelikan bapak motor baru...bapak pun juallah motor tua ni...
Dengan duit itu...anak2 menambah2...untuk membelikan bapak sebuah motor baru. Kak Long...sebagai yang sulung telah membuat keputusan untuk membelikan motor itu secara tunai.
Dan ...Alhamdulillah...adik Ab ...terlah menguruskan segala urusan pembelian.
Terima kasih pada Kak Long, adik Al, Sya & adik Ab yang banyak menyumbang...tak lupa buat Abg Long, adik An dan juga Ude...yang telah membuat hajat bapak tercapai.
Bak kata bapak semasa aku berbual dengannya kelmarin...
'Insyaallah...kau orang adik beradik akan sama-sama dapat pahalanya...sebab motor ni bapak bawak pergi mengaji dan mendalami ilmu agama...'
Gembira melihat bapak yang begitu bangga dpt memiliki motor baru itu...
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
11 comments:
MBV! Baru woo..
adik saya pun amek motor hari ini. Lagenda.. MBV gak!
he he he
seronoklah atuk bawak motor baru g surau ngan g mengaji!! :)
kak anie
alhamdullillah, berjasa kepada org tua, hikmahnya berganda ganda
Aku lom tenguk lagik motor tu..
Hello Anie, thats a beautiful bike.
I love motorcycles.
And that Vespa pic sure reminds of the old days.
Looks like your kid wants to go for a ride.
Have fun, stay young and keep a song in your heart, best regards, Lee.
Kak Anie...
Pengorbanan seorang ayah dalam membesarkan dan mendidik anak-anak lebih besar nilainya dari nilai sebuah motorkan? Sesungguhnya pengorbanan itu tidak akan dapat kita balas...tapi selagi dia hidup wajar kita menggembirakan hatinya setakat yang kita termampu.
kalu kita berjasa dgn ibu bapa insyallah murah rezeki...hehe
syg nya motor lama tu dijual...kan ada nilai noltagianya.
berbahgialah org2 yg dpt memgembirakan ibubapanya.
wooowww.. bestnya bapaknya dapat moto baru..
akak buleh ler tumpang ronda2 merenda ukur jalan petang2 sambil hirup angin sepoi2 bahasa ye kak.. bercanda berdua.. hahaha..
hihihi... (tak tak.. tumpang gi pasar ngan pi surau jer.. hihihihi - tolong cover balik.. kehkehkeh)
Sama2 memberi, sama2 merasa pahalanya... Amin..
Kak Anie pandai bawak motor tak?
Wah kak.. motor baru tuh leh bawak bergaya.. hehehe ;)
tEDl...bapak akak happy dpt motor tu...kecik senang aje dia nak kendalikan...
----------------------
Zar...bapak cuma ada kami aje...adik beradik lain pun takde...jadi anak2 lah yang bertanggungjawab memenuhi impian dia..
------------------------
Sya...bila kau nak balik kampung?
------------------------
Uncle Lee...thanks for dropping by...lama dah tak dengar berita dari u...
Vespa tu memang dah lama...berat tu sebab bapak tak boleh bawak lagik...maklumlah badan dah berusia...
Best regards from me too...
--------------------------
Tirana...betul tu...dapat menggembirakan hatinya adalah sesuatu yang tiada ternilai...selagi nyawa dikandung badan tak terbalas nilai budi mereka kepada kita
--------------------------
Posh76...Insyaallah...segalanya tak diminta balasan...cuma sebagai tanggungjawab kepada bapak
---------------------------
Zue...memang sayang...tapi nak diletak kat rumah pun jadi motor buruk nanti...takde adik2 yang nak...
--------------------------
Tiny...memang best...belum try lagik...kalau takat nak ronda2 kampung okay lah..
Boleh tumpang aper salahnya...meh bonceng kat belakang...
--------------------------
Mamamia..bawak motor boleh...lesen illek...hehehe
-------------------------
iina...memang motor tu sesuai untuk orang pompuan...mcm skuter
Post a Comment