Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, January 18, 2010

Bermadu...






Aku memang suka berbual dgn si bongu aku ni...

Sebab tiap kali berbual dengan dia...aku jadi terhibur...kadang2 apa yang ada dalam fikiran dia ..aku dpt tau bila kami berbual...sebab dia akan meluahkan apa saja melalui tutur katanya...takde tapis2 lagik...

Kelmarin...semasa aku dalam perjalanan bertemu dengan seorang kenalan blogger...

'Ibu kita nak pi jumpa saper ni...'

'Nak pi jumpa kawan ibu...yang anak dia A tu...'

'Yang mana ni...?'

'Yang kita jumpa kat Bukit Jalil dulu...'

'Ohhh...anak dia A tu ?'

'Aha....Ingat?'

'Ibu...A tu takde bapak eh?'

'Takde...bapak & mak dia dah bercerai...'

'Ohh....'

'Aeez tau apa maknanya bercerai...'

'Tau...'

'Bercerai...maknanya...mak dengan ayah dia dah tak berkawin lagik..tak duduk sama lagik'

'Tau....Knaper diorang bercerai...'

'Yelah...ayah dia ada makwe lain...mak dia takmo bermadu...jadi diorang bercerai lah...'

'Bermadu...bermadu tu aper ibu...?'

'Bermadu tu...maknanya...suami yang ada 2 atau lebih isteri...paham?'

Aeez diam...

'Contohnya macam....hmmmm...camaner eh...hah!!  Katakanlah...ayah ada makwe baru...kemudian...ayah kawin lagik satu...maknanya ibu ni bermadu...ibu no. 1...yang baru tu no. 2'

Tiba-tiba si kecik menjerit...

'Dah ler...dah ler...tak payah ler cakap macam tu..'

'Yelah...ibu nak suruh Aeez paham...'

'Aeez dah paham lah...cakap aje ler kawin lagik satu...aeez tau le...'

'Nanti aeez tak paham makna bermadu...'

'Aeez dah paham...tak payah ler nak bagi contoh ayah dengan ibu...'

'Kenapa...'

'Mulut ibu tu nanti suwey tau...'

Aku sengaja nak buat dia marah lagi...

'Aikk...tak baik tau cakap mulut ibu suwey...Aeez tak suka ke kalau ayah ada girlpren...'

'Eiiiiii...ibu ni...orang kata berenti...berenti le....'  dia dah mula menjerit2 sambil menutup telinga dia...

'Okay2..dah dah...!!'







...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

20 comments:

Mak Su said...

mestilah, anak mesti sayang dan kasih, dan kasihankan maknya seikhlas hati sepenuh jiwa :), tak mahu melihat mak berendam air mata atau direndamkan... their love is so innocent and full.

pB said...

kah kah kah

Tirana said...

hehehe...anak-anak selalunya tak suka ayah atau mak diorang ada orang lain..Diorang pun tau cemburu..

Iera said...

bijak kan anak2 sekarang...
diorang dh fhm apa erti semua tu..

sI tEDI said...

aezz dah pahamlah ibu ni!!

provok lebih tau!!

~ yus ~ said...

hihi....akak ni pun kuat dengki dia lah..hehe

emma said...

tamo madu yang tu. tasuke gak! huhu (-.-')

Diarihatiku1976 said...

anak sekarang mulutnya memang pot pet lebih dari kita.. bijak tu...

Anonymous said...

eeeee ada ker buat contoh kat diri sendiri kak lady nih....buat la contoh siti nurhaliza ker...sesapa kerrr eeee seramnye...

CuTeMiUt78 said...

sekurang2nya dia faham kan kak.. apa maksud bermadu tu

aNIe said...

Maksu...betul tu...biar pun dia cemburukan ayah dia dgn akak...tak berapa rapat ngan ayah dia...tapi dia tetap takmo ayah dia dgn orang lain

------------------------

PB...jahat akak eh?...menyakat bebudak

------------------------

Tirana...dia cemburukan akak dengan hubby tu...tak boleh duduk dekat2...cik abang tak boleh bergurau2 dengan akak sgt...tapi dia sayang kat ayah dia rupanya...

-----------------------

iera...akak kena terangkan sebab dulu masa peperiksaan dia tak paham apa maksud 'tambang' bas....tu yang menerangkan padanya beriya2...hehehe

-------------------------

tEDl...akak memang suka provoke kemarahan dia...sampai kadang guling2 nangis...

------------------------

Yus...hahaha...seronok buat dia marah

-----------------------

emma...memang semua pompuan taksuke...hehehe...orang laki suka aje...

------------------------

Diarihati...betul tu...kadang geram kita dibuatnya...bukan kita aje kenakan dia sesekali terkena jugak

------------------------

Anon...hehehe...akak ni kan suka menyakat...nanti bagi contoh orang lain tak syok...tapi selisih malaikat 44...:P

-----------------------

cutemiut...yer...at least dia pahammm

-----------------------

Kak Elle said...

hahaha tau takpe Aeez

POSH76 said...

budak la ni mmg pandai...paham cakap org tua...hehe

..nOj.. said...

pandainye anak akak ni... bijak bijak... besar nanti mesti lg pandai ni

Erna said...

anie..betul kata aeez tu..jangan sebut2 takut jadi satu doa pulak..mulut masin kata orang...
sibongsu akak pun camtu..bila aka ada fb..dia pun buatkan ayah dia punya..biar orang tak kacau mak..katanya..aiiitt.ayah pun tak kesah..dia pulak cemburu,itulah anak2 anie kan..menghiburkan..

iina said...

Makan madu lebah lagik best hehehe.. banyak khasiatnya.. hehehe kak lawak jek dgr telatah di aeez tuh

dEeWaN said...

Iyalah bdk2 sekarang ni mmg pandai. Meka jk boleh xmau blaku perpisahan antara ibubapa meka

zue said...

mkn madu x apa jgn lah brmadu...aeez pun x mahu dgr apa lagi kita ni..eee simpang malaikat 44.

kak ilya said...

kak anie:
ha ha ha mcm ku tau jer Farezz tu cakap pasal siapa??? ha ha
anyway .. nice meeting u.. nice sambal tuh!! superb!!..
kirim salam kt Aeez .. ckp kt Adam smart and confident !! alhamduliah .. he can adapt all situasion ..

Kak anie said...

Kak elle...dia cepat tangkap apa maksud kita...

-----------------------

Posh...maybe sebab dia banyak habiskan masa dengan akak

---------------------

nOj...semoga kata2 noj itu menjadi kenyataan

--------------------

Kak...sekarang anak2 jadi penghibur...kalau diorang takde sunyi rasanya

------------------

iina...dia memang camtu...tak boleh cakap sesuatu yang menyentuh orang2 tersayang dia

------------------

deewan...mereka menyayangi keluarga ...tak mahu kehilangan ibu bapa

-----------------

Zue...betul...mintak simpang malaikat 44...

-----------------

Ilya...hehehe...thanks for the compliment...Adam juga anak yang cerdik...akak pasti...dia akan menjadi kebanggan ilya...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails