Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, December 14, 2009

Ke PD pulak minggu ni...

Hujung minggu ini...kami ke PD pulak...bukan bermalam...bukan berkelah...saja untuk bawa anak2 berjalan sambil2 Ude nak menge'test' toy baru dia...camera SLRnya...
Yang jadi model...hehehe...saper lagi...anak2 Sya yang kami hangkut bersama selepas menghantar Sya ke KLIA untuk bermesyuarat di KK...Fareez & Ida kawan karibnya.
Sampai saja kat PD...aku lihat banyaknya kenderaan...nak cari tempat parking pun susah...
Disebabkan yang pergi tu semua muda-muda belia...termasuklah aku...hahahaha!! Perasan ! Maka aku suruh Ude parking jauh sedikit...dan kami berjalan kaki ke tepi pantai.
Masuk aje kat kawasan menjual cenderahati tu...aku lihat banyaknya 'buah manggis'..Oh!! Agaknya diorang buat rombongan...atau buat Hari Keluarga...patutlah ramainya mereka...
Jom layan gambar...


Macam2 cenderahati yang ada...


Sampai tepi pantai Fareez & Arif dah berlari ke gigi air...dan habislah basah kaki seluar mereka.



Sambil menanti anak2 di laut...aku dan yang lain2 pekena air kelapa & air batu campur...legaaaa!! Sedap dpt air kelapa semasa cuaca panas...















Sebelum pulang...anak2 sempat lagi menghabiskan masa bermain & bergambar....
Kami sampai rumah jam 7 malam...penat tapi seronok...!!
...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

17 comments:

myQza said...

selalu juga ke PD kak.. tapi air lautnya x berapa cantik.. kotor..

tulipurple said...

wahhh Ude dpt bonus ke tangkap SLR tu..hihi.percutian ala2 tak dirancang nie kdg2 mmg mengujakan kak.

Kak Elle said...

memang seronok bila dah pergi beramai2 tu kan Anie?

yg selalu enjoy mesti lah anak2 .... wah Aeez bukan main lagi lepas gian ye?

Cat Cat said...

Kak Lady,
Itu ABC nampak banyak sedap oooo....
Ngam ngam ngam...

Norabella said...

wah...seronoknya...meriah sungguh tepian pantai PD tu. Nora tak pernah lagi ke PD. Lain kali nak ajak Sya pi sana...:)

~ez~ said...

wahhh...beshnyaaa..hehe

ude beli slr ape kak anie? hehe..leh la geng dgn saya..hehe

nasazfrog... said...

kak lama betul saya tak ke pd,, walhal stengah jam je dari umah,, disebabkan sy tercampak kek jb ni ha tak do la laei den g pd lagi,,, klu lalu mambau kek situ la umah den kak,,, hihihihi.. :)

Queen Of The House said...

Lama jugak I dok fikirkan apa maksud Kak Anie dengan 'buah manggis' tu ...... hahahaha!!!!

Budak2 kalau dapat gi pantai, memang habis hati, seronok!!

Mak Su said...

walaupun kuda padi, tapi maksu tetap takut.... huhuhu

Kak Anie said...

tEDl...akak kalau ke PD atau tmpt yang berdekatan laut memang jrg nak mandi...takut.lagikpun airnya berlengas dan berpasir...

---------------------------

Tulip...dah lama dia mengidam nak beli...ada pulak member yang nak jual kamera tu aper lagik dia rembatlah..masih in good condition.

--------------------------

Kak...bawak anak2 kalau yang dah besar2 macam tu...okaylah lagik...kalau yang kecil dari aeez & ramai camtu di tempat orang yg sesak memang memeningkan...

------------------------

Cath...ABC...yg kat shah alam tu lagik power

-----------------------

Nora...kalau ke pD..sewa hotel yang ada private beach suasana tenang sikit...boleh le mandi kat laut dia...kalau kat tempat awam camtu...air dah kotor...

----------------------

Leeya...Dia beli SLR camera Nikon...Leeya pun ade ke? Mesti dah pro amik2 gambar...

---------------------

Nazas memang berasal dari PD ke? Mesti dah jemu bermandi manda kat tepi pantai tu ye...akak ni mmg jarang ke sana...sebab bila cuti ramai orang...akak rimas...hehehe

--------------------

Queen...heheh.tu istilah mak sedara akak...kalau nampak diorang tu ramai dia mesti cakap...uiih!! Banyaknya manggis...

Seronok gilerr diorang tu...tapi akak tak tahan...berpasir kereta.

----------------------

Maksu...memang harus takut...sebab masa diorang tgh makan ada orang lalu di belakang...ditendangnya aje...

iina said...

wah kak test kamera slr baru ya.. lepas nie boleh ambik gmbr cun2 ekk ;)

~ez~ said...

wahh..nikon ek?sure leh geng la kita ni..dulu masa jumpa ude dgn sha kat karnival suarasa tg emas muar tu ada ambik gambar dgn dia..masa tu saya pakai slr..hehe..baru test power..takde la terer mana pon kak anie..

Zareda Norman said...

syok jugak layan PD kan.. sesekali plan tergempar macam tu memang di luar jangkaan.. yg penting bersama yg tersayang

Kak anie said...

iina....memang seronok ada camera tu...rasa macam akak je nak lanyakkan masa dia pi kerja...hahahah

-----------------------

Leeya...oooh!!...yg ade amik gambar ngan dia tu eh? Dah lamalah leeya guna slr tu...kira dah mahir lah sekarang...

-----------------------

Zar...betul tu...yang penting bersama yang tersayang...enjoyy!!

zue said...

cuti sek ni mana2 pantai ramai org.
bolehlah fareez citerkn kepd kwn2 sek nanti.

CuTeMiUt78 said...

wah.. seronoknya kak

Kaktiny said...

best nyer bercuti kak....
(ni diam jer nih.. bercuti lagik ker??.. hihihi)

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails