Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, December 17, 2009

He is Still My Lil' Boy...

Kelmarin ...dpt sms dari M*nir....anak sulong ku..

'Ibu...belanja tunang selalunya brapa?'

Aku jawab...

'Slalunya...RM3000'

'Uiks..! Banyaknya..'

'Apsal? Dah nak tunang ke? Duit dah ada?'

'Alah...M*nir nak tanya je...'

'Ingatkan dah cukup duit...'

'Kalau cincin selalu brape?'

'Cincin RM2000...tu paling murah...' sebenarnya aku pun tak tau...sebab dah lama tak beli barang kemas...aku main hentam aje...

'Uiiiiii!!...Mahal tu...masuk barang hantaran..dah berapa ribu tu...?'

'Tau takpe...nak tunang...simpan duit...takde duit...jgn nak berangan...' kejamnya aku kan?


Tak lama kemudian...cik abang aku telefon aku...sebab M*nir ada sms padanya jugak...

'Kalau dia dah nak tunang...takpelah...okaylah tu...'

'Larrr....baru kerja duit pun tak cukup simpan lagik...'

'Tu nanti boleh le bincang...'




...gambar2 terbaru dia...

Masa MIL datang ari tu...dibawanyalah gadis tersebut iaitu teman sekerja dia...konon nak ditunjukkan pada neneknya...

Bila melihat aje gadis tu...nenek dia kata okay je...begitu juga dengan mak sedaranya...

Semasa SIL duduk berbual dengan aku...

'Okaylah kak anie...setujulah...boleh lah tunang...'

'Isyyykkk...tunang haper...baru kerja...biarlah dia kerja dulu...'

'Eyyy ...kak anie...bila lagik kau nak tunggu ni ..bila lagik nak terima menantu ni...?'

'Biarlah dulu...dia baru 27...'

'27 kau kata BARU ??...orang lain 27 dah ada anak dah...'

'Alah...dia lom matang lagiklah...biarlah...kalau dia dah 30 pun kak anie tak kisah...'

'Hah!!...Larrr.....kau nak simpan dia sampai 30...baik kau suruh dia kawin masa dah 35 je...lagi baik...'

'Dia lelaki...35 pun takpe...' aku buat muka selamba...

'Teruklah kau ni kak anie...kalau dia dah kawin nanti dia matang lah...'

'Tapi bagi aku dia lom matang lagi...nanti sia2 aje anak orang...'

'Eiii...kau ni kak anie...tak paham aku...'


...gambar masa sekolah dah ketika dia baru berusia 4 thn...


Berhari-hari juga aku cuba menegakkan pendirian aku...aku masih rasa M*nir belum cukup matang untuk bertunang...tapi di sebalik itu...aku masih dengan kedegilan aku utk menerima kenyataan bahawa dia akan mencecah usia 27 tahun depan.


Bagi aku...dia masih lagi anak kecil ku yang nakal dan memerlukan ibunya dlm aper jua keadaan...


...aku merindui saat2 ini...yg pasti ianya hanya tinggal kenangan manis...

Aku masih ingin melihat dia sebagai anak kecil ku...aku masih ingin melihat dia bergurau dan bermain dengan adik2nya bagai anak2 lain yang sedang membesar...

Pada ku..

He is still my lil' boy...


...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

31 comments:

myQza said...

sudah besar anak akak..

jiran2 saya kak, anak baru kerja x sampai setahun dah merengek2 nak kawen. kesian kat mak ayah.

mas abelajar mak ayah bergolok gadai. bila anak dah habis belajar, belum puas mas ayah rasa duit anak sedikit, anak sudah kahwin.

sekrang ni mak ayah duk cakap jek. sejak kawen dah jarang balik. asik balik umah mak mertua jek. duit pun dah jarang hulur.

bagi saya kak, anak lelaki atau perempuan, bahagia dan balaslah dahulu jasa mak dan ayah walau mereka tak pinta.
tgk jiran terdekat ni sudah berumur masih lagi menoreh getah sebab anak2 lelaki muda2 umur 23-24 dah kawen dan beranak pinak.

zareda said...

kak anie.. 27 tahun tu dah cukup haul untuk dikawinkan.. ehheheh

sesekali fikir kalau kita menahan, dia dok berkawan dengan anak dara orang.. kehulu kehilir.. kesian pulak kat mak pak budak perempuan tu...

Tirana said...

Hahaha...kak Anie dulu rasa macam mana nak lepas anak..Nanti turn saya pulak...macam mana la ye..rasa2 macam tak mau lepaskan aje...

~ez~ said...

erm..saya setuju dengan komen kak zareda ni.. dan juga komen si tedi

kalau ditahan, kesian pulak kat budak perempuan tu dan keluarga nya..sbb dulu family ex saya tanak lepaskan anak lelaki dia untuk berkahwin..dengan bagi macam-macam alasan..at last, kami putus sbb dah lama sangat 'in relationship' tapi takde penghujungnya..huhuhu..tp nak buat camne..bukan jodoh saya sebenarnya..

Kalau dia takde calon atau gf..mungkin takpa kalau kahwin lambat..kalau dah ada tu..elokla dicepatkan..hehe..saya tahu mmg susah ibu2 nak lepaskan anaknya kahwin..terutama anak sulung..lelaki pulak tu kan..cam mak saya la jugak.duk fikir bukan-bukan..Tapi percayala kak anie..kalau dia dah biasa bergantung dgn akak..nnt pas kahwin pun tetap camtu jugak..nnt sikit2 call akak tanya itu ini..camna nak pujuk bini merajuk la..haha...contoh je tu..

ape-ape pun, bgla moral support kat dia ye.. hehehe..cuma tgkla jugak kat calon isterinya tu camna..jenis kuat control ke tak..nnt duk ikut cakap bini je pon susah..

cuma saya rasa anak akak bukan jenis camtu kan..mesti dia takkan lupakan akak walaupun dah kahwin..semua tu bergantungla pada cara ibu bapa didik anak2 kan..Akak dah didik dia dengan sebaiknya. InsyaAllah semuanya akan baik2 ja..kadang2 parents ni dia bukan nak kita balas dengan duit atau harta benda...mereka nak perhatian dan kasih sayang dari anak2..itu je..saya doakan yang terbaik utk akak dan keluarga ye.. =)

iina said...

Kak.. 27 tuh dah kira oklah.. tapi saya setuju juga nak pinang anak dara org kenalah cukup kemampuan hehehe..

Maybe sebab dia anak sulung akak.. dan lelaki sebab tuh akak rasa tak ready utk dia tunang lagik.. yelah kak kan anak sulung.. teringat mak saya dulu pun camtuh gak.. masa umur saya 25thn nak kawin.. dia pun tak bagi saya kwin lagik sebab masa tuh saya tgh sibuk2 nak study lagik buat master.. mak suruh study dulu pastu kwin.. hehehe.. tapi saya ckp ngan mak.. umur dah 25thn mak.. nak tggu apa lagik.. hehehe ;) oh ya masa tuh saya dah 3 thn kerja.. dan lepas tunang saya dapat rezeki lebih baik pindah kerja dan trus buat master kat uk sethn lepas tuh ;)

Rezeki kak.. kdg2 kita tak tahu ketentuan tuhan utk kita.. insyallah.. kalau niatnya betul.. jalannya dipermudahkan ;)

zura aini said...

harap bila dah kahwin, matamglah ye kak anie. saya perhatikan budak lelaki ni kalau nak kahwin tak sabar2, bila dah kahwin berangan nak hidup cam org bujang pula,lain dengan perempuan, once dah kahwin bertanggungjawab selalunya, sosial life dengan kawan pun sanggup ketepikan.

Kopi Suam said...

dah besar panjang kak..27 dah cukup matang....

heehh hati ibu memang suka nak menafikan anak2 yang semakin membesar...dan pasti akan meningalkan kita bila masanya tiba kelak.

Acik Erna said...

salam anie..bila baca n3 anie ni,,teringat kat kak cik..camtua la jugak..belum kawin lagi anak di tu..yang sulong la..anie kenalkan...macam anie ni la.kakcik.tu..anak kecik lagi..akak pun macam anie..rasa anak kecik je..tak besar2 lagi....akak tak salahkan anie rasa cam tu..bukan la namanya kejam..cuma keprihatinan ibu untuk masa depan anaknya..

Kak Elle said...

ELOK tu 27 bertunang ... mungkin janji 2 tahun cukup lah 29 tahun untuk berumah tangga...jgn tunggu lama2 nanti di kebas orang pulak Anie.... kena let go ye kesian....dia dah bersedia tu.

PINATBATE said...

kak Anie..
saya rasa saya faham perasaan kak anie tu..mcm saya ni baru melepaskan anak masuk asrama pun dah teringat-ingat..boleh ke dia handle kehidupan baru dia sendiri, macamana kalau ada masalah..boleh ker selesaikan tanpa bantuan mak yg jauh..hahah!naluri ibu katakan..padahal anak tu happy jer..dan belajar berdikari.

Insyaallah kak anie..yakinlah Munir tu akan jadi bertambah matang nanti,dah sampai masanya apa nak di tunggu lagi.. niat yg baik jgn ditangguh-tangguh..mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan..;)

kak anie said...

tEDl...akak memang nak suruh dia matang...kerana bila dah berumahtangga dia kena jadi ketua keluarga...lagipun kalau boleh biar dia tau susah nak kawin..nak kena cari duit sendiri...kalau terasa mudah ayah bantu...takut dia tak menghargainya...

-------------------------

Zar...hahaha...memang patut pun dah nak kawin...cuma mak dia ni masih ragu2 nak lepaskan dia menjaga anak dara orang.

Mmg pun kalau akak yang jadi ibubapa budak perempuan tu akak akan bimbang jika terlalu lama bersama...

-----------------------------

Tirana...akak ni masih belum yakin untuk melepaskan dia...terasa dia masih macam anak kecik lagi...

-----------------------------

Leeya..terima kasih pada pendapat leeya yang panjang...banyak yg dpt akak jadikan panduan.

Akak ni masih rasa macam dia anak kecik lagik...sebab sejak dia duduk asrama...kemudian ke pusat pengajian tinggi...terus bekerja dia dah tak duduk dengan akak...tu yang masih terasa belum puas bersamanya...

Sebenarnya mak pada gadis itu dah pun beri green lite kalau nak meminang...tu yang dia beriya2 nak bertunang tu...tapi nak kata akak ni sebenarnya phobia jugak pasal tunang2 ni...sebab pak sedara dia...iaitu adik ipar akak tu 3 kali bertunang putus baru jadi...eiii...minta dijauhkanlan dari terjadi pada anak akak...

-------------------------

iina...bagi akak kalau lelaki kawin selepas umur 30 pun okaylah jugak...at least dia boleh buat harta sendiri...nak beli rumah ke...senang sikit bila dah ada tanggungjawab

Tapi betul kata iina...rezeki...mungkin lepas berumahtangga rezekinya bertambah...harap2 begitulah..

------------------------

Zany...tulah pasal...akak takmo anak lelaki akak jadi camtu...akak nak bila dah berumahtangga dia akan bertanggunjawab...itu yang penting...sebab berumahtangga ni bukan untuk setahun dua

------------------------

Kopisuam...hehehe...akak masih terasa dia macam anak kecik akak...tu yang sukar nak melepaskan dia...sebab mungkin dia anak yang pertama...

-----------------------

Kak Erna...hehehe...teringat kat kak chik...memang dia sgt sgt pada anak2 dia...yang lelaki tu rasanya dah nak 30 kot...tapi masih blm kahwin ye...

Kak Chik tu seorang ibu yang begitu sayang pada anaknya..anie memang tau camaner dia melayan anak2nya...

-------------------------

Kak elle...hehehe...ntahlah kak...biarlah dia berbincang ngan ayah dia...

------------------------

Pinatbate...bila anak2 nak bertunang dan berkahwin...tanggungjawab untuknya bertambah...akak ni macam ragu2 untuk dia memikul tanggungjawab tu...

Itulah yang dikatakan oleh adik ipar tu...mungkin isteri dia nanti dpt sama2 mematangkannya...sebab akak tengok gadis tu pun macam ada matlamat hidup...ada cita2...

arsaili said...

salam ....uiksss dh ada anak besar tuh..kena panggil aunty anie nih ahahah.....lelaki takan matang selagi tak kawin..so let him...ehehehe...dh sampai masa dia tuh

zino said...

terima lah hakikat anak tu dah besar panjang hehe... along dulu kawin umur 25, angah pun 25 .. abah dia dulu pun sama hehe..

bersedia lah apa yg patut hehe

Cat Cat said...

Aaaw, so sweet... Amboi amboi Kak Lady, dah nak jadi mak mertua orang ya.. Congrats!

Kak Ezza@makcik Blogger said...

anie
kita sekapal laa...anak sulung saya pun macam tu gak...
tapi kena fikir kan buruk baik nya jugak...sebab saya pun ada anak perempuan gak...kalau kena kat kita macam mana...
lagi pun takut bende2 buruk terjadi ...
Pada saya , pengalaman itu akan mematang kan mereka...Biar lah mereka menjadi seperti kita masa kita mula mula kawin dulu...
Selamat tahun baru

Unknown said...

salam aNIe...aahhhlah..dah layak dah nak kawin tu..dah cukup umur tau..kesian dia..entah-entah dia ada simpan duit kot..mana kamu tau..anak lelaki ni kan suka berahsia..
nanti buat majlis jemput ek...

Norabella said...

Wah...kak anie dah nak bermenantu eh? Ok lah tu..

Unknown said...

comelll :)

Kak aNIe said...

Arsaili...alamak...nak tukar panggil auntie ke...terasa lah tua akak ni...hehehe

------------------------

Zino..ayah dia dulu 23 dah kawin...hehehe...ibu dia ni je mengada2 nak manjakan anak tu lagik...

-----------------------

Cat...tulah yang dok tertanya2 ni...baru sebut nak tunang aje akak dah risau...hahahah

----------------------

Ezzah...tulah...kalau dibiarkan nanti tak elok pulakkan...

Ezzah...kita dulu kawin pun muda kan...anie masa tu...baru 21...cik abang 23...lagik macam tak caya aje...

---------------------

Ina...hahaha...dia gelak aje bila anie tanya...kau nak bertunang ni kau dah matang ke...? Dia kata...aper le ibu ni...adoiyai...macam tak caya aje dia dah nak bertunang...

Insyaallah kalau ada jodoh...mesti jemput punya...

-----------------------------

Nora...serammmm!!

-----------------------------

cik Epal...mana satu yang comel...? Hehehe

en_me said...

ahaha.. pompuan 40 ramai lagikk tak kawenn tawwww takperr..

ainn said...

AKAK,mmg gitu la kot perasaan nk melepaskan anak sulung.. tp mmg logik gk apa yg akak pk kan tu.. tp zaman skg kalu nk tunggu sume lengkap ada mmg agak susah.. jwbnya tak kawin la..

mcm adik sy, dulu ms dia bwk tunjuk kat mak abah gf dia, xmo diorg ni terima.. mcm2 alasan bg..skg ni adik tu duit ada, keja elok, kete ada, umah ada, gf takde.. sibuk diorg suh kawin.. haa camana tu.. smp skg dia malas nk de gf dah..

insya-allah akak, umo 27 dah agak matang dah tu..

Kak anie said...

en_me..tulah pasal...

---------------------

ainn...lamanya akak tak dengar apa2 dari ainn...masuk blog pun dah tak berupdate...ainn apa khabar...semoga sihat...

Terima kasih ainn pada pandangan itu...banyak yang akak kena fikirkan demi anak2...Insyaallah jika itu yang dipinta...dan dia telah bersedia...akak redha...

luna said...

kerja kawin ni kerja mulia, Allah suka..insyaAllah dgn restu kaklady, Munir akan mjadi matang memimpin tgjwb nya..


sy melalui kisah yg duka utk mendirikan rtangga...MIL x nak lepaskan anak nya wpun akhirnya dilepaskan juga tp sarat dgn syarat dan kata2 yg menyakitkan..

Alhamdulillah perkahwinan ini tetap bertahan..

kalo dah ada calon, bg lah dia lepas..kalo x de tu lain citer..

~adeQ~ said...

Kak anie..munir sebaya saya...kalau anak perempuan dah 2-3 cucu akak....nenek muda....hehehehe....kawin lambat ke cepat ke, anak lelaki ke perempuan ke...kalau dia ingat pengorbanan mak ayah dia...dia takkan lupakan punya...insyaAllah...

Kak anie said...

Luna...akak dah jumpa dengan gadis tu...takde apa pun sebab2 untuk membantah...cuma terasa dia macam masih belom matang..hahaha...

Terasa takut sgt nanti dia mengabaikan tanggunjawab...kesian anak orang nanti...

-------------------------

adeq...

Hahaha...tulah dulu akak dah 2 orang anak...cik abang akak pun kawin masa umur baru 23 tahun...

Mungkin akak ni phobia kot...phobia dengan macam2 yang terjadi...pengalaman hidup membuat kita sering terlebih berhati2...

Neeza Shahril said...

okay la tu kak Anie... jangan lewat sangat.. che abang neeza kawin umur 30. Sekarang ni umur dah 40.. anak kecik baru 11 bulan tapi dia rasa diri dah tua.. (memang tua pun hehee..)

teringat neeza masa neeza kawin, mak neeza nangis.. mungkin dia rasa, dah jauh dah... tapi neeza still anak dia.. cam tu jugak munir... lagi2 dia anak lelaki.. tanggugjawabnya berat pada kak anie...
bagi dia tunang ya.. ;)

Memey Anuar said...

kak anie, bila baca munir dah 27 rasa mcm eh dah byk umur munir. tak sedar diri sendiri sebaya dgn munir hehe

mungkin perempuan umur 27 dah elok sgt kawen, tapi lelaki mcm masih muda jgk la kan.

tapi kalau pasangan munir tu sebaya, dah sesuai la kawen kan.

mcm saya, abg family lelaki tu biasanya kawen umur 30+ tapi sbb kami sebaya xleh la tunggu lama mcm tu kan :)

selamat dpt menantu! hehe nnt ada la org nk kene basuh pinggan hiks

CuTeMiUt78 said...

ya allah kak..kejap je masa berlalu kan.. anak akak dah pun 27 thn.. klu dia dah cukup bersedia...takpe la kak... biar dia menempuh alam perkahwinan tu... anggap je la.. dia dah sanggup tuk memikul segala tanggungjawab tu..

ayumkay said...

heheheh apalah kak anie ni.. risau benau anak teruna dia nak diambil orang.. ahakssss.

tu baru anak teruna tu... kalau si huda, tak tahulah camne kak anie 'ikat' dia.. kihkihkih.

Unknown said...

Wah! Kak Anie dah nak terima menantu. Kak..dah kahwin nanti, matanglah dia kak. Lagi pun dia baru beri sign nak tunang jer kan. Lepas setahun biasanya baru kahwin, oklah tu kak. Dari kawan lama2, kehulu-kehilir bawa anak dara orang, susah juga kan.

aNIe said...

Neeza...betul tu...lagik pun dulu Munir dah mula tak tinggal bersama kami sejak masuk asrama...kemudian...bila bercuti aje kat rumah...tu yang terasa masih lom puas bersama dia...

Harap2 dia akan menjadi anak yang bertanggungjawab...

-----------------------

Memey...gadis tu lebih muda 2 tahun dari dia kot..rasanya kalau 1-2 tahun tunang pun okaylah lagi kot...

-----------------------

Cutemiut...memang terasa kejap aje...dulu pernah bercerita dia bercinta lagik...hehehhe...macam terlalu cepat kan

----------------------

Ayumkay.

Ntahlah ayu...camaner nanti kalau Ude..dah ler dia sorang je anak perempuan...

Harap2 gitulah...biarlah lepas berumahtangga nanti dia akan lebih matang

-------------------------

Yus...tulah budak sekarang ni takut jugak kan...di bawaknya anak dara orang tu ke hulu ke hilir...takut juga...aniaya aje anak orang...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails