Artikel diambil dari sebuah majalah...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebelum Imam Shafie pulang ke rahmatullah beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya...
" Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh (10) perkara "
HAK KEPADA DIRI
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
HAK KEPADA MALAIKAT MAUT...
Mengqadahakkan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang telah kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH.
HAK KEPADA KUBUR...
Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
HAK KEPADA MUNKAR DAN NANKIR...
Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati
HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL)
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YG MERENTANGI NERAKA)
Membuang tabiat suka mengumpatm bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Menangis lantaran takutkan ALLAH SWT, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah samada secara terang-terangan atau sembunyi dan memperelokan akhlak.
HAK KEPADA RIDWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Berasa redha dengan Qadha' ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas
nikmat ALLAH dan bertaubat dari melakukan maksiat.
HAK KEPADA NABI S.A.W.
Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith),
menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan ALLAH.
HAK KEPADA ALLAH SUBHANAWATA'ALA
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah kepada yang mungkar, menyu,ai ketaatan dan membenci kemaksiatan...
4 comments:
Thanks kak atas ingatan nie
YaAllah.. terasa kurangnya diri ini lagi
kak anie
saling ingat mengingati kan kak anie.. thanks
salam anie.tima kasih ingatkan akak ni..akak cuba juga buat yang paling bawah tu..tapi kita balik yang salah..akak cuba juga..sebab umor dah macam akak ni...nak cuba mengajak kearah kbaikan la..budak2 yang muda2 ni..tapi setakat ini tak jalan lagi..abih2 pun dia lari dari kita....tak pe sabar....
Post a Comment