Orang selalu berkata....
'Di sebalik kejayaan seorang lelaki itu ada seorang wanita...dan di sebalik kejayaan suami ada seorang isteri...'
dan...
Itulah yang selalu dikatakan oleh suamiku kepada aku...dia sering memberitau siapa sahaja...bahawa aku adalah tulang belakangnya...akulah pendorongnya...dan akulah yang sering membakar semangatnya. Aku adalah orang yang selalu memberikan dia semangat untuk terus bangun bila dia tersungkur jatuh...dan akulah orang yang sentiasa memberikan dia kekuatan untuk terus menongkah arus perjalanan dlm menempuh apa jua dugaan....
namun...
ada ketikanya...aku juga bagai tersungkur...terasa begitu lemah untuk terus bangun...terasa diri bagai tak berdaya untuk berlari semula...
tapi...
Pada siapa harus ku mengadu..?
mungkin tidak pada dia...kerana aku bimbang ...kalau aku rebah...dia akan rebah bersama...kalau aku katakan aku sudah mengalah...maka dialah orang yang paling berdukacita...
Kini...
Aku hanya ada DIA untuk terus mengadu...untuk aku terus berdoa ...untuk aku terus mengharap...agar diberikan aku kekuatan untuk terus menjadi pendorong padanya...kerana aku bagai tulang belakang baginya...
15 comments:
sabar ye kak anie..insyaAllah, semua akan ok.mengadu byk2 pada Dia..
take care akak..
kak, kepada DIAlah satu-satunya kita boleh bergantung harap
kakanie juga ada kawan2.. :)
Kak Anie..lelaki kata kita sebagai tulang belakang mereka sedangkan kita dijadikan dari tulang rusuk mereka yang bengkok...hehehe
insya'allah DIA akan memberi segala pertunjuk pada kita Anie.
kak lady, this is so true...men kuat pada kudrat nya, women kuat pada emosinya.
sabar and redha. take care.
jgn paksa2 diri dan fikir2kan sesangat, orang pempuan memang sudah ada built-in kekuatan itu :)
take care, cool always
salam anie..kenapa ni..sedih pulak akak baca..teruskan kekuatan anie...kalau anie rase nak bercerita akak sedia untuk mendengar..sekurang2nya bila kita bercerita akan kurang bebanan perasaan..tapi tak pe..anie kuat..akak tahu anie kuat..sebab anie berdikari..teruskan semangat anie tu..ingat Allah sentiasa bersama orang yang sabar
I know exactly how it feels, Kak Lady.
Dia maha mengasihani dan Maha mendengar kak anie... mengadulah pada Dia..
hm.....
komen sy sama cam kak zar.. huhuh
payah nk dpt suami yg selalu memuji kita dpn org.akak di antara yg bertuah kerna Dia tahu akak layak menerimanya...moga segala rintihan akak didengari-Nya.
Leeya, Zany, tEDl, Tirana, Kak elle, Mamarock, Mak Su, Kak Erna, Ms Lavender, Zar Masy & Tulip...terima kasih banyak2 kerana berada bersama anie semasa anie memerlukan...terima kasih kerana memberikan anie kekuatan dan dorongan...Insyaallah segala doa dan kekuatan yang kawan2 berikan akan terus memberikan anie semangat untuk terus berjuang
lain macam pulak entry kak Anie kali ni.. dan neeza rasa kali ni Kak Anie tak macam Kak Anie yang selalu neeza kenal melalui penulisan Kak Anie..
Neeza harap akak dapat semula semua kekuatan akak yang dulu tu..
tabahkan hati dan teruskan berdoa kak..
Allah selalu bersama kita... jaga diri baik-baik ya kak..
eemmmm mungking ada betulnya kan kak.. isteri adalah penguat semangat somi.. tapi bila time isteri lemah.. tak semestinya somi akan hadapi perkara yg sama isteri hadapi
Post a Comment