Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, November 10, 2009

Sekejap Ngantuk...Sekejap Idak...


...gambar ini hanya hiasan...nasi lemak yang aku masak ada telur mata...


Hari ni...awal pagi dah bangun...semalam tidur jam 2 lebih...siap set alarm untuk bangun 5.30 pagi. Memang aku jarang terjaga seawal ini...sebab memang selalu set alarm jam 6.30 pagi.

Hari ni aku terpaksa menyiapkan nasi lemak yang dipesan oleh kawan2 Ude...tak banyak tapi kena siapkan juga. Lagi pun aku dan anak2 dah lama tak makan nasi lemak yang dimasak sendiri.

Nasi lemak yang aku buat simple aje...sebab Ude kata ...tak payah letak ayam atau pun lain2...cuma nak sambal ...ikan bilis & kacang goreng...telur mata ....dan timun sahaja.

Mudah aje...malam tadi dah goreng bilis & kacang. Cili untuk sambal pun aku dah garingkan cuma nak perahkan asam aje. Jadi kerja pagi semakin senang. Cuma aku nak cepat sebab nanti nak pergi hantar Farhan dan menyiapkan Fareez untuk ke sekolah agama.

Disebabkan tadi cuma tidur beberapa jam aje...aku dah cakap Fareez masa mengambil dia dari sekolah...

'Aeez...balik aje ni...kita makan nasi lemak...pastu ibu nak tidur sekejap...ibu mengantuk'

'Kenapa ? '

'Malam tadi ibu tidur pukul 2 lebih...pastu pagi tadi ibu bangun 5.30 pagi...'

'Huh! Ohhh....okay...'

Selepas pekena nasi lemak...(aku makan 2 pinggan...siap bertambah lagik) mata semakin kuyu. Tapi aku tak dapat nak melelapkan mata kerana teringat ada baju2 yang aku cuci secara 'manual' sebaldi dalam bilik air yang belum dibilas.

Fareez yang dah landing terus memanggil aku...

'Ibu...kata nak tidur...'

'Ibu tak boleh tidurlah...ibu nak bilas baju...pastu nak jemur...tengah panas ni...'

'Nanti buat le...ibu tidur ler dulu...' si kecil memujuk aku ...manalah hati aku tak sayang banget kat dia ni...hehehe

'Tak boleh...nanti bila petang baju tak kering....'

Selesai membilas dan menjemur baju...aku pun membalik2kan baju di ampaian. Semasa melakukannya..aku teringat semasa kecil. Inilah kerja yang mesti dibuat bila baju banyak dan matahari sedang memancar terik. Tiap kali selepas jam 12 tengahari...arwah mak mesti menyuruh kami membalik2kan baju...maklumlah masa dulu takde mesin basuh...kalau tak buat camtu...baju takkan kering keseluruhannya...dan bahagian yang terlindung akan merasa sejuk sebab tak kena panas.

Masuk ke dalam...aku lalu di meja makan...hmmm....si kecik ni makan nasi bertabur di bawah meja...terpaksa pula menyapu sisa2 makanan tersebut. Bila segalanya selesai...mata aku dah tak ngantuk lagi

Aku on laptop...dan bila mengadap laptop aje...mata terus jadi terang...hehehe

Sekarang...dah jam 1...tak lama lagik nak pergi ambil Farhan...lepas tu nak ke PJ untuk ke ibu pejabat Amway kerana ada pelanggan yang ingin membeli set bersalin...

Tadi mata aku tak ngantuk....sekarang dah macam nak kena gam lah pulak...alahai camaner ni....!!!


...set bersalin Tropical Herbs dari Amway...saper yang berhajat...sila ke blog perniagaan ku...



...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

20 comments:

RaFFLeSiA MeRaH said...

kak...lame sy x menjengah blog akak ni...sowiiiiyyy...x sempat meround blog, byk hal pulak skrg, cuma sempat sekadar mengapdate blog sendiri....sonok tgk kehidupan akak sehari hari....bila pk2 kan balik sonok pulak jadi surirumahtangga ni kan? x yah nak bekerja bwh org lain....ni sy mc 2 hari kat umah ni pun dah rasa seronok x terhingga....hehehehe....

Kaktiny said...

wah.. bekfes nasi lemak..

tengahari tadi tiny makan asam laksa, pulut panggang-1, pulut inti-1, kuih cara-1, onde-onde kacang-1 dan air milo ais!!... (gilers tamak bernafsu hari ni.. aduuuuhaaaiiiii!!!..)

dan sekarang MMG TGH NGANTUK KAK!!.. round lawat blog jap.. hihihi

zue said...

nengok pd gambo nasi lemak kak anie. mmg dah dpt agak mesti sedap...lebih2 lagi kak anie kan pakar dlm membuat sambal tumis.

klu dah mengadap computer...mata yg ngantok dan terang balik lebih2 lagi menternak/menanam kat FB.

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

nengok gambar nasi lemak memang best tapi lepas makan mesti mata pun jadi ngatuk giler. ader gak dulu kita ngatuk sampai tak leh bukak mata, pastu gi kat toilet tido jap 5 minit, lepas kan gian

MAMAMIA said...

Sekarang ni musim hujan, sejuk-sejuk memang sedap kalau dapat tidur sekejap...

Kak Ezza@makcik Blogger said...

ada lagi ke nasi lemak tu..nak satu anie.....satu lagi..hose air bioaura akak ni agak nya kena gigit tikus kot..ada tak jual replacement dia...

Kak aNIe said...

Rafflesia...akak ni kalau sibuk pun tak berkesempatan untuk melawat blog kengkawan...sekarang ni rajin ke blog kawan...sebab nak klik2 kat blog diorang...hehehe...kita tolong orang nanti orang tolong kita kan...?

Rafflesia tak sihat ke? Jaga diri...

---------------------------

Tiny...pulut inti...pulut panggang...kuih cara tu buat akak teringat2 kuih tu...feveret akak tu...kadang kala kalau teringin sgt pergi ke Giant terus beli kat kiosk food court tu...sedappp!!

--------------------------

Zue..hahaha...pandai aje ye...mata terang sebab menternak dan berkebun...

Farhan makan dengan rasa puashati tadi...katanya dah lama tak makan nasi lemak dengan sambal mcm ni...dia memang suka sambal bilis yang akak buat...

-----------------------

CB...hahahah...boleh jugak lelap kat toilet eh...nasib baik terjaga...kalau sampai balik tak ke haru...!!

Memang pun makan nasi lemak mata jadi layu...ngantuks...

----------------------

Mamamia...hujan2...makan sedap...tidur pun sedap tau...

---------------------

Ezzah...tadi memula ingat nak bekalkan untuk kawan satu tapau...tapi tak cukuplah pulak...anak2 ni makan bertambah2...

Pasal hos tu anie tak tau...kena tanya kat adik...

iina said...

Bebaik bawak keta kak.. akak tuh selalu ngantuk bila bawak keta.. tapi biasalah kak kan org pompuan nie.. kalu duk umah tuh ada jek nak buat.. kdg nk rehat pun xsenang sebab teringat keje2 yg xsiap gik tuh.. nak biar.. sakit mata lak nengok.. nak tak nak buat jugalah ;)

Kak Elle said...

kalau ngantok skg sorongkan laptop ye ... dah tu buka Facebook...hahaa

Ajzie said...

Wahhhhhhhhh ada nasik lemak la disini.. laparrr

Norabella said...

Kak Anie...sedapnya nasi lemak tu. Nora suka makan ngan sambal kerang..ehem..ala Aisya Sofea...he..he..

MOKCIK AZWA said...

Kak anie,

kalau mokcik pekena nasi lemak mesti terus zzzz...hahaha...dah la tak cukup tido..caya la, semangat berniaga punya pasal kan..

hanny said...

aisey..sedap pulak tengok nasi lemak tuh. Saya selalu kalau ngantuk, tidur depan komputer 5-10 minit, lepas tuh bangun sure segar bugar....

Irfa said...

saya pun kdg2 bila mc tingin nak lepak baring jer..tp kalau dah namanya pompuan.ada je kejenya..
baru nak baring dah nmpk kipas bersawang,bgn lap sawang dulu.baru baring teringat apa yg belum buat,
buat dulu.last2 dah petang...
huhu.

masa anak pertama pakai set bersalin mustika ratu.anak ke dua pakai set bersalin amway ni..no 3 baru survey..tgklah yg mana mampu.

jom klik utk hari ni :-)

Hanisumayyah said...

Kak Anie...


Bila saya tak kerja dan dok rumah setahun setengah ni memang rasa cam taknak kerja lagi jer...best gak jadi sururumah ni...dan bila tengok nasik lemak kat gambar tu dan-dan rasa esok gak nak buat nasik lemak!

Tapi yg tak best jadik surirumah ni bila badan mudah benar naik! tension!

silversarina said...

salam,

saya kalau tak cukup tido memang mula rasa nak jadi gastrik dan lepas tu mula lah nak melayang je rasa .

Malam tadi cukup tido tak akak ??

Tirana said...

Saya pun kadang2 macam kak Anie juga...dah letak kepala di bantal, nak tidur, tiba2 teringat ada kerja tak siap lagi..terus tak jado tidur..hehehe

zino said...

sodap nasi lomak tu hehe

kak anie said...

iina...betul...kadang kita dah baring...ternampak pulak habuk kat mana2 ke...terus tak boleh lelap mata ni...

------------------------

Kak...hahaha peribahasa baru tu...kalau ngantok sorongkan laptop...:D

-------------------------

Azjie...sekarang tiap2 selasa ada nasi lemak di sini...

------------------------

Nora...sambal kerang memang sedap...tapi kak anie tak buat sambal kerang...buat sambal bilis je...

-----------------------

Mokcik...memang tengah semangat berniaga ni...penat pun takpe...

----------------------

hanny...kalau tgh ngantuk ...orang kata dpt lelap walau sepicing pun jadilah...lega rasanya

--------------------

Kak anie said...

Irfa bila kita dok kat rumah mana boleh tengok aje rumah bersepah...ade aje kerja yang nak dibuatnya...

Set bersalin sendayu tinggi pun tip top...cubalah...adik ipar akak guna sendayu tinggi terus bersalin yg lain guna sendayu jugak...

----------------------------

Hani...memang pun...duduk rumah badan cepat naik...tu tak boleh nak dinafikan...tapi seronok kan?

----------------------------

Rina...mungkin akak ni dah biasa tak cukup tidur malam kot...tapi mesti nak tidur siang sekejap..

Malam tadi tidur 3 jam je...cukuplah sehingga malam untuk tidur awal.

----------------------------

Tirana...rasanya kebanyakan orang perempuan camtu...tak lena tidur kalau dlm kepala ni dok memikirkan ada kerja yang tak beres...

----------------------

Zino...kalau kena yang kukus lagi sodap!! Hehehe

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails