Ada kawan2 cakap...aku tak gemuk...sebab berat badan aku baru 58 kg...
Kalau tengok aku betul2...memang tak berapa gemuk...cuma...aku tidak tinggi..
Bila tidak tinggi...lemak cepat berkumpul di tempat2 yang tidak sepatutnya.
Tempat2 yang cuba dihindari oleh wanita2 yang begitu peka pada penampilan diri.
Aku tidaklah terlalu taksub dengan kecantikan tubuh badan...cuma apa yang aku cuba hindari ialah apabila...
'Eh!! Anie kau mengandung ke? ' itu soalan2 yang selalu diorang tanya pada aku bila dah lama tak berjumpa.
Ade ke patut aku yang dah berusia ni nak mengandung lagik...huhuhu...jangan lah...aku tak nak lagik...aku dah patut mendapat cucu aje.
Yang paling geram bila anak2 juga turut mengusik aku...
'Ibu...tadi ibu perasan tak'
'Perasan aper?'
'Masa ibu berdiri kat dalam tren tadi...ada orang tu bagi ibu duduk...orang tu mesti ingat ibu mengandung...' terkekek - kekek si Farhan ketawa...
Cis...kata-kata itu bagai menikam ke dalam sukma...
Itulah kebenaran yang menghiris...huhuhu...
Harap2 dalam 2-3 bulan ni...'kandungan' ku ini akan hilang...heheheh...
27 comments:
Kak anie,
58 kg tu ringan jer tu...mokcik berat lagik dari akak. Tapi musuh utama kita ni memang la tang perut tu huhuhu...bagi mokcik untuk menyembunyikan perut, mokcik pakai girdle. bab guna losyen pembakar lemak ker apa ker setakat ni mokcik tak pernah guna la pulak.
tapi pernah tengok dalam tv satu ketika dulu, dr nordin darus beri petua utk kempiskan perut, buat sit up 20 kali setiap hari. mungkin boleh dipraktikkan..ni bukan nak cantik saja2 tapi juga elok untuk kesihatan kan.
pompuan mmg susah nak kempis tang perut apalagi kalau dah beranak pinak..saya pun sama.tang bawah lengan dan perut,susah sgt nak kempis..huhu.
azam nak pantang betul2 nanti..
tunggulah result bulan 3 tahun depan.hehe
berat kita lebih kuranglah kak, tp 2 minggu lps berat yus +4kg...hehe. Tapi tulah kak, tang perut tu yg susah nak kempis tu kan kak..Yus pun sama...huhu.
kita seruperrrrrrrrrr
kak anie
cuba kira BMI, apa berat ideal kak anie.. 58KG tu memang tak berat tapi sesuai tak dgn ketinggian.
part perut ni memang masalah kan.. zar yg dha byk kali operate perut ni pun selalu problem kat situ. Kena rajin lumur pati halia sekarang ni tiap tiap malam zar bertungku.. ehheheh
hehehe..kelakar laa anak akak cakap gitu
kak..saya pon dah 59kg..very the berat..
kalo ada baby kecik pon, apa salahnya?????
hehe...klakar la kak. tapi kan nak tanya kak ani. orang yang bagi kak anie duduk tu remaja ka? cj tanya sbb remaja skrg ni ssh nk bertolak ansur dengan orang tua. kadang2 dalam bas orang tua berdiri sepanjang perjalanan...tak patut la...
kesian kak anie..takper lepas nie kita pulun kasik kempis..silap2dah kempis sok ada yg lagi jeles kang..hehhehe
'kandunga' ilang? bunyik mcm ada unsur2 mistik jer.... tetiba tingat nyiang rapik..
pompuan boleh lagik..jntan nih x leh gune alasan prggie....sentap okeh kalo boncit...miahahha
Nasib baik aku ni tinggi.. so keberatan tu ada banyak tempat nak disembunyikan, takat ni lom ler yg kata aku pregnant. Kalau ada yg kata mau aku exercise 2 jam sehari mengalahkan biggest loser. anyway kau tu bukannya perut nampak, tapi cara kau diri tu kekadang kau tak perasan.. kalau dlm bahasa kita "kau diri cam menggedik" org lain tak faham tapi aku rasa kau faham. Cuba kau diri tegak2 mesti tak de yg ingat kau pregnant.
Pada sapa yg tak faham "menggedik" bukannya cam "gedik" maksud bahasa skrg. Tapi berdiri relaks dan tidak menarik otot perut ke dalam.
Perempuan memang cepat sangat naik kat perut, lebih2 lagi yang dah beranak pinak.. Bila dah naik, lambat pulak dia nak turun..hehehe..
salam anie..takpe ani..janji anie sehat..kita pompuan dah penah mengandong ni,memang susah sikit nak kempiskan perut cam dulu..cam akak ni ha...hari2 sapu losyen camtu gak dia...bolih dicubit2 he he..
58? ringan je tu kak berbanding aku!! ha ha ha
soalan bgitu mmg berbisa dan makan hati hehehe tensen jek dgr
Kak anieeeeeeeeeeeeee, uhuk uhuk kita serupa... ummi ni kira dah kuruslah kan.. tapi kan tang perut tu macam 3 bulan pregnant...
budak2 ni selalu kata ummi pregnant. lepas tu bila jalan2 dgn diaorang mesti diaorang suka main2 perut ni kata ada baby kat dalam.. kalau tak digosok, di tepuknya lah, ishhh geram geram geram... ummi tak nak turun lagi berat badan tapi nak turun perut je.. boleh kan gi slimming centre tu buat spot slimming je hehehe.
ok kak...SELAMAT MGEMPISKAN DIRI!!
(kalau tak gi gim mungkin akak gi slimming centre..amboii byak duwittt:p)
Mokcik...tulah...akak ni malas nak pakai girdle...macam rasa 'tercekik' hehehe...losyen pati halia ke aper ke boleh guna tapi kena eksersaisi jugak...kalau tak hampeh...
----------------------------
Irfa...memang kalau dah beranak pinak bahagian perut susah nak turun...tapi orang kata..kalau nak kuruskan badan...masa berpantanglah...
----------------------------
Yus...lemak tu pulak suka sgt berkumpul kat situ kan? Geram betul...kalau Yus tinggi dari akak ...mungkin tak lah nampak bulat...hehehe
-------------------------
pb...huhuhu...kejam diorang yg kata kita pregnant kan?
----------------------
Zar akak tak pernah kira BMI pun...hehehe...
Rajinnya Zar bertungku...akak malas...lagik pun pada umur sekarang...buat apa pun lambat kesannya...
Ida...memang dah agak dah dia akan cakap camtu...sebab dah biasa kena...hehehe
------------------------
Tapi oren tinggi...tak nampak pun gemuk...
Baby? Huhuhu...dah malas nak bangun malam dah...
------------------------
cjalhafiz...yang bagi akak duduk tu remaja...memang berterima kasih sgt...sebab dah penat berdiri...
Mmg betul...akak pernah terjumpa org2 muda yang buat derk aje kalau nampak orang tua/wanita bersalin berdiri...
-------------------------
idahani...tulah kena bekerja keras nak kempiskan perut tu...
Jeles? Huhuhu...tu yang tak tahan tu...
-------------------------
Hahahah...Led...niyang rapik tu dah merapik...
------------------------
afiq...selalunya kalau orang kali orang kata 'bunting gajah'...hahhaa...tak beranak beranak...
-----------------------
Sya...tulah...dari dulu kalau aku leka aje mesti aku berdiri macam tu...aku selalu kena peka untuk membetulkan cara aku berdiri...
----------------------
Tirana....nak naik senang kan?...nak turun punya ler liat..!!
-----------------------
--------------------------
Kak Erna...hehehe...losyen tu kalau untuk kita yang dah 40an ni memang dah tak berkesan lagik...sapu ler banyak2...sampai kadang pijar dibuatnya...turunnya idak...
Takpelah ye..janji kita sihat...
---------------------------
sI tEDI...kalau masih muda takpe...senang nak menurunkannya...akak ni susah bebenor nak turunnya...
---------------------------
iina...hahah...tulah...kelmarin ada orang tanya akak camtu...dah lah mula membelek perut depan cermin...heheh
---------------------------
Ummi...akak kalau boleh pun takmod kuruskan sangat badan ni...cuma perut ni aje ...rasanya mau 5 kg lemak kat situ...
Ummi...orang kata kalau kerja dia pejabat lagi cepat naik sebab kita asyik duduk kat kerusi ka...tapi ntahlah...akak dok umah pun cepat naik
------------------------
Ila...mana ada pi gym...no money lah cayang...meh bagi akak sket...
ahahahahahah... Kak Lady. Aduhai....
saya jua begitu.. mahu mengurangkan lemak tepu jadi lemak tak tepu...
serupalah dgn zue ni...dah bermcm2 ubat sapu dgn jamu susut perut tak mujarap pun.
agaknya lemak kat perut tu dah keras kot?
ms lavender...hehehe...ngandung takde isi
--------------------
jillian de jill...sama sama lah kita ke arah yang sama...
--------------------
Zue.dah mampat ...hahaha...memang pun akak sapu minyak pati halia tu ...sampai pijar pun camtu jugak...huhuhu
hahahaha. adoi kelako la kak anie. tapi ok apa, asal naik tren je mesti dapat tempat duduk ekekeke
Uda...tulah pasal...geram tau...!!
Post a Comment