Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, November 16, 2009

Bual-bual Kantoi...

Semalam...


'Fareez...'


'Ye ibu...'


'Minggu depan dah cuti sekolah kan?.'


'Aha...'


'Keputusan peperiksaan dah dapat tak?'


'Belum...'


'Belum lagik?' aku memandang dia keheranan...'lambatnya....'


Senyap seketika...


'Ibu...'


'Ye...'


'Kalau Aeez dapat nombor 1 sampai 5 dalam kelas ibu suka tak...?'


'Mesti ler suka...'


'Kalau Aeez dapat nombor corot dalam kelas...ibu marah tak?'


'Mesti le marah...sebab Aeez susah nak belajar...Sebenarnya cikgu cakap Aeez dpt nombor berapa?'


'Tak tau lagik...'



Senyap lagi...


'Ibu...'


'Yeeerrr...'


'Kalau Aeez dapat no. 13...ibu marah tak?'


'Hah!!! Ni mesti kau dapat nombor 13 dalam kelas ni...&^&*(%$$#'



Farhan yang sedang mengadap komputer ...terbahak2 ketawa...


Si kecik pula ...memandang aku sambil tersengih-sengih menampakkan gigi kapaknya yang 2 batang tu...


Nak marah panjang panjang pun tak jadi...kerana lurusnya dia hingga dia tak tau soalannya itu menyebabkan dia kantoi dengan aku...hehehe







...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

21 comments:

Led said...

dia kata kalau, kak lady.klu betul, sure kena pelangkung.

small gun said...

Alahai... mudah nya nk kantoi kan anak2 ya

HappyIrfa said...

adoi..kantoi.
nak gelak pun ada.ops..dah gelak pun

Hanisumayyah said...

heheee...budak2 memanglah luruskan? Asalkan dia jujur takper, bukan nombor corot pun....kelakar aeezz ni...

iina said...

hahaha soalan yg memberikan jawapan jujur ikhlas.. leh wat skrip drama nie kak ;)

sI tEDI said...

he he he.. comel betul aeez tanya soalan tu!

cj'alhafiz said...

hahaha!!! ayeez....da kantoi. takpa...ayeez blaja insyallah angka 3 kat blakang tu nanti dah tak ada. kak....he's a very nice boy...tought very "lurus"...haha

PINATBATE said...

ok lah tu Aeez ..Insyaallah tahun depan lebih baik lagi..

shafarina said...

alahai sayang, lenkali auntie taknak kasi gift lagilah dalam facebook.

:P

Zareda Norman said...

hehhe senang jer nak trap aezz yer... kantoi gitu

Kak Elle said...

pandai buat lawak si Aeez ni kan?so in the end dia dapat no berapa Anie?

hanny said...

pandai betul aezz nih....hehe

Ajzie said...

hihihih cumelllllll..

Tirana said...

Ok ape nombor 13..lucky number..hehehe

Kak aNIe said...

Led...dia punya kalau tu...memang dah betul pun...hahaha...tak sampai hati nak pelangkung

-------------------------

smallgun...anak2 ni luruskan...diorang tak pandai nak tipu...

-------------------------

irfa...tulah baik punya cover lom dpt result..sekali kantoi

-------------------------

Hanisumayyah...tulah...biarlah dulu...lepas ni darjah 3 kena pegang dia betul2...

-------------------------

iina tulah...yang lain boleh cover...tapi dia sendiri mengkantoikan dirinya...

------------------------

sItEDI...soalan yang memakan diri...

------------------------

cjalhafiz...tu lah...harap dia akan memberikan yang terbaik di masa akan datang...

------------------------

Pinatbate...akak harap begitulah...

Kak aNIe said...

Shafarina...kalau dia baca ni memang le akak pulak yang kantoi...

--------------------------

Zareda...tu lah pasal si Farhan ketawakan dia...straight aje dia tanya nombor tu...heheh

--------------------------

Kak...memang dia dapat no. 13 pun...tu pasal dia tanya tu...

-------------------------

hanny...pandai tapi tak tau nak cover...terlepas jugak...

-------------------------

Ajzie...hehehe...tak pandai nak tipu tu pasal terkantoi..

------------------------

Tirana...akak tak kesah pasal kedudukan dia dalam kelas...yang penting ada kemajuan dan markah mata pelajarannya memberangsangkan...

MOKCIK AZWA said...

Kak Anie..

kelakarnya aeez...bijak betoi mak dia trap dia ek.

anyway, mokcik pun sama ngan kak anie...tak perlu la taksub sangat anak2 dapat no. 1..tapi yang lebih utama mereka mesti telah berusaha bersungguh2..

Mak Su said...

wakakakaka, mukadimahnya panjang ek...

silversarina said...

comel je pertanyaan Aeez tu, tapi memang tak dapat nak lari lah ...maknya tahap pakar ....hihi.

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

budak zaman sekarang memanglah bijak dan pandai,

Kak aNIe said...

Mokcik...dia trap diri dia sendiri...ehehehe

Kesian dengan dia...nanti ilang kemanisan zaman kanak2 dia...

-------------------------

Maksu...tulah..panjang mukaddimah dia...

------------------------

Rina...tak boleh nak lari lagik...mak dia dah agak dah...mesti dia takmo cakap tu...tapi terkantoi...

----------------------

Crazy beautiful...tapi tak pandai menipu...hahaha

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails