Minggu ni...aku menghabiskan hujung minggu di Melaka lagi.
Minggu lepas pun di Melaka. Musim orang buat majlis perkahwinan...jadi aku kerap balik. Maklumlah aku dah ada anak bujang. Nanti kalau tak ke majlis orang ...aku buat majlis nanti takde orang nak datang. Tapi kata orang...memenuhi jemputan walimatul urus itu wajib.
Kali ini majlis perkahwinan itu adalah di rumah jiran yang betul2 depan rumah MIL.
Beberapa hari sebelum balik..awal2 lagi dah berpesan dengan anak2...
'Kita balik hari Jumaat tau. Kita gerak dari rumah jam 6 lebih...pastu kita mesti sampai rumah nenek sebelum jam 9...'
'Ni mesti sebab nak tengok Nur Kasih kan?'
'Mesti le...'
Anak2 dah tau aku peminat setia drama Nur Kasih...
Hari Jumaat...awal2 aku dah siap berkemas...cuma tinggal sedikit saja baju yang perlu dimasukkan dlm beg (sebenarnya baju minggu lepas pun tak keluarkan lagi...jadi tambah sikit lagi)
Sambil menanti Farhan yang keluar bersama kawan2nya pulang ke rumah...aku mengadap Facebook...
Jam dah menunjukkan pukul 6 lebih...tapi aku masih belum berganjak dari depan laptop walaupun Farhan dah balik. Sebab ada lagi perkara yang perlu aku bereskan. Membayar bill cik abang sambil 'menuai' pokok di FV...dan 'memasak juadah' di Cafe World...
Balik kali ni aku bawak Naza...bawak Naza yang besar ni aku tak berani nak lari laju...lebih2 lagi waktu malam...mata aku kurang awas...
Perjalanan lancar kerana tak banyak kenderaan...sampai aje di hentian sebelah Senawang...Fareez nak beli sesuatu...katanya lapo...berhenti pulak dah memakan masa hampir 20 minit....pecut punya pecut...aku sampai Melaka...jam 9.45...huhuhuh...terlepas dah drama.
Sesampai aje depan kampung aku lihat tempat untuk meletak kereta dah penuh...pengantin lelaki dah pun sampai. Disebabkan lorong masuk ke kampung tu cuma satu...terpaksalah aku dan anak2 mengikut dari belakang pengantin berarak. Hmmmm....lambat lagik...
Malam itu orang Melaka kat Malam Berinai Besar. Pengantin dah pun bernikah pada petang tu...jadi malam cuma majlis persandingan aje. Tetamu seperti biasa dijamu dengan roti jala dan 2-3 jenis kuih...
Hari Sabtu majlis langsung...takde gambar yang aku ambil...malas...sebab aku cuma datang untuk makan dan duduk sekejap berbual2 dengan rakan2 lama yang dah lama tak jumpa. Seronok dpt berjumpa dan mengimbas kenangan bersama ketika menginjak zaman remaja dulu.
Hari Ahad....awal pagi aku dah bertolak balik ke Shah Alam kerana ada janji dengan Sya dan untuk memberikan pesanan Set Bersalin Amway pada pelanggan yang telah aku janjikan. Sayangnya Sya terpaksa membatalkan rancangan dengan aku kerana ada hal yang terpaksa diuruskan...jadi hari Ahad itu adalah hari aku meluruskan pinggang setelah penat memandu dari Melaka ke Shah Alam...
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
14 comments:
Kesian kak Anie..terlepas drama nur kasih ye...Ala terlepas satu episod. boleh faham lagi jalan ceritanya..Saya tak pernah ikuti siri drama melayu..hehehe..asyik tertidur awal aje..macam mana nak tengok..hehehe
peminat Nur Kasih ropenyer kak anie...
Rating Nur Kasih ialah 1,000,000 hits. Tapi Abang long jenguk sekali - sekala sahaja :)
aku tak tgk nur kasih.......
Tak minat dah tengok nur kasih...kalau lelama sangat jadi melalut..bila balik kampung jer sempat tengok sokojap sebab anak2 ropenya semua peminat citer nie hehehehe
zue peminat nur kasih..dari mula hingga kini.
di mana aliya dah x tinggal sebumbung dgn suaminya.
si adam gi mumbai..x bawah nur sbb dah ter dgr citer dari aliya.
dua2 ni dah termakan hasutan si sarah. hotel tmpt adam ginap kena bom..bersambung minggu depan.
dulu follow gak nur kasih tp sejak dah dapat sinopsis tu terus x tgk.
dah tahu ending dia apa..buat apa tgk lagi.hehe
tu diaaa... peminat setia nur kaih ropanya.. hihihi...
balik melaka di mana tu kak anis?
terlepas nur kasih bolih lihat di tv3 online...wah meriah betul ada berinai besar semua...kat sini semua nya dah amek short cut.
hee bes kak ani selalu blik melaka, kita da lama tak balik melaka, susah lah skrg, cik abang kita bz manjang..byk majlis kawin kat melaka kita tak dpt gi..sbb abg kita tak minat gi majlis org kawin..masa dia kawin dulu dia tak ingat org ramai dtg..heheheh
Dulu masa kecik pernah pegi tengok orang Melaka kawin , pengantin perempuan tukar baju berpasang-pasang , tapi berinai besar tak pernah lihat lagi .
Tirana...akak memang suka tgk drama...tapi selected ones...bukan semua...kalau yang akak tak berkenan memang malas nak tengok...akak suka tengok yang ada konflik tapi bukan yg komplicated...suka konflik yang ringan je...
----------------------------
Zar...peminat setia tau...hehehe
---------------------------
Abang long...waktu jam 9 tu...adalah waktu rehat akak...jadi sambil baring2...layan aje...bila dah layan sekali...jadi melekat pulak...
-------------------------
Sya...aku memang peminat drama...hehehe
-------------------------
Azwa......akak memang suka kalau drama yang ada watak antagonis yang menjadi...pastu konflik yang ada tak terlalu berat...
------------------------
Alamak Zue...akak lom sempat tengok online lagi...mesti tengok ni...macam dah cpt pulak episod tu beralih ke scene lain...
------------------------
Irfa...tu sebab akak tak suka baca sinopsis yang dah tau endingnya...tak thrilling nanti...hehehe
Tiny...memang peminat setia..akak minat kebanyakan drama Khabir batia...
----------------------------
sl tEDl...kat bandar Melaka...
--------------------------
Kak elle...orang kat sini masih lagi nak buat sekurang2nya 2 malam...malam berinai besar tu bagi diorang mesti...kalau anie pun nak cut short je...
---------------------------
Alina...akak ni pun samalah...yang kawin tu orang kampung cik abang tu...memang dia pergi...kalau kat kampung kita...dia pun tak pergi...heheheh
-------------------------
Rina...malam berinai besar tu...ialah malam nikahnya...iaitu malam hari Jumaat tu...
Kelmarin kat majlis tu pun diorang tak salin2 baju sgt...pakai 2 persalinan sahaja...
Post a Comment