Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, November 6, 2009

Hari Kanak2...


Semalam...sekolah si kecik ada buat sambutan Hari Kanak2.

Sekolah awal2 dah edarkan surat...anak2 boleh berpakaian apa saja di hari tersebut...tapi hendaklah yang sopan...ibu bapa juga digalakkan membawa makanan2 untuk anak2 dan kawan2 di kelas. Tapi tiada paksaan.

Berhari2 si kecik tak bercakap dengan aku pasal sambutan Hari Kanak2 di sekolahnya...cuma dia kata...cikgu akan bagi makan KFC.

Hmmm...jadi aku pun tak fikirkan tentang membekalkan dia makanan...paling tidak pun kalau dia nak...malam tu aku boleh pergi belikan kek atau makanan ringan kat pasaraya.

Tapi...semalam...semasa aku bawa dia balik dari sekolah agama...jam dah menunjukkan 11 pagi...

'Ibu...hari ni Hari Kanak2 tau...'

'Aha...yelah ibu tau...bebudak dapat makan kenteki eh?'

'Ibu...Cikgu Aeez suruh ibu gorengkan mee untuk 37 orang murid ari ni...'

'Hah!!!.." Terkejut beruk aku...rasanya beruk pun tak terkejut camtu...

'Larr....apsal sekarang baru cakap...? Kalau tak pagi2 tadi ibu dah boleh pergi beli barang2...'

'Aeez terlupa...'

'Kalau camtu tak payah buatlah...'

'Alah....Aeez dah janji dengan cikgu...' dah mula tarik muka panjang...

'Apsal Aeez pandai2 janji...len kali bagi le no tepon ibu kat cikgu suruh cikgu cakap dgn ibu boleh ke idak?' nada suara aku memang dah marah2 sambil memandu balik ni...

'Ye lah...cikgu tanya...ibu siapa yang tak bekerja...abih semua orang mak diorang bekerja...ibu je yang tak kerja...'

'Ye lah tu...'

'Ye...abih cikgu cakap...kalau mak tak kerja ...cikgu nak suruh gorengkan mee untuk 37 murid...nanti cikgu bagi duit...'

'Isykkk!!...Awal2 tak cakap...ni karang nak pegi pasar lagik...' aku dah mula membebel dah masa ni...

'Cikgu kata datang lambat pun takpe...' cuba nak memujuk aku le ni...

'Yelah...jom pegi pasar...ibu pun nak pergi beli cili...'


Dalam perjalanan ke pasar...

'Nak goreng mee camaner?...Mee hitam?'

'Takmo letak kicap...kengkawan Aeez tak suka...'

'Abih takkan nak goreng pedas...nanti kengkawan aeez tak makan...'

'Yelah..kicap pun boleh lah...tapi takmo letak taugeh tau...kengkawan aeez tak suka taugeh..'

'Lagi nak letak aper? Ibu letak ayam sikit eh?...Fishball eh...'

'Ayam takmo letak...kengkawan aezz tak suka...'

'Aik...semua tak suka...kau ni betul ke...ni tak suka...tu tak suka...'

'Ye le...kengkawan aeez...aeez tau ler..'

'Alah ...boleh lah letak ayam...'

'Ye lah...ye lah...tapi nak letak udang tau...'

'Wah!! Nak udang...cikgu aeez nak bagi berapa ni...?

'RM20 je...'

'Kalau camtu tak payah le letak udang...kalau letak udang...ibu cakap RM30...sebab untuk 40 orang...'

'Bukan 40...37 je...'

'Yelah..sama ler tu...cakap cikgu RM30...'

'Alah...20 jelah ....ibu ni nak mahal2 pulak...cikgu nak bagi RM20 dah bersyukur tau...'

'Kalau camtu...tak payah letak udang lah...'

'Alarrr......'

Disebabkan kesian kat bebudak tu...aku pergi jugak ke Ekonsev membeli udang...masa memiilih udang...dia nak pilih yang besar2...RM16 sekilo tu...hehehe...

Jadi semalam...dalam keadaan kelam kabut aku balik dari pasar & Ekonsev dah jam 12 tengari...terus menjalankan tugas di dapur. Habis menggoreng dah jam 12.45 ...sepatutnya 12.45 aku dah keluar untuk menghantar dia ke sekolah.

Disebabkan kelewatan menyiapkan segalanya...aku sampai di sekolahnya hampir jam 1.30 tghari. Dengan membawa satu tupperware besar mee goreng aku terus menuju ke kelasnya.

Semasa bertemu dengan cikgu kelasnya...aku meminta maaf kerana lewat...cikgu dia terus ketawa...

'Larrr...saya tanya aje dia semalam...'

'Tulah...tadi baru dia cakap saya...'

'Berapa ye kak...?'

Tak sampai hati aku nak buka mulut RM30...

'RM 25 je lah cikgu...'

Sambil menerima wang dari cikgu...aku terus berlalu pergi...dalam hati aku berkata...syukurlah dengan RM25 ni je...walaupun penat kerana membuatnya dalam tergesa2...yang lain2nya ku sedekahkan untuk anak2 tersebut.

Balik dari sekolah semalam...aku lihat dia membawa balik bekas mee yang dah kosong...dengan senyum lebar...

'Ibu...kengkawan Aeez kata...mee ibu sedap...' begitu beriya-iya bercerita pada aku...

'Habis eh...?'

'Habis...cikgu makan bertambah2...cikgu kata lain kali kalau ada jamuan boleh suruh ibu buat makanan lagik...'

Seronoknya dia bercerita ..agaknya terasa puas kerana mee ibu dia habis dimakan kawan2...dan aku pun puashati...Alhamdulillah...







Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

22 comments:

MAMAMIA said...

Jadi jugak ke diaorg makan KFC???

Kat rumah ni pun, kalau masak mee letak tauge, sawi, habis budak2 tu pilih letak tepi, takut betul nak makan...

Mak Su said...

hahahah, semua tak suka katanya... mee kosong berudang :)

anak yang bangga dengan ibunya :)

tiny-upm said...

betul kan kak.. best kalau kita masak orang makan sampai habis.. hilang penat berkuntau kat dapur.. hihihi

silversarina said...

senyum saya baca kisah ni, sama macam saya 2 hari lalu, tiba2 aje cikgu Izzat mintak buat dessert sebab saya yang tak keje .

apapun kak bila dapat berbakti pada anak2 dan guru2 memang rasa puas hati Alhamdulillah .

dlt said...

sib baik ekonsev dekat jer kan kak? kalu tak sure tak sempat... sib baik pakar memasak... hehe...

sI tEDI said...

sorry kak.. salah kotak komen.. he he he..

nasib baik ada ibu yg tidak bekerja.. boleh juga budak merasa mee goreng..

Queen Of The House said...

Alhamdulillah ... mesti sedap ni. Tetiba terasa lapar & teringin nakmakan mee pulak. Nak buat camana ni, Kak Anie??????

Bagus jugak cikgu tu bagi sumbangan. Kadang-kadang kita supply free aje.

NONIE AZIZ said...

hikhikhik...sib baik la cikgu kelas nurin tak suruh saya masak kak hahahah

jus call me ida.. said...

hehehe...
kelakar la melayan kerenah anak2...high taste ajerrr.:P
eh.. musti bangga! biler org puji mak sendiri!

Kak aNIe said...

Mamamia...katanya ada makan KFC...tapi bergantung pada berapa bebudak tu bayar...kena bayar...Fareez kata dia makan seketulnya...

Kat rumah ni akak suka masukkan taugeh...sebab mee goreng kalau takde taugeh rasa tak best...tapi anak2 memang tak suka

-----------------------

Maksu...tulah...tapi akak letak juga udang...ayam & fishball...kira meriah jugaklah...

----------------------

tiny...betul tu...rasa hilang segala penat lelah

----------------------

Rina...sama lah kita ye...tapi puashati bila dpt buat sesuatu yang dihargai oleh anak2...

-----------------------

dlt...hehehe...nak ke pasar yang malas tu...sempit kat sana...

-----------------------

sl tEDl...mee goreng ayam, udang & fishball yang sedap...amboi...masuk bakul angkat sendiri pulak...hehehe

-----------------------

Queen...macam mengidam pulak Queen ni tau...hehehe

Memang pun...cikgu dia terpaksa bayar sebab dah niat dia nak bagi anak2 murid makan...dan akak pun tak berkira sangat...sian kat anak2...

----------------------

Nonie...hehehe...nurin pun pandai mak dia kena pergi kerja...kalau tak mau kena ambil cuti untuk hari tu...:P

----------------------

Ida...memang dia rasa bangga...siap cakap kawan2 semua kata sedap...

Ummi365 said...

kak memanglah kan kita tak sampai hati nak charge mahalkan sebab budak2 sekolah.. ummi hari tu masa dia orang buat hari karnival kat sekolah menengah, ummi belanja rm40 beli maggi, gas and entah apa lagi.. bila tanya abang dia kata nanti sekolah ganti.. tapi sampai larr ni takada.. tak pelah dah halalkan dah .. biarlah untuk budak2 tu pandai berniagakan.

zareda said...

tengok mee tu habis dimakans ebab sedap pun rasa bebrunga bunga hati kan kak anie..

sya said...

Kalau kena kat aku memang panjang le bebelan aku tu.

Naz said...

Salam perkenalan,

My first time here. Nice blog! :)

Kat sini pun selalu anak anak balik beritahu *Ma, cikgu nak mama buat pizza for 20 people* or *Ma, it's your turn to bake this month*. The difference being kat sini semua secara sukarela, ibubapa keluar duit sendiri. Dan duit keuntungan dari jualan akan dimasukkan dalam tabung kelas. Jadi setahun sekali budak budak ni dapat pergi summer camp.

Kalau dalam masa yang singkat, rasanya mungkin saya tak dapat tackle se-cool Kak Anie.

Have a nice weekend! :)

Kak Elle said...

oh ingat anie bagi free sedekah kat anak2 tu kan hari kanak2 pahla tau...hehe

iina said...

Kak Anie

hehehe.. janji puas hati kan kak.. lepas nie kena singgah umah akak nak rasa mee goreng kak anie bila blik mesia sok2 hehehe ;)

anie said...

Ummi...memang pun tak sampai hati nak charge...itu pun sebab permintaan cikgu dia...kalau akak senang aje belikan kek atau lain2 makanan untuk diorang...

---------------------------

Zar memang berbunga-bunga hati ni...hehehe

---------------------------

Sya...memang panjang bebelan aku tau...cuma kat sini...potong pendek sket...

---------------------------

Salam kenal naz...wah!! Nampaknya naz pun tukang masak handalan...siap boleh buat pizza lagik...hehehe...memang pun diorang kat sini kalau buat kek bagi free aje...tapi disebabkan ini permintaan cikgu...hehehe...kena charge...tapi tak sampai hati nak charge mahal2...


Have a nice weekend too...

-------------------------

Kak...mee tu cikgu mereka yang nak belanja anak2 murid kelas dia...jadi cikgulah yang kena bayar...anak2 bawak duit makan KFC dan ada yang bawak snacks aje...

Memang tak charge mahalkat cikgu dia sebab dia berniat nak bagi makan anak2 murid...anie ambil duit modal aje...

anie said...

Ummi...memang pun tak sampai hati nak charge...itu pun sebab permintaan cikgu dia...kalau akak senang aje belikan kek atau lain2 makanan untuk diorang...

---------------------------

Zar memang berbunga-bunga hati ni...hehehe

---------------------------

Sya...memang panjang bebelan aku tau...cuma kat sini...potong pendek sket...

---------------------------

Salam kenal naz...wah!! Nampaknya naz pun tukang masak handalan...siap boleh buat pizza lagik...hehehe...memang pun diorang kat sini kalau buat kek bagi free aje...tapi disebabkan ini permintaan cikgu...hehehe...kena charge...tapi tak sampai hati nak charge mahal2...


Have a nice weekend too...

-------------------------

Kak...mee tu cikgu mereka yang nak belanja anak2 murid kelas dia...jadi cikgulah yang kena bayar...anak2 bawak duit makan KFC dan ada yang bawak snacks aje...

Memang tak charge mahalkat cikgu dia sebab dia berniat nak bagi makan anak2 murid...anie ambil duit modal aje...

NBK466 said...

Rasa cam den dah komen tau kat sini..hu.hu..hu..

Anonymous said...

bodohnya punya cikgu.. ada ke dia buat deal dgn budak kecil. mana otaknya... patutnya minta nombor telephone akak, or minta office no tel akak, and call akak direct... or write a notemasuk envelope beri pada anak akak to pass to u.
nampak sgt...lah kita punya org peradaban dan hukum akad tak de..

Kak aNIe said...

iina...meh le rasa mee goreng akak...hehehe...mee biasa je..agaknya bebudak suka sebab banyak ingredientsnya...

---------------

NBK...maner ade komen...tak komen lagik pun..hehehe

--------------

Anon...sebenarnya cikgu tu bertanya pada dia aje...tapi anak akak tu yang terus cakap cikgu dia suruh...budak2 ni biasalah...hehehe

kad0k. said...

kadang2 buat orang gembira itu yg lebih berharga kak...:)

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails