Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, November 20, 2009

ALLAH Melihat...

Minggu lepas ...ketika aku mendengar H*t Fm...

Topik menjelang akhir tahun...

'Apakah kesalahan yang pernah kita lakukan...tapi kita terlepas darinya...'

Maksud....

kita telah melakukan kesalahan...tapi kita terlepas dari menerima hukuman atau tiada seseiapa yang mengetahuinya.

Aku tertarik dengan cerita sorang pemanggil ...

Pemanggil tersebut seorang wanita...dia menelefon dan menceritakan kesilapan yang telah dia lakukan...ceritanya mungkin untuk memberi peringatan pada kita semua....

Mengikut cerita pemanggil wanita itu...dia pernah melakukan kesilapan ketika dia masih remaja. Dia telah terlanjur bersama teman lelakinya dan mengandung. Kemudian dia telah menggugurkan bayi tersebut.

Tidak lama kemudian dia telah bernikah dengan teman lelakinya. Kejadian tersebut menjadi rahsia mereka berdua....tiada sesiapa yang mengetahuinya...

Tak lama lepas bernikah...mereka dikurniakan seorang cahaya mata...namun cahaya mata itu dilahirkan kurang sempurna.

Dia begitu insaf dan menerima itu sebagai hukuman atau balasan dari ALLAH terhadap perbuatannya...katanya dia akan menjaga anak tersebut dgn baik...kerana segala yg berlaku adalah kesilapannya...maka dia redha.

Bila mendengar pengakuan wanita itu...

aku berasa insaf....

dan sering mengingatkan diri...

bahawa...apa yang kita lakukan...biar pun tanpa dilihat orang lain...tapi

ALLAH tetap melihat...

Semoga ALLAH mengampunkan segala dosa2 ku dan memelihara diriku dari dosa2 besar...dan aku juga berdoa semoga ALLAH mengampunkan wanita tersebut kerana redhanya dia pada pemberianNYA sebagai balasan pada kesilapannya...


...aku paling suka melihat gambar2 keindahan semulajadi ciptaan ALLAH...itu adalah tanda tanda KEBESARANNYA...



...




Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

21 comments:

Unknown said...

salam aNIe..rajinnya gi arobik..tenguk tang berat tu taklah gemuk pun kamu ni...

bila dah berusia ni bila di kenangkan balik kesilapan kita..memang rasa malu ..tapi alhamdulliah tak lah sampai melakukan dosa-dosa besar...semuga anak-anak kita di lindungi oleh Allah swt dari melakukan perkara yang dilakukan remaja tu..

Tirana said...

Sebab itulah kita dituntut supaya selalu bertaubat sebab kadang2 kita tak sedar dosa yang kita buat..yang sedar apatah lagi..

Hanisumayyah said...

hmm setiap org ada kisah sendiri...yg penting kena taubat...bagus gak wanita tu nak berterus terang dalam radio kan? Bukan mudah tu...

Mak Su said...

tq utk kisah ini

zue said...

Salam jumaat yg mulia ini,
manusia mmg tak lepas dari segala dosa.
biar pun kita simpan rahsia itu sampai mati tapi tuhan lebih mengetahuinya.

MOKCIK AZWA said...

ya..apa2 yang kita cuba sembunyikan segalanya dlam pengetahuan Allah. Tapi elok jika kesalahan lampau kita jadikan sempadan dan tauladan.

zura aini said...

kalau tak pernah buat silap dan dosa bukan manuasia lah namanya. namun jangan diulang dan ulang lagi. Moga diri kita & seisi keluarga dilindungiNya utk hari2 mendatang.

zino said...

semua kita tak terlepas dari membuat kesilapan.. asal kita menyesal dengan kesilapan lalu berusaha tidak menulangi nya dan mohon ampun dari Nya..

Acik Erna said...

salam anie..kita ni manusia.memang tak terlepas dari melakukan kesilapan sama ada disedari atau tidak..alhamdulillah..bersyukor kita kerana tidak sampai melakukan dosa besar saperti itu ..dan alhamdulillah..juga wanita itu telah pun bertaubat..
kita juga setiap hari perlu memohon ampun kehadrat allah s.w.t.semoga kehidupan kita sentiasa diredhai dan didalam perlindungan NYA

AuntieYan said...

Salam Ani,

Sebagai manusia, kita tak terlepas daripada melakukan dosa...semoga ALLah terima taubat kita dan insyaallah janganlah berulang lagi kesilapan yang lalu Amin.

Zareda Norman said...

Maha Suci Allah.. Maha Mengetahui..

myQza said...

aduhai..
kakanie.. kadang2 sy x beapa suka beberapa topik radio ni.. macam membuaka aib sendiri..

tapi selalu fk positif..

ambil pengajaran atas apa yg di ceritakan..

Masy said...

doa2 macam tu la kak.. byknye dosa sy ni huhuhhuhuhuuhuh

Kaktiny said...

betul kak.. ujian yang Allah bagi adakalanya utk diberi rahmat di kemudian hari atau sebagai kifarah atas dosa silam..

bersyukur sebenarnya kalau dh di qada' di dunia.. kalau tunggu kat akhirat.. ntah camner la...

(kekadang timbul rasa cemburu pada yang buta, bisu, cacat anggota juga yang fakir.. sekurang-kurangnya mereka tidak terlibat dalam dosa kerana memandang, mengumpat, melakukan perkara sumbang, serta riak dan lupa diri kerana kekayaan... huhuhu... dan mereka ini telah ditarik kemudahan di dunia dan telah dijanjikan KELEBIHAN DI AKHIRAT KELAK.. huhuhuhuhuhuhuhu....)

Led said...

sentiasalah kita bertaubat

Kak Anie said...

ina...memang pun...kita manusia tidak pernah sepi dari melakukan kesilapan...semoga dosa2 kita diampunkan ALLAH...

----------------------------

Tirana...betul tu...semoga dengan apa yang kita dengar dan lihat membuatkan kita lebih insaf dan sentiasa bertaubat

----------------------------

Hanisumayyah...bukan senang untuk membuat pengakuan itu...dan akak harap dosa diampunkan...begitu juga kita...semoga ALLAH mengampun dosa2 kita kerana adakala apa yang kita lakukan tidak kita sedari bahawa ianyanya mendatangkan dosa...

----------------------

maksu...kisah ini untuk peringatan akak juga...apa yang boleh kita kongsikan...kita kongsikan bersama.

---------------------

Zue...Allah tidak pernah terlepas pandang walau apa pun kita lakukan...walaupun sebesar zarah...minta dijauhkan kita dari dosa-dosa besar...

Kak Anie said...

Mokcik betul tu...di usia sebegini...kita kena sentiasa bertaubat...kerana kita tak tau bila sampai masa kita nanti...

---------------------------

Zany...semoga dosa kita diampunkan dan diberi kita petunjuk ke jalan kebenaran dan semoga kita tidak disesatkan...

---------------------------

Zino...semoga kita akan sentiasa dilindungi ALLAH dari dosa2 besar...

----------------------------

Kak erna...semoga wanita itu telah bertaubat dari dosanya di masa lalu...dan juga semoga ALLAH mengampunkan dosa dosa kita kerana kita adalah manusia yang sering melakukan kesilapan

---------------------------

Salam kak Yan...betul tu kak...pada usia kita sekarang...memang kita wajib sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan menambahkan amal ibadah...dan semoga kita dilindungi dari melakukan dosa-dosa besar...

------------------------

Zareda...ALLAH tidak pernah terlepas pandang...kan?

------------------------

sI tEDI...paling akak tak berapa suka ialah panggilan hangit tu...kesian orang yang kena tu...

Tapi mungkin orang yang memanggil ingin kita sama2 renungkan...dan menjadikan ikhtibar apa yang telah berlaku padanya.

------------------------------

Masy...semoga kita masih belum terlambat untuk bertaubat...

-------------------------------

Betul kata Tiny...mereka yang kekurangan di sini akan mendapat kelebihannya di sana...

Bagi mereka yang telah menerima balasan di dunia ini...mereka akan lepas di akhirat nanti...

-----------------------------

led...

Semoga kita diberi kesempatan untuk bertaubat...dan tidak terlambat melakukannya...

~ez~ said...

salam kak anie,

semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan Ilahi..

manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan...dari kesilapan la mengajar kita untuk menjadi manusia yang lebih baik. Allah itu Maha Pengasih dan Pengampun..Semoga dosa kita semua dan wanita itu diampunkan Allah...amin..

silversarina said...

Betul tu kak, tiap apa yang kita lakukan semuanynya Allah nampak dan tahu . Allah juga menyuruh kita bertaubat selalu atas apa saja ketelanjuran yang telah kita lakukan , samada disedari atau tidak.

iina said...

Ye kak.. betul kata akak.. kdg2 kita tak sedar kesalahan yang kita buat.. kita rasa kita terlepas daripada terkena akibatnya.. tapi hanya Dia sahaja Yang Maha Mengetahui

kak anie said...

Leeya...betul tu...semoga dosa kita dan wanita itu diampunkan kerana kita manusia...tidak pernah sepi dari melakukan kesilapan...

---------------------------

Rina...kadang2 kita terlupa...yang apa kita lakukan ada yang Melihat...

-------------------------

iina...ALLAH MAHA MENGETAHUi...takkan terlepas sedikit pun perbuatan kita walaupun sebezar zarah...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails