Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, October 26, 2009

Hujung Minggu Ku...

Hari Sabtu malamnya...kawasan kejiranan kami menganjurkan jamuan beramah mesra. Memang jamuan seperti ini selalu diadakan. Hasil dari kutipan tiap2 bulan yang kami sumbangkan...wangnya digunakan untuk jamuan ataupun Hari Keluarga yang akan dianjurkan oleh jawatankuasa yang telah dipilih.

Disebabkan Hari Raya Aidil Fitri telah berlalu...maka jamuan itu dipanggil jamuan beramah mesra bersama jiran...tapi makanan2 yang disediakan masih berbau Hari Raya...ada ketupat...lemang...sate...soto...rendang...nasi lemak...dan macam2 lagik.

Masa inilah kami semua gunakan untuk bertanya khabar dan mendengar berbagai2 cerita terkini dari jiran2...seronok bila dpt berjumpa macam ni...sebab...masing2 semuanya punya tugas sendiri...jadi memang jaranglah kami dpt bersua muka.

Jom layan gambar sekejap....

.
...aku sampai ketika tetamu dah ramai dan sedang menjamu selera...

...ada yang membawa kawan mat salleh pun ada...
...disebabkan kambing panggang menjadi rebutan kaum bapak...aku minta cik abang mengambilkan sedikit utk aku...nampaknya sedikit tu macam banyak pulak...hehehe


...Ude terlewat sampai sebab ada urusan diluar dan hanya dpt menjamah sedikit daging kambing yang tinggal...feveret dia ni...


Majlis malam tu selesai hampir jam 11 malam. Biar pun caterer semua dah balik ...tapi masih kelihatan kaum2 bapak yang rancak bersembang hingga lebih jam 12 malam di bawah khemah yang disediakan...



Ahad...25hb...adalah Harijadi adik ku Sya...


Pagi2 lagi aku dah menaliponnya dan seperti biasa menyanyikan lagu 'Happy Birthday'.
Dia bercadang untuk dtg ke rumah tengahari nanti.


Sedang aku melayan mata yang mengantuk tghari tu...Sya pun sampai bersama anak2nya. Kami bercadang utk ke KL...ke Sungai Wang kerana ada perasmian Etude House dan ada artis Korea yang terkenal dijemput untuk merasmikannya...



Ramainya anak2 remaja dan juga makcik2 peminat drama Korea di sana. Aku hanya duduk di belakang sebab aku bukanlah fanatik sgt dengan drama Korea ni. Tapi sesekali aku cuba mendapatkan shot terbaik artis tersebut dari jauh...





Setelah beberapa kali mencuba...inilah yang terbaik dpt aku rakamkan...memang ensem Lee Min Ho ni...patutlah menjadi kegilaan anak2 muda....


Selepas semuanya selesai aku & sya ke Etude House utk membeli barangan penjagaan dan kosmetik kat situ...ramainya orang kat situ jangan lah cakap...kami beriya-iya mencuba berbagai2 kosmetik yang disediakan untuk tester...hehehe...lip lap lip lap mata kami...hahaha





Selesai membeli dan bergambar...kami bertolak balik ke Shah Alam dengan membawa balik pizza untuk makan malam. Terima kasih Sya kerana belanja makan pizza. Sepatutnya aku yang belanja dia untuk harijadi...ni dah terbalik puulak..hehehe...takpelah...kali ni poket aku kempis...bila dah kembung balik aku belanja ye....







Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

17 comments:

Masy said...

Lee Min Hoo.. mcm kenal je.. jap nk tgk balik

kambing tu sedapnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee aummmm

Mak Su said...

weehuuuu, sedapnyer makannnnn

silversarina said...

Memangs ronok bilaada jamuan , dapat jumpa dan update life masing2 , masa lain memang sukar nak kumpul ramai2 macam ru.

Wah, dapat tengok pelakon korea tu secara live .. tido lena lah sya lepas tu..hihi.

myQza said...

x pernah makan kambing panggang..

lee min ho.. kawan aku kalau nampak ni.. ekekeke...

Ummi365 said...

ohhh rajinnya kakak kita update blog.. durian tak cerite ke kak anie..

Sya said...

Sayangnya aku tak dgr dia ckp "selamat datang"

tulipurple said...

laaaa..ingatkan tadi dpt ler tgk 2org adik beradik itew dgn mata liplapnye...hehe.

Irfa said...

kari kambing pun sodap

pB said...

akak ...

tak nak wish pB happy besday jugak ker???

hi hi hi

MAMAMIA said...

Sempat tak bergambar dgn org korea tu?

Norabella said...

Kak Anie..hadiah birthday yg terbaik buat Sya... best kan?/

cikceriacorner said...

salam kak..tgk mkanan tu bestnye..hehe

Kak aNIe said...

Masy...Lee Min Ho tu...artis korea yang berlakon dlm drama Boys for Flowers tu...

Makanan tu semua memang mengiurkan...hehehe...kambing paling best...

------------------------

Maksu...semenjak dua menjak lepas raya ni...badan ni dah mula mengumpul lemak...asyik makan sedap je...

------------------------

Rina...bila dah berjumpa macam2 cerita...tu yang best tu...kalau tak masing2 terperuk kat rumah selepas balik dari pejabat sebab nak membereskan kerja rumah pulak...

Sya tidor lena pas tu...hahaha

-----------------------

sl tEDI...kambing memang feveret akak...hehehe...

Ramai yang minat pelakon korea ni...maklumlah ...kulit mereka bersih...hidung mancung...ensem...

----------------------

Ummi...tgh rajin mengupdate...alamak..gambar durian tak amik lah...tak minat durian sgt...ada balace ari tu pun akak tak amik

----------------------

Sya...ada ke dia cakap? Kita terlewat ...masa tu kita tgh nak carik parking kot...

aNIe said...

irfa...akak ni kalau kambing...buat aper ajer memang suka...

----------------------

Tulip hahaha...akak tak le lip lap sangat...kak sya tu...hahaha...

-----------------------

PB...seb baik bukak komen ni tau...sempat ler akak menyanyi untuk cik adik PB akak ni...

-----------------------

Mamamia...hisyy!!...tak kuasa ler akak nak berasak2 kat situ...akak dok belakang je...tapi seronok tgk anak sedara yang happy sebab nampak LMH...hheheh

-----------------------

Nora...memang the best Birthday present untuk sya...suka bebenor makcik tu...

---------------------

Salam ez...kalau nampak dah sedap...makan lagik sedap tau...

zue said...

saya dah tinggal dekat 8 thn kat tmn saya ni belum pernah buat jamuan sebegini rupa klu setakat kumpulan yassin puye tu biasalah.

ni yang dinamakan hidup berjiran membawa muafakat.

Anonymous said...

Waaa Lee Min Ho! Teringin nk tgk depan2 =)

aNIe said...

Zue...kat sini diorang buat collection tiap2 bulan...pastu buat lah apa2 aktivit bersama...best...

Diya...Ensem diya...Ensem giler...!!!

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails