Apa yang aku tulis ini adalah berdasarkan pada satu artikel yang pernah aku baca dahulu. Ianya adalah sesuatu yang amat berguna bagi para isteri yang sentiasa terasa mereka diabaikan oleh suami tercinta.
'Terasa' ...maksudnya kadang2 suami dah pun melakukan yang mereka 'rasa' terbaik untuk isteri dan anak2...cuma kadang2 isteri masih terasa kurang perhatian suami kepadanya. Memang sukar untuk kita memenuhi sepenuhnya permintaan atau kehendak pasangan...sebab masing2 ada kemahuan tersendiri...samada ianya diluahkan atau disimpan di dalam hati. Sebab itulah di dalam melayari kehidupan berkeluarga kita dikehendaki bertolak ansur dalam apa jua keadaan. Jangan terlalu memikirkan perkara2 remeh temeh sebagai punca untuk kita memulakan pergaduhan.
Hati seorang isteri terlalu rapuh...adakala mereka cepat merasa sedih dan tergores hanya kerana sang suami terlupa tarikh lahirnya...tarikh lahir anak2...tarikh ulangtahun perkahwinan...atau terlupa janji untuk makan malam bersama.
Bagi seorang suami...perkara tersebut kadang kala hanyalah perkara remeh temeh. Tapi tidak bagi sesetengah isteri yang menganggap ianya sesuatu yang penting.
Pernah tak kita merasa sedih bila harijadi suami kita tak pernah lupa...kek ataupun hadiah mesti ada untuk menyambut harijadinya bersama anak2. Paling tidak pun ada kad ucapan atau pun panggilan telefon mengucapkan 'selamat harijadi' pasti tidak kita lupakan....tapi bila tiba hari yang kita harap dia mengingatinya...dia langsung lupa....tiada kek...tiada kad...malah adalah kalanya tiada ucapan.
Kadang2 bukan salah suami...ada masa mereka begitu sibuk mencari nafkah dan urusan2 lain hingga lupa perkara2 yang kita anggap penting tapi remeh bagi mereka.
Ada kalanya...isteri2 menanti2kan pujian dan perhatian dari suami...tapi itu hanya akan mengguris hati isteri jika apa yang diharapkan tidak terjadi. Kadang kalanya...kita berhias dan memakai cantik macamana pun...tapi suami sedikit pun tak perasan. Ada suami lebih perasan wanita2 lain di luar sana berpakaian cantik seksi dengan skirt mini berbelah.
Untuk mengubati hati yang sentiasa terasa diabaikan...lakukanlah segala2nya dengan ikhlas...jangan kita menaruh apa2 harapan atas apa yang telah kita lakukan. Memasaklah... berkemas rumah...menguruskan anak2 hanya untuk kepuasan sendiri dan rasa tanggungjawab.
Kalau suami terlupa hari jadi kita...biarlah...kalau kita nak ada kek di hari jadi...belilah sebiji dan raikanlah bersama anak2...atau kawan2. Pelawalah suami untuk bersama tapi kalau dia sibuk dengan kerjanya...biarkanlah...yang penting ialah...kita rasa puas dan seronok.
Oleh itu...'seronokkanlah hati sendiri sebelum menyeronokkan hati suami'... jangan dilayan perasaan yang bukan-bukan itu...kelak nanti ada pula bisikan2 halus yang cuba memainkan peranannya dalam memecah belahkan rumahtangga kita...
20 comments:
betul tu kak anie...
jgnlah kita terlalu amek hati ...
pernah thn lepas masa my birthday..hubby di liberia.. hubby terlupa ..bila anak2 call suruh nyanyi dan beri ucapan...dia beri ucapan ulang thn perkahwinan wahahaha...apalagi kami dlm restoran gelak laa... pas tu baru hubby ingat terus dia nyanyi dan beri ucap...hehehe best...ada kenangan.. kalu diamek hati mana nak letak hati kita ni... mana pula hati dia kan kan kan...hehehe asam garam idup kan kak???
ilah suka membaca artikel nii...
Betul tuh kak.. tapi saya tiap tahun memang buat reminder.. takde dah cam nak harap dia wish.. sebab selalunya sehari atau 2 hari sebelum betday saya.. saya dah ingatkan dia.. p beli kek dan bunga hehehe.. setiap tahun without miss saya akan ingatkan.. xkisah ler.. dia lupa ke apa sebab saya dah ingatkan dia awal2 benda2 tuh.. belum pernah lagi beli kek harijadi sendiri.. tiap tahun mmg dia yg beli sebab dah suruh beli hehehe.. lagipun mana aci kak.. betday dia sebulan awal dr betday saya.. selalunya kami sambut tepat pukul 12 malam setiap tahun so esok tuh takde nak majuk2 kalau xwish ke apa ke.. heheheh ssonang cite.. esok tinggal p lunch date sama2 ;)
Setuju tuh kak senangkan hati sendiri sebelum senangkan hati orang.. tapi kalau org dapat senangkan hati kita sambil kita pun senangkan hati kita.. lagi best kan kak ;)
kak anie, sebba tu bagi zar komunikasi dua hala sgt penting, time ni kita luahkan dan saun direk kat hubby. lelaki zaman sekarang ni, tak boleh salahkan dorang jugak, bebanan kerja dan kedaan sekeliling boleh byk mempengaruhi mereka so kalau cepat terlupa perkara perkara remeh temeh ni, cepat cepatlah kita maafkan..
Sometimes, sbg wanita yng berkerja, zar juga terlepas pandang beberapa perkara remeh temeh tapi sebenarnya penting dalam memupuk hubungan, masa ni tolak ansur sgtlah penting.. jangan selfish dan macam kak anie cakapla... sentiasa ikhlas dan berlapang dada kalau ada hiccups dimana mana, sebab kita sendiri tak sempurna...
kita sebagai isteri pun ada yang tak sempurna. Makanya, memberi dan menerima lah seadanya. Berterus terang dan berbincang. Kv setuju ngan akak.
kak anie
kadangkala
berat mata memandang , berat lagi hati menanggung
lumrah alam kan sis...wanita nie senang terusik...nak2 time berandong lg lah nak xtra attention dr tersayang...apa2 pun biarlah bertempat dan jgn sampai berbalah...setuju betul ngan last paragraph tu :)
Saya dan suami selalu bagitau each other kalau rasa marah/sedih/tak suka/gembira etc. Dan sebab-sebab rasa macam tu la. Dah settle, move on. Takde nak ungkit-ungkit dah.
Kalau nak mengalah pun ada tempatnya. Dan selalunya masing-masing akan sedar sendiri bila tengok yang lagi sorang mengalah, dan kitorang cuba make up for it.
Mokcik n my cik abe setakat lupa tarikh hari jadi tau ulang tahun perkahwinan tak jadi hal...sebab kami sama2 pelupa hahahaha..hari lahir sendiri pun mokcik boleh lupa. Tapi setakat ni cik abe tak pernah lupa hari lahir mokcik, mesti sentiasa dia belikan kek. cuma ulang tahun perkahwinan jer dia selalu lupa tarikhnya.
hari lahir anak2 mokcik selalu peringatkan cik abe, maka cik abe yg akan pi kek untuk dorang...
give n take adalah penting supaya sentiasa harmoni kan kak.
alamak kak ni seronok bc artikel ni...membuat kita bersemangat tak fikir yg bukan2.. hehehe...
ye la kak..kengkadang kita sebagai isteri ni emo tak pasal, yang suaminya releks sahaja..hahahah.
Betul cakap K.Anie, jgn layan perasaan tu, nanti ada aje yg berbisik...
Bila mak hepi,semua pun hepi!!!
Kak Anie,TQ atas entry ni.
Lelaki memang cam tu kot tapi hatinya ingat kat isterinya sebenarnya.ayah saya pula pengingat habis ttg tarikh penting tapi ibu saya pula tak suka pula kalau ayah asyik ingat tarikh mereka.Dah tua-tua ni je baru mak saya ok je bila ayah saya wat surprise.
stujus, jgnlah menunggu2 reward :)
yup.. sokong ngan n3 akak kali ni..
..ada seribu kesalahan suami bila dicari.. kerna suami bukannya nabi..
sangkaan buruk lah yang akan meracun cinta seorang suami, juga menoreh hati seorang isteri.. yang kesannya semua telah mengerti
artikel tu mmg ada kena juga dgn diri zue.
selama 15 thn kawin belum pernah suami belikan kek harijadi utk sy..huhuhu.
cuma ucapan aje yg selalu dia ucapkan dan klu ada budget adalah hadiah utk zue.
p/s: kak anie zue dah pindah rumah.
Ilah...kalau nak ikut2 hati dan kenang2kan..ada masa terkecik jugak hati...tapi malas nak layan kan?
---------------------
iina...best tu...ingatkan aje dia directly kan...hahahah...yelah kadang orang laki ni dia nak kita cakap pada dia...dia takkan nak paham sendiri...beruntuk iina tak kena beli kek sendiri...akak ni dah le cik abang tak belikan...sendiri nak beli pun malas...hahahah
------------------
Zar...betul tu...kena direk...akak pun sekarang kalau tak puas hati...cakap terus terang...cuma masa nak cakap tu kena pilih waktu yang sesuai...betul tu...kita pun kadang kala tak sempurna...
------------------
KV...kena give & take...tak boleh nak ungkit apa yang kita buat utk dia...nanti jadi tak ikhlas...hati jadi sakit...betul tak...
------------------
Pb...betul yang PB cakap tu...kita bercakap senang...tapi nak buat tu susah...tapi camaner susah pun kita kena cuba...lama2 nanti jadi kebiasaan...alah bisa tegal biasa...
-------------------
Tulip...kalau tengah mengandung memang perasaan mudah tersentap...kadang selalu terasa cik abang tak ambil berat...tapi dalam hati dia tuhan aje yang tau...
Bertolak ansur dlm perkahwinan sesuatu yang membahagiakan...
-------------------------
Ida...akak setuju dengan cara ida tu...berterus terang dan berbincang...pastu jgn ungkit2 lagik...
Beralah pun kena pada masanya...kalau asyik beralah nanti diorang naik kepala...heheh
-----------------------
Mokcik...dulu...cik abang akak selalu lupa tarikh lahir akak...tapi akak ingatkan bila hari tu dah nak berakhir...majuk aje masa tu...sekarang dia dah tak lupa...& selalu dialah yang pertama mengucapkan selamat pada akak...
---------------------------
Alina...berfikir yang bukan2 hingga melarat2 pada pergaduhan tu memang kesukaan syetan...jgn pikir2 lagik dah...
--------------------------
Intan...orng laki ni kadang jiwa dia kasar...dia tak sensitip...jadi dia tak dpt berfikir yang kita akan merajuk dgn perkara2 kecik tu..
-----------------------------
Mamamia...bila semua heppi...mak lagik happy...
----------------------------
Ummu masyitah...bestnya kalau abah selalu buat surprise camtu...best...!!
--------------------------
Maksu...bila kita buat sesuatu untuk dptkan sesuatu...kita akan kecewa jika kita tak dpt sesuatu tu...
--------------------------
Cutemiut..toceh...toceh...!
--------------------------
Jaketbiru...oleh tu jgnlah bersangka buruk pada suami...kelak akan meracun cintanya...
-------------------------
zue...kalau dia takde budget...kita pun tak harapkan...betul tak...heheh
... tapi kan... nak kata suami penat keje, isteri pun keje... balik keje suami dah tentu duduk2 tgk berita... isteri? huru-hara nak masak, nak urus anak, urus rumah... mcm mana tu?
betul tu kak ani..
kita ni cepat terasa..
aritu ida beli suit baju baru.. yg ida feel best sebab ida ni saiz XXXL.. seronok la nak sharing.. dia nampak beg plastik kiter pegang tu tapi tak bertanya satu hapa pun.. then pas lama memendam ida pun tanya.. kenapa tak nak tahu?? tak perasan?? dia cakap tak sempat nak tanya....padahal kiter dah beri masa lama punya tok dia bertanya.. tapi tak pun tanya apa2..mmg mood killer la passtu.. pas ni ikut nasihat kak ani ni.. akan buat syok sendiri jerr nanti..
kalu ada anak2 bleh la meneman dikala sunyi.. tapi tak kunjung2 tiba lagi rezeki anak.. terpaksa pasrah dgn dugaan..
Post a Comment