Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, July 7, 2009

Bila Penyakit 'M' Dah Datang...

Pada kawan2 yang datang ke blog aku...maaf ye...sebab blog dah berhari2 tak berupdate...sebabnya...tuan rumah diserang penyakit "M"...bukan 'm' kecik...tapi "M" besau...

Dalam kepala ada projek nak buat...tapi tak jalan2 lagik...baju untuk digosok pun dah macam gunung....kain2 yang nak dijahit pun dah bertimbun. Crosstitch aku kat bawah almari ni pun dah berhabuk...blog pulak dah bersawang.

Tapi nasib baik dapur aku masih mampu lagi berasap.

Penyakit M ni datang bila cik abang aku keluar dan aku terpaksa berulang alik mengambil anak2 pergi dan balik sekolah...penat sungguh aku rasa. Maklumlah badan ni dah berbulan dimanjakan...sebab dah lama cik abang aje yang mengambil dan menghantar anak2...bila akhir2 ni aku yang kene buat...aku rasa penat sangat.

Hai !! Entah bilalah vitamin "R" aku nak datang...

Aku rindu untuk menjengok blog kengkawan...tapi...setiap kali aku mengadap laptop...mata aku jadi layu...rasa nak tidur aje dah...maka aku pun tarik bantal besar dan terus pengsan depan TV...*ni penyakit bulan mengambang*...heheheh...

Okay nanti bila mood 'rajin' aku dah sampai...aku akan update blog selalu...dan melawat blog kengkawan...buat masa ni aku rajin kat Facebook aje...sebab kat situ tulis status pendek2 aje...



...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

34 comments:

tulipurple said...

winduu banget kat akak...oooo penyakit M di kala bulan mengambang...dasaat dasat..hehe.
selamat beristirehat...bila dah dtg vit R tu jgn lupa hupdet tau ..hehe :)

Kak Elle said...

anie kita macam sama aje...mmg malas betul kebelakangan ni...nak tunggu juga bila R akan kembali....hehe

tapi rajin cuma di FB juga:)

ummu_hanis said...

mencik tol kalau penyakit 'm' tu dtg tau.
byk perkara tertangguh.
tapi tu la...
selalu je die dtg tanpa diundang.
ape nak buat kan kak anie...
kite bukan super woman...
sabo ye kak.
semoga akak 'r' kembali secepat mungkin.

~ yus ~ said...

ha'ah lah kak. Bila dok keluar masuk hantar anak n amik anak dari sekolah nih mmg buat kita malas nak mengadap yg lain. Yus pun sama gak...:(

ilah1908 said...

PENYAKIT ILAH DAH BERJANGKIT KAT KAK hehehe..dah lama ilah tak manjahit dah lama tak update blog fmly dan masakan tu...sejak hubby dah balik M besau sampai...memang penat melayan anak2 ke sekolah walaupun kita cuma bawa keta jer...tapi naik turun tak tentu waktu lah punca kita penat...ilah dah merasa kak sejak 1thn yg lalu..walau ada hubby pun sama juga huhhuhuuu..

idahani said...

kak anie..kot kang bila dah rajin idea pulak tak tau kemana.

Mummy Rizq said...

Saya kalo dapat tido tu rasa seribu rahmat kak lady!

Mama Rock said...

hahaha kak anie, memang ada perasaan malas tu yang kengkadang datang tanpa diundang :)

hang in there, nanti bila dah rajin update la ya :)

KLMari said...

Dalam pada penyakit M menjengah tu, siap jugak satu entry ni Kak..hehhehe....Selalu gak nampak akak komen kat Kak Zar nyer facebook..:)

Rindulah nak dengar celoteh kak anie and anak anak....

Mas said...

Hahaha sib baik ada FB kan? Senang nak hapdet status untuk org yang ada penyakit M cam kita.

zareda said...

kak anie

tak pe asalkan dapur masih berasap..

jangan lupa sambal bilisku kak..

shafarina said...

Semangat Kak Anie, semangat :)

MULAN said...

sama la saya ni kak anie.. mana nak dapat ubat R tu..?

sya said...

M pun M le jangan lupa order sambal dr aku punya customer ok....

silversarina said...

Usah M lama-lama , rindu nak baca n3 baru !

kakpah said...

Haha.. tak dapek den nak nolong e kalau ada penyakit M. Nak wat camno keh..keh.. asal dapur tak berenti berasap dah le..

Abang Long said...

Kalau RM datang ?

MOKCIK AZWA said...

Aik kak anie pun kejangkitan penyakit M kerr?? hehehe

tapi kak..asalkan masih R ke dapur kira ok la...klu ke sana pun M...huhuhu kebuluran la jawabnya..

take care kak

nbb said...

faham...faham...saya pun ada jugak penyakit time nak mengambang gitu...hehe

Masy said...

saje laa tu guna alasan bulan mengambang hihihihih

bangon! bangoooooooooooooooooooon!! haha

ILA said...

Samalah kita kak...
tapi secara diam2 ada projek yg tgah di lakukan.facebook pun tak terjaga...huhukk...sana sini bersawang..
lantak ler..yg pnting hati sndiri BAHAGIA..;)
(kenyit mata )

Laracroft74 said...

kak Anie,

Kita serupaaaa...
Tak taula kekadang angin M tu datang, memang tak ada mood langsung.... nasib baik sekarang ni angin M kecik jer pasal tengah2 keja ni sempat gak blog hopping.. balik rumah dah lembik macam sayur, nak mengupdate blog pun tak larat... peluk bantal lagi best...hehehe..

aNIe said...

Tulip...bila vit R tu sampai aje ...akak update blog tau...hehehe

----------------------

Kak...kita sama aje...kat FB aktif je...

----------------------

Ummu hanis...lebih2 lagi pada usia camni...bila badan terasa sakit2...lagi lah menjadi2...

---------------------

Yus...yang buat penat tu bila kita kejap2 kena tukar baju...keluar masuk kereta...letih sungguh

---------------------

ilah...kalau cik abang ada rumah memang kita sibuk dgn kerja rumah...akak pun sejak sikecik mula sekolah...dah jadi tukang antar dia pegi balik sekolah

----------------------

idahani...tu lagi satu masalah...hehehe

----------------------

Mummy rizq...akak ni pulak kalau penyakit nak tidor tu datang...macam tak siap aje kerja2 kat rumah ni

----------------------

Mamarock...tulah..penyakit tu datang tanpa diundang

---------------------

KLmari...tulah...sempat jugak update ye...hehehe...meh add akak kat facebook...

---------------------

Mas...tulah...kat FB kita boleh tulis pendek2 aje...

---------------------

Zar...nasib baik dapur berasap kan? Kalau tak nanti cik abang akak cari dapur orang lain yang berasap...hehehhe

Sambil bilis nanti ahad ni akak bagi kat kak sya ye.

-------------------------

aNIe said...

Shafarina...dah kurang semangat dah ni...hehehe


----------------------

Mulan...kalau lah boleh beli kat Farmasi kan bagus...hehehe

---------------------

Sya...business tetap business..walau tgh M pun kene buat jugak

-------------------

Silversarina...nak berehat kejap je

------------------

Kak pah...kalau dapur berenti berasap...kebulurlah semua orang...

------------------

Abang long...Kalau RM datang terus ilang M tu...pergi shoppinggggggg!!

------------------

Mokcik...tu le pasal...nasib baik dapur berasap

-----------------

nbb...buruk benau kan kalau penyakit bulan mengambang ni...asyik nak melengkau aje...

-----------------

Masy...betul!! Bulan mengambang...Tak tipu punya...hehehehe

-----------------

Ila...kalau sibuk memang sema tak terjaga...takpelah macam ila kata..hati senang udah...

----------------

Lara...kalau badan dah keletihan...bantal ajelah yang jadi teman setia...kan...?


------------------

Cat Cat said...

Kak Lady,
Takpe... Zzzz dulu.. Lain2 belakang kira.. Hehe!

Intan said...

Salam Kak Anie,

Akak kalau M pun ligat semacam gak...

Hihi

;)

RaFFLeSiA MeRaH said...

salam kak...sori, lame sy x jengah sini...ni sbb penyakit M sy la yg dtg.....tp skrg dah ok skit...

maklang said...

maklang pun paksa aje updet..M tu melanda seantero dunia ke...

CuTeMiUt78 said...

eemmm tul la kak.. kita pun dilanda virul 'M' ni..

arsaili said...

salam.wahh lama tak ke mari....sihat ke kak? err abg 'keluar' g tabligh ker?

ez said...

salam..
akak..penyakit M tu memang sukar utk dielakkan..ehehe..sy pon mcm tu..

jus call me ida.. said...

ciannn kak lady..biler cik abg takder penyakitnya datang..hehe
takper.. kami disini sentiasa menanti dengan setia..hehe

Science Bloggers Association said...

Nice Blog. Congrats.
-Zakir Ali ‘Rajnish’
{ Secretary-TSALIIM & SBAI }
[Editor- Children’s Poem & Adult’s Poem]

is@r said...

Salam Kak Lady,

It is being so long, I being one of your silent readers and finally I have one for me.

I’ve never left any comment but I love to read your writing especially about FAIZ. He’s really cute boy.

Singgah2 la kalau sudi. Till then..

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails