Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, July 1, 2009

Pemurah...

'Aeez...buat aper tu...? Ayah dah suruh bukak baju dari tadi tau...dia tak bukak lagik...pergi bukak sekarang!'

Cik abang aku bersuara keras menyuruh Fareez yg memang liat nak membuka baca tiap kali balik sekolah agama...

'Lepas tu pergi cek kerja sekolah...jgn nak leka2...dah pukul berapa sekarang ni...'

Aku yang di dapur masih mendengar cik abang meleteri Fareez yang kalau tak dileteri segala kerjanya tak menjadi...

Dengan muka mencuka...Fareez terus mendapatkan aku yg sedang memasak...

'Ibu...tengok ler ayah ni...Aeez dah buat kerja pun asyik nak marah je...'

'Ye le...ayah tu ingatkan Aeez...bukan ayah marah...'

'Ye...ayah marah...'

'Ala...suara ayah kan macam tu...'

'Cakap aje le...jgn le marah2'

'Ayah cakap le tu..issyykkk!! Budak ni...dah pegi buat kerja...'

'Ibu pun sama...asyik nak marah je...' berlalu pergi dengan muncung yang lebih panjang....


Aku kemudian ke ruang tamu mendapatkan cik abang yang sedang menaip di meja komputer...

'Dia cakap aper kat anie...?'

'Dia kata...abang asyik nak marah2 aje...abih anie cakap le...ayah cakap aje...bukan marah...pastu dia kata anie pun sama....' aku bercerita sambil ketawa teringatkan gelagat Aeez...

'Siapa dia ikut tu?' cik abang aku ni mula ah cuba nak perli aku...

'Ikut abang ler...' Hehehe...

'Dia ikut ibu dia ler....tak boleh le abang nak cakap tinggi suara sikit...cakap aje kata marah...abih merajuk...'

'Heheheh....alah abang tu memang...asyik nak marah aje...cuba le cakap lembut2 sket...'

'Hah!! Kan abang dah cakap....abih takkan asyik nak lembut je....nanti anak2 pun tak takut..'

'Dengan anak okay ler jugak...tapi dengan isteri kalau cakap lembut2 baik2...takde ruginya..'

'Kenapa pulak tak rugi..?'

'Yelah...kalau sentiasa cakap baik2 dengan isteri...senyum dgn isteri...isteri pun ceria...happy selalu...isteri akan sentiasa tersenyum...dan jadi lebih 'pemurah'...dan rajin bersedekah...'

'Hahhaa...pandai aje eh!' Terbahak2 cik abang aku ketawa...


Betulkan para2 ibu...kalau kaum bapa baik2 layan kita...mesti kita pun jadi camtu...kerana tak ada apa yang lebih membahagiakan dari menghabiskan masa yang romantik bersama suami yang sentiasa memanjakan isteri. Tapi....isteri2 pulak jgn le terlebih manjanya pulak...sampai tak boleh ditegur....nanti suami pun jadi bosan....







...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

31 comments:

Memey Anuar said...

wah kak anie
apa yg nak disedekahkan tu hihi

tp kan, bila pengantin lama romantik2 kan mcm comellll je hehe

Nukilan ida said...

heheh... pandai nyer kak anie twist kan story! hehe.. betul2.. sokong2..

pB said...

che abear pB ala ala macam hubby kak anie tuuu larrrr

cakapnya tak pernah nak lembut ...
walaupun dia kata dia cakap lembut , tapi dengarnya masih kerasan ....

Ummi365 said...

uwaaauwaaauwaaa.. cik abang saya manaaaa?

Irfa said...

sokong 100 persen.
nanti isteri jd lebih 'pemurah' tu yg tak tahan..hehe

Kak Elle said...

tak tahan dgn 'pemurah' tu..ehem apa agak nya?...hahaha

Masy said...

pemurah ape laa agaknye tu huahahahah

bile nk apdet cite kat umah kak nonie ni kak? hihi

Faizah said...

setujuuu, kalo org cakap lemah lembut ngn kite, kite pon layan ngn baik

Unknown said...

salam aNIe..alhamdulliahlah ina ni dapat hb yang kelakar..tapi tak romantik...yang bagusnya dia jarang meninggikan suara kat isteri tapi kat anak-anak adalah..

ida napi said...

amboi..kak anie..ayat dasat ar..'pemurah'..tp mang betul pun..i sokong 100%

Sya said...

Kalau Lelaki pompuan2 layan bebaik mereka jadi tambah pemurah dengan RM tapi kalau Laki .. Isteri layan bebaik..susah lak nak jadi Pemurah ek??

Mak Su said...

setuju! sokong!

ehheemmm :)

iina said...

setuju kak.. senyum selalu.. nanti awet muda.. kita gak yang untung ;)

aNIe said...

memey...sedekah ler apa yang patut...heheheh

Pengantin baru mestilah romantik...tapi akak dulu takde chance nak beromantika...sebab duduk ngan mertua...

-------------------

Ida...sebelum kita kene twist kita kene twist dulu...hehehe

--------------------

Larrr...PB...cik abang akak tu bertahun2 dah camtu...umur nak dekat 50 pun masih camtu...sabar je lah...

--------------------

Dimana dia cik abang ummi?
Cik abang Ummi ada dekat di hati...

Huhuhu...sian dia

--------------------

Irfa...tak rugikan orang laki kalau baik2 ngan isteri kan...kan...kan...

--------------------

Kak...hahhaha....apa apa aje lah kan...

--------------------

Masy...tak sempat nak update pun...kalau nak update pun dah basi kot...

--------------------

Faizah...yang baik dibalas baik kan? Kalau dengan suami lagi bagus...dpt pahala...

-------------------

Kak inia...memang bertuah mereka yang dpt suami yang macam tu...jarang nak dpt tau...

------------------

idahani...biar dahsyat...asalkan dpt meluahkan perasaan...hehehehe

------------------

Sya...tulah pasal...seusah nak carik yang camtu...

------------------

Cayalah Mak Su

zareda said...

kak ani

kita kaum isteri ni memang ikut mood kan nak bersedekah.. hahhahah

nasib baik cik hubby memang cakap slow melow.. bini dia yg macam mak rimau..

Cat Cat said...

Rajin "bersedekah"... Hehehe... Ini dah ada maksud lain ini... Haha!

Laracroft74 said...

suami kalau cakap lembut2, romantik semacam ada udang di sebalik mee goreng tu... :D
memang boleh cair dibuatnya...

maklang said...

akim tu cam sama aje dengan aeez, tak leh tinggi sikit...langsung muncung tu boleh kena ikat kak...

tulipurple said...

sokong sis!nak2 pd bini yg berandong kan...hehe.yerlah,isteri kalu nak bermanja pd saper kalu tak pd suami,begitulah sebaliknye kan.

MOKCIK AZWA said...

Assalam Kak,

Mokcik suka baca entry akak nie...hehehe...

MrsMama said...

Kalu suami layan isteri elok2 perut suami gak yang kenyang.Sama-sama buat pahala.

Tirana said...

Setuju... Biasanya isteri buat perangai bila dia rasa dia tak dapat perhatian dari suami..hehehe

aNIe said...

Zar...tulah...kalau mood tak baik nak bersedekah pun takde mood...heheheh

-------------------------

Cath...hehehe...tau sama taulah ye...

-------------------------

Laracroft...selalunya yang ada udang di balik batu yang buat suspen tu...

-----------------------

Maklang...tulah anak bongsu ni mengada2nya lebih...geram kan...

------------------------

Tulip ...kalau yang merandong tu lagiklah kene jaga...sebab mood dia tu nanti anaknya mengikut...best mengandung sbb dpt manja2...

------------------------

Salam Azwa...hehehe...sesekali nak kenakan cik abang tu...ye lah...asyik nak marah aje...hehehe

-----------------------

Mas...sama sama dapat pahala...

-----------------------

Tirana...betul tu tirana...sebab hati isteri tu lembut...kena sentiasa dibelai...hehehe...mengada2 betulll!!

kuIna said...

eeemmm nrcintu & berlomantik sampai tua... smpai hujung nyawa

en_me said...

gedik gedik ghitewww.. nyamfahhh kanns

CuTeMiUt78 said...

yup..betul tu kan kak.. sokong 100%

Nong said...

Husband & wife mesti tolerate each other. If we want our partner to speak softly to us, we should not raise our voice to him...

Dah tua2 pun Kak nong masih manja dgn hubby :)

silversarina said...

Setuju sangat dengan apa yang akak kata, kalau semua berlembut dalam berkata memang aman damai rumahtangga .

Sian Aeez kena leter ...hihi.

Ajzie said...

saya pun sokong jugakkkkk..

zue said...

betul dan sokong 100%.

aNIe said...

Kulna...lagi tua lagi nak bermanja...lagi seronok usik mengusik...

--------------------

gediks ngan cik abang tak pe...hehehe

---------------------

cutemiut...mesti sokong kita kaum isteri ...hehehe

---------------------

Betul tu kak...jgn tinggikan suara lebih dari dia...biarlah dia nak marah pun...paling tidak kita merajuk dulu...pastu dia pasti pujuk...tu yang best tu...

Kak...anie suka tgk akak ngan cik abang akak...sweet aje tgk...

---------------------

Silversarina...tulah...kalau lah orang laki ni lebih memahami jiwa wanita memang aman dunia rumah tangga...tapi orang perempuan pun kena lah faham jiwa orang laki jugak...

Kak...memang kene leter..kalau tak menjadi2 dia

----------------------

Ajzie & zue...mesti sokong...kita kan kaum isteri...

----------------------

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails